Tip Hilangkan Rasa Marah


Share on Tumblr Berwuduk hilangkan rasa marah

Pernahkah anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.

Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:

# Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.

# Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.

# Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.

# Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

# Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

# Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

# Minum air.

# Mendiamkan diri ketika marah.

# Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

# Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

# Berfikiran positif.

# Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

# Bawa bertenang seperti menarik nafas.

# Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. Tip Hilangkan Rasa Marah

17 Komen:

wan berkata...

apabila kita marah segala tindakan akan maenjadi luar kawalan...
aidai nya kita dalam keadan marah fikirlah sebaik mungkin ape yang anda lakukan.

Tanpa Nama berkata...

bukan senang nk kawal kemarahan..especially bagi org yg bkn penyabar..boleh jd sampai menangis sbb tahan marah..

Tanpa Nama berkata...

last day, i gado wit my bf juz bcos a simple thing..sbb i x nak nek glonsor air cam yg dia nak..bcos i takut..some sort of grun la...then dye mrah n mse dye mrah tu i sgt tkjut coz i neva see dat kind of expression since 4 years v r couple...then he left me alone wit d plmpung around 5 minutes he come back apologising...so what i do is juz smiling (smile with broken heart)..n hati i btul2 kering..but honestly, prasaan syg n kasih tu msih ada pd dia...cme i need some time tu recover back..i kecik hati dgn dia..n i confius...shuld i give him a scond chance to pulihkan kmbali kprcayaan i pd dia..mampukah dye jd seorg suami n penaung yg baik kelak....

Tanpa Nama berkata...

betul. bkn senang nk sabar untk org yg x biasa sabar. boleh jadi pressure. :)

Tanpa Nama berkata...

yang sabar pun ...lama2 boleh ilang kesabarannya akibat api kemarahan...dn akhirnya mengaku diri sendiri bodoh sbb tk masal2 naik hangin....

Tanpa Nama berkata...

ada setengah pasangan sekadar menguji pasangannya...tpi akhirnya yg menguji itu menjadi mangsa keadaan disebbkan tindakannya sendiri.....ketenangan akan hadir seiring dgn iman yg kuat....huhuhu

Tanpa Nama berkata...

ni skadar nk dikongsi bersama..kwn pernah hadapi kdaan yg mcm ni..itu pun atas sebb hilang kepercayaan...menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui...bila d siasat2 baru nak ngaku...salah ke..hendak mengaku yg kita dah ada teman lain...dan akhirnya kwn pun ilang sabar...dn akhirnya kwn menadah tangan smbil berkata " kenapa aku diduga sebegini..."bukan nya kwn menadah tangan menampar mukanya....tpi malu beb lepas tu...

Tanpa Nama berkata...

sbenarnya bukan mudah memikirkan pkara positif sekiranya kita telah mengenalinya......mgkin kita mampu mengenalinya tpi kita tak berupaya untuk memahami dirinya..sbb diri kita hanya kita dgn Allh s.w.t saja yg tau apa yg kita inginkan....aduai...

Tanpa Nama berkata...

Untuk orang yang sukar hendak menahan sabar dan kawal marah ikut la tips2 yang telah di gariskan kan oleh agama kita islam..InsyaAllah ianya akan berkesan walaupun mengambil masa..banyakan berdoa agar kita boleh bersabar dengan sepenuhnya

Tanpa Nama berkata...

saya xsuka sgt marh2 ni..klau marah look like we r too stupid.
saya mmg sokong all d statemnt kat ats...klau mrah boleh akn bgaduh..tp klau xdapat lpas mrah mmg saya akan mngis..nk lepas mmg xboleh sbb kita akan bjumpa org tu kelak.tp mmg sakit sangat klau marah ni...

Tanpa Nama berkata...

mudah2an sya dpat kwal kmarahan sya guna tips diatas,, aminnnn..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas tip itu..saya akan cube mengawal kemarahan saya mengikut tip tip di atas..sekali lagi terima kasih sye ucap kan...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas tips yang berharga...say tidak suka dengan suasana kemarahan. bagi saya memarahi orang lain adalah mengaibkan didti sendiri

Tanpa Nama berkata...

Saya tak faham lah, saya dah byk kli cba untuk tdk marah..sbliknya apa yang saya dapat :-( ? Apabila saya cuba untuk menjelaskan kenpa saya bertindak marah tetapi tidak diedahkan , apa patut saya buat ? Mereka selalu salahkan teman2 saya sedangkan saya bertindak bgitu kerana mereka sendiri ...saya tak boleh nak buat apa, mereka tk pernah bertanya dn mendengar penjelasan saya,

suha berkata...

saya tak faham nak buat macam mana . kawan saya pernah bergaduh dengan seorang lelaki tetapi lelaki itu mendiam kan diri . saya malu dengan kawan saya sendiri kerana lelaki ada perasaan bawa bertenang tetapi rakan saya tetap bergaduh . akhir sekali saya buat keputusan saya menampar kawan saya sendiri akhir nya terdiam rupanya kawan saya tidak tahu apa yang sedang ia katakaan

Tanpa Nama berkata...

Thanks for the information

scheetah berkata...

Jom join giveaway… hadiah best, bernilai RM750… semua orang boleh join dan menang…sy cari 9 org pemenang yg bertuah..tarikh tutup, 4/12/2014… klik link kat bawah ni kalo berminat..tak payah bayar apa2 pon…

www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html?m=1

Good luck !!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.