Tip Memiliki Keperibadian Menarik


Share on Tumblr Saya ada beberapa cara untuk dikongsikan bersama pembaca agar sentiasa kelihatan menarik . Awali dan akhiri hari dengan senyuman. Usahakan untuk tersenyum, walaupun ia agak sukar. Pada awalnya mungkin kamu terasa terpaksa, namun jangan menyerah. Lambat laun, senyuman itu akan membuatkan hidupmu lebih indah, seterusnya meningkatkan semangatmu.

Kuasai Emosi dan Kontrol Diri
Orang lain menilai kamu dari ekspresi wajah yang ditampilkan. Saat kamu sedang marah atau tertekan, usahakan agar mimik wajah kamu tampak neutral. Jangan
biarkan dahi berkerut ketika emosi kamu sedang memuncak, kerana kerutan tersebut akan membuat kamu nampak lebih tua. Kawal emosi kamu dengan berfikiran positif dan jauhkan dari prasangka buruk pada orang lain.

Jaga Jalinan Komunikasi

Mengasing dan menghindarkan diri dari berkomunikasi dengan sesiapapun tak kiralah ahli keluarga, kawan-kawan mahupun orang yang disayangi adalah sesuatu yang tidak baik. Usah biarkan dirimu dibelenggu kegelisahan dan ketegangan,
kerana ia akan membuatkan jiwa kamu tersiksa dan menjadikan keadaan lebih tegang. Berkongsi emosi dengan sahabat atau teman sekerja yang boleh dipercayai, sedikit sebanyak dapat membantu kamu menjadi lebih rileks dan tenang.

Rasakan Perasaan Orang Lain
Sebelum kamu mengekspresikan perasaan kesal atau marah pada orang lain, fikirkan kesannya apabila ada orang lain yang melakukan hal demikian pada kamu. Tak ada seorangpun disekeliling kamu yang ingin menjadi mangsa kemarahan kamu itu. Apabila melihat raut wajah kamu mula menjadi serius, percayalah mereka akan segera angkat kaki. Jika tidak ingin disakiti, jangan menyakiti, itu formula mudah saya.

Ceriakan Hari dengan Tawa
Seberat manapun hari yang kamu lalui, cubalah untuk selalu memiliki 'sense of humor'. Tertawa membantu untuk mengubati jiwa dan membuatkan orang di sekitar kamu berasa lebih baik. Dengan berkongsi ketawa, orang lain akan menilai kamu sebagai seseorang yang menyenangkan dan berkeperibadian menarik. Kesimpulannya, apabila kamu mula merasa tegang dan marah, fikirkan perkara yang saya sebutkan di atas tadi. Insyallah kamu tidak akan mengeluh dan bertafakur seketika, apalah gunanya membuat orang lain marah sedangkan jiwa kamu semakin parah. Jadilah remaja yang berfikiran matang dan berkeperibadian menarik...

Richie Rachman
richie@karangkraf.com.my
Tip Memiliki Keperibadian Menarik

7 Komen:

naif berkata...

saya ceria, cool, comel..
hhha! tipu je. tapi saya nak bagitau yg scrapbook cinta ni telah berjaya mencairkan hati saya yg keras yg susah terima cinta. nak bukti? please folo my blog. (btw, saya rs semua kekwn kt sni very supportive n motivated. so saya nk pendapat kamu semua.

hrp semua dpt join my venture of life.
http://rasarasi.blogspot.com/

Iffah A.k.A Ikif berkata...

thnx 4 this scrapbook cinta!!thnx sbb bg sy nasehat..sy akn cube jd cool..

Nor Firnena berkata...

Keperibadian sememangnya sesuatu yg penting tetapi kalau keterampilan diri nampak 'serabai tauge', was was jgk org jdinya...so, kalau anda rasa keperibadian diri sudah ok, cantik, maka lengkapkanlah ia dengan penampilan yg menarik. Pelajri suatu rahsia (ilmu) yg boleh membuatkan diri terserlah anggun di:

rahsiafirnena.com

Semoga lengkap dirimu itu. Trimas!

budak berkata...

herm...
thanks for the tips...
hry ney mmg hry bertuah dpt jumpe tips ney...^^
teng2...

syahwati91 berkata...

boleh saya gunakan tips ini untuk melengkapkan mini thesis saya?

Nor Firnena berkata...

Keperibadian sememangnya sesuatu yg penting tetapi kalau keterampilan diri nampak 'serabai tauge', was was jgk org jdinya...so, kalau anda rasa keperibadian diri sudah ok, cantik, maka lengkapkanlah ia dengan penampilan yg menarik. Pelajri suatu rahsia (ilmu) yg boleh membuatkan diri terserlah anggun di:

rahsiafirnena.com

Semoga lengkap dirimu itu. Trimas!

Tanpa Nama berkata...

tenz coz kc tips ny...ley r sy jd seorg yg lbh mtng dlm mghdpi hdp ini..:)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.