Psikologi Putus Cinta
Seseorang yang putus cinta akan berada dalam fasa psikologi yang kurang rasional sehingga adakalanya bertindak di luar sedar.
Apakah cara anda berdepan dengan hubungan goyah yang sedang menanti belah? Adakah anda memutuskan hubungan, bersuara untuk membetulkan keadaan, terus setia atau mengabaikannya begitu sahaja?
Lewat kebelakangan ini kisah putus cinta selebriti tempatan dan antarabangsa semakin banyak disiarkan dan diperkatakan media. Dengan ikrar janji, pampasan wang ringgit dan naik turun mahkamah kisah cinta selebriti menjadi sensasi sehingga adakala kelihatan begitu dramatik.
Pada kaca mata umum kisah permasalahan cinta kelihatan remeh, kebudak-budakan serta tidak matang malah, dipandang serong kerana ada perkara yang lebih penting daripada kisah basa basi cinta dan putus cinta.
Tetapi kepada mereka yang sedang atau pernah melalui episod putus cinta mengakui kesakitan psikologikal yang terpaksa ditanggung begitu berat. Kesan putus cinta begitu mendalam sehingga boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya, putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti. Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan.
Tempoh merawat dan memulih diri kesan putus cinta tidak dapat dijangkakan.
Baik di kalangan selebriti mahu pun individu biasa yang pernah melalui detik kesukaran putus cinta, ia bukan sesuatu yang mudah dikendalikan. Emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan, tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik intrapersonal putus cinta membebankan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan putus cinta. Antaranya ketidaksamaan status, kurang mahu berkongsi serta ketiadaan individu terdekat yang boleh menyatukan semula keintiman antara pasangan yang sedang bersengketa. Kecurangan juga adalah punca lain yang membawa kepada episod putus cinta.
Pakar psikologi, Rusbult mengenalpasti empat gerak balas dalam bentuk reaksi-reaksi psikologikal kesan putus cinta. Pertama, keluar daripada perhubungan yang merujuk kepada tindakan menarik diri atau mengancam untuk tidak meneruskan perhubungan percintaan yang dijalin.
Pada pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama, maka tiada lagi pertemuan-pertemuan istimewa yang biasa dilakukan bersama. Status kekasih atau kawan istimewa bertukar kepada kawan biasa.
Keluar daripada perhubungan adalah tindakan aktif yang pada masa sama bersifat distruktif. Ini kerana adakala ia disusuli dengan tindakan-tindakan di luar jangkaan yang memburukkan lagi suasana dalam diri dan status perhubungan. Emosi menguasai tindakan dan perilaku. Sifat yang tidak disedari muncul dalam keadaan tidak sedar atau kurang disedari.
Kedua, bersuara di mana pasangan di ambang perpisahan bersuara dengan membuat perbincangan, cuba berkompromi, menghadiri sesi kaunseling atau terapi dalam usaha mengubah pasangan. Bersuara tidak bermaksud meluahkan secara lisan apa yang berlaku tetapi bersuara melibatkan reaksi-reaksi aktif positif yang membina.
Ketiga, kesetiaan untuk terus bersama dengan pasangan walaupun menyedari wujudnya masalah dalam perhubungan intim. Mereka yang tidak setia sebenarnya tidak cuba menyelesaikan masalah yang melanda perhubungan tetapi lebih kepada percubaan untuk terus bertahan mengharungi pergolakan perhubungan percintaan mahupun perkahwinan.
Mereka yang menganggap diri setia mempercayai keadaan akan berubah dengan berlalunya masa. Mereka menekankan kepentingan dengan meyakinkan diri untuk terus kekal bersama. Kesetiaan dari sudut psikologi adalah sesuatu yang pasif tetapi bersifat konstruktif.
Keempat, pengabaian di mana keengganan untuk bersama mengendali, mengurus permasalahan yang sedang memporak-perandakan perhubungan percintaan. Lantas, seseorang itu lebih rela membiarkan perhubungan dibubarkan saja.
Tindakan mengabai, ditunjukkan dalam bentuk tindakan seperti tidak mempedulikan pasangan, mengurangkan masa bersama, tidak mahu membincangkan masalah sebenar, melayan pasangan dengan cara yang tidak sesuai, tidak wajar atas desakan emosional, mengkritik pasangan dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan masalah sebenar.
Pada yang tidak arif dalam mengendalikan putus cinta ia bagaikan luka bengkak yang menjadi nanah, secara kronik merungut, tidak puas hati tidak mahu berusaha, berikhtiar mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan sebenar dalam perhubungan percintaan. Pengabaian yang bersifat pasif dan distruktif ini memburukkan lagi keadaan.
Perlu diingati keempat-empat reaksi-reaksi emosional serta tindakan psikologikal akibat putus cinta sebagaimana yang dijelaskan di atas berlaku dalam keadaan yang berbeza antara individu. Perbezaan ini dipengaruhi oleh personaliti, latar belakang, jangka masa perhubungan percintaan, tahap pendidikan dan corak rangkaian pergaulan yang membentuk mentaliti menghadapi.
Mereka yang bertindak untuk keluar daripada perhubungan cinta mempercayai tiada apa yang perlu ditakuti dengan bertindak sedemikian dan percaya perhubungan tidak perlu diselamatkan.
Bersuara juga adalah tindak balas yang bersesuaian apabila perhubungan yang dijalin dihargai tetapi berada dalam status bahaya.
Kesetiaan dilakukan dalam usaha untuk mengekalkan status quo. Mereka yang berpuas hati dan banyak melabur dalam perhubungan percintaan sebelum berbalah mempercayai masalah perhubungan yang dialami secara relatifnya kecil lantas berkemungkinan untuk terus setia.
Pengabaian adalah tindakan distruktif yang menghancurkan perhubungan yang kerap dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bagaimana lagi untuk memperbaiki perhubungan yang goyah.
Kajian Choo, Levine & Hatfield (1996) mendapati perempuan lebih banyak menyalahkan lelaki bila putus cinta sementara lelaki menyibukkan diri dengan kerjaya atau melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Sememangnya putus cinta dalam perhubungan interpersonal adalah suatu pengalaman menyakitkan. Keperitan psikologikal putus cinta adakalanya tidak tertanggung. Namun perlu disedari dalam kemelut permasalahan putus cinta ada kemanisannya tetapi kebijaksanaan mengatasi segalanya.

61 Komen:
Saya pernah putus cinta dulu......perasaan memang tertekan giler...frust pun ada..tapi nak wat camner mungkin ini dah takdir saya...saya pun sekarang dah bertunang dengan orang lain tp saya masih sayang lagi kat die..
aku pun penah putus cinta.. aku putus pasal aku sayang sangat kat die.. so lebih elok aku lepas kan.. tapi lepas tu aku terus fikir baik aku carik tujuan untuk hidup aku.. sekarang baru aku sedar aku hidup bukan untuk bercinta tetapi menimpa kejayaan untuk diri sendiri. Cinta tak kan kemana mana ending ending kawen.. buat ape nak rushing rushing.. cari kejayaan dulu.. baru puas untuk kawen
ye...mungkin betul... kerana duit juga kita bleh hilang cinta... tanpa ekonomi yang kukuh... semua impian musnah.sayang macam mana pun,bila datang halangan itu. kita perlu redha.setiap yang berlaku,pasti ada hikmah dan petunjuk dari Nya.
bru je putus cinta ni.alhamdulillah...segalanya waras lg..lelaki yg ku pcye dh menipu selama 2 thn n pnuh berselindung...apa2 pn kembali kpd yg MAHA ESA..lg tenang..kerana kita smua ada agama n kprcyaan masing2.alhamdulillah....
samela..aku pn pernah putus cinta,memang pedih kehilang orang yang pernah kita sayang..hidup kita akan rase kekosang setelah perginye cinta..namun,tiada gune mengharap kasih pada yang x sudi..cinta la pada ALLAH&RASUL,kerana itu la cinta sejati..
mungkin dia bukan jodoh yang terbaik buat saya..so relakan jerla dia g....so fokus pd kerjaya skrng ni...fuh~~~~
lebih baik dia pergi daripada hanya berpura-pura membahagiakan saya ..
aku bru je ptus cinta...aku couple dkat 6thun tp nk bt cm ner dh xde jdoh..msing2 dgn ego sndri..tpi kmi msh lg kwn..ape2 pn aku doakn die bhgia wlaupn aku msh syg die...b'cinta 2 xsmsti nye b'sma.....
aku baru putus cinta bulan 4 baru2 ni..alasan die ialah tak pernah bahagia dengan aku walaupun byk pengorbanan aku..sekarang die bersama dengan orang lain walupun die pernah kata tak gembira dengan orang itu..cuma die saje yg tahu mengapa die pilih keputusan ni..buat B semoga mendapat kesempurnaan yg awak cari selama ni.
lebih baik lepaskan dia
jika kiter tawu dye tdak tawu tuk menghargai kiter
jangan mengharap pade yunk x iklaz mncintai kiter
cinta pada tuhan dan family kekal abadi..
aku br aj berakhir cinta dg nya,sptny sich g percaya,tp mmg begitu adany,aku tak pnh percaya lg dg yg namany cinta bulsyt,duluny sgt manis,tp berakhir pahit...d aku sadar cinta s'jati hany milik Allah SWT....
aku skrg ngh dlm prose ptus cinta..ssh untuk aku lpaskan die tp aku d ax sggup d permainkan.....aku terlalu bdoh kot hingga die bt aku mcm tu...tp aku percaya tuhan tu maha adil...
br je putus cinta..mampu lg berfikir secara waras,tp hati ni Tuhan sj yang tahu,cb bc blogx n tips krgkan stress ..ape yg nk share, kita kn redha ketentuanNYA,dan dekatkan diri kepada NYA untuk mendapatkan ketenangan hati dan kedamaian jiwa..ada yang lebih baik untuk kt...
jangan merajuk....ye setiap cinta ada dugaan dan rintangan kita hanya merancang tuhan yg menentukan
aku baru kewewa bagai nak mati dpt tawu harapan yg die bagi hanya lah sandiwara..nape kite buat yg terbaik utk dier tp dier lansg x hargai..dier x sedar ke betapa payah nak jumpa someone yg btl2 cintakan diri kite..tgk2 dier dh terlepas aku so sorry aku nak trima dier balik..
sy pun baru lpas putus cinta,, tapi bukan sbb curang atau x.. ni sebb kehendak ibunyer.. ibunyer dah ade pilihan tapi hati dia masih syang kat sy.. tapi apekan daya dia anak mak daan x sanggup nak bantah.. akhirnye sy yang terluka..;-(
sy bwu ja ptus cinta..tdk dpt mnerima hkikat bhwa trpksa ptus dngannya krana dia da owg lain..hati cngt terluka dan hampa tdk dpt mlupknnya..asyik teringatnya..terpksa mnerima hkikat tdk jodoh....
yaa. me too. i dgn dia hanya dapat tahan slama five months jee.
then , dia da start buat benda yg mnyakitkan.my fault juga sebab tipu about adik bradik jee. i think tu je. then , maybe i lyn kawan dia kott. klentong kawan dia. kata i ada prob ngan dia. padahal ok jee.my fault. now, Tuhan da balas. he da ada new girl. too fast dia lupakan i.salah i , pilih orang yg tua six years. i , 16. he is 22. i yg huru hara nk blaja. im stupid enough.
sdey kan bla nk lpaskan owg yg btol2 kta syg...
tp,lbh sdey bla lhat dia brgmbra dgn owg lain...
sdangkan bla brsma kta dia dingin jew....
puas mgembra kan die...
ape2 pon smoga dia bhagia....
aku ingin bahagia bersama nya....tapi keadaan yg tak memberi keizinan utk aku bersama dia...sampai sekarang aku masih memikirkan di mana silap nya...lonely day
sy pun tgh putus cinta..
skt sgt..rasa xdpt nk fokus dgn kehidupan,,but..sy mesti teruskan hidup ini..bkn salah BF saya, tapi ada salah faham family..BF saya langsung xdpt terima penjelasan saya..apa2 pun..hope Allah tentukan jodoh untuk kami..
mcm2la.pts cinta mmg mnyakitkan...sakit.sgt...lg sakit kalau dpt tau dia hanya prmainkan kita kan...pe2 pun,kejayaan kne di utamakan...brulah hdp happy,walau mcmmanapun kecewanya kita,kita kne redha,lgpun bnkyk mende lg dlm dunia ni yg blh dibuat..kan,ye x?
jika kte iklaz mncintai orang itu ia pasti akan dtg kembali kpd kite...wktu itu kte kna bg peluang untk die..mcm sy gak putus ngan si die krana orang tuanye.kini die sdar n sy pn trima die blik.akhirnye kmi dah brkhwen.ape pn itu smua takdir allah kte kna redha...
mase mula die tngalkn aku hdpku tak lagi sperti sdiakala..aku sgt sygkn die tp die xtaw nk hrgai stiap pngorbanan ku.tp kini aku dah ceria blik tnpa die.aku leh trime smuanye.orang yg kite syg xsmstinye kekal ngan kite
sedang berusaha melupakan yg namanya cinta...
sedang bersedia tanpa cinta......
aku putus cinta dengan sepupu sendiri...aku tak tahu mana silap aku..lepas aku pendam perasaan lebih dari 10 tahun akhirnya dia terima cinta aku...tapi selepas hampir setahun aku ditinggalkan tanpa sebab..mcm mana aku nak lalui kerana kemana sekalipun aku pergi pasti satu masa kami akan berjumpa..
Hampir 2 bulan aku putus cinta still tak bleh lupakan dia..
BAGI AKU DIA CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR AKU...AKU TERIMA DIA SEADANYA...
cyan ngat ye...lain kl tngk dlu org 2 baik ke x...ni jupe trs nk couple....GALOK ek pu...
"Biar sekuat mana hatiku menyintaimu,
namun aku pohon agar Allah melenyapkan perasaan itu sekiranya engkau ditakdirkan bukan utkku.."
ak da bercinta byk kali..ak setia sgt.tp kekasih .atau kwan istmewa ak..tdak pernah setia..slalu curang..skang ak bersama seorang lagi...yg ptus cinta.ak bersama dia..da sthun ktew org bersama...ak bg semua yg dminta...tp dia curang,,,xcinta pada ak...dia msih cnta pada kekasih dia yg lama .sebelom ak..ak msih tak paham .ape sbnarnye yg perempuan mahu..mkin ari..ak mkin benci pada perempuan ..ak pn xtahu knpe
syew pnah ptuz cnta... dia khianati syew... dye men blkang syew... msa mla2 mx kapel.. bkn main.. puj0k sna... puj0k sni,.
tah la.. hid0wp niy kdg2 gmbra.. kdg2 x... tp syew nx crita ckit sal msa dye mx break... wk2 dye mx break ngn syew 2 syew nx ambil SPM.. syew sygkn dye.. syg sgt2... but.. malam sbelum syew nx amex SPM.. dye mx break... syew ingtkn.. dye la smngt utk syew nx wt SPM es0k.. tp dye mx break.. sdeyh ya amat..ALLAH saja yg taw.. anda suma cba byngkn cita-cita yang anda ingin gapai x trcpai... mcm 2 la rsa nya,.. tp ALHAMDULILLAH... ary kdua syew ambil SPM syew rse tnang sgt sbb syew amalkan mmbca surah YASIN.. n syew dpt mlupakan dye skelip mta.. aty syew rse CNTAKN cita-cita syew... fikiran xfkirkn dye lg.. asyik fkirkan SPM.. it's like MAGIC... s0o.. kpda suma yg bca testomanial syew niy... nx psan.. lau pape p0wn trjd.. juz ingt ALLAH,fmily n msa dpan.. lau xde jod0h ngn owg yg anda syg... juz brserah.. JODOH yg akan dtg lbih baik dr si dia... n kpd para remaja.. syew jg pnah jd remaja.. tp bg syew CINTA MONYET x pnting.. juz nx brser0nok.. lau nx brcnta monyet p0wn.. brpda-pda.. jgn smpai jd kes yg x diingini.. ingat ALLAH,fmily n msa dpan..
npa mesti percintaan harus diakhiri dengan perpisahan...klau aku taw yg aku akan ptus n bpisah...aku x kn pnh ade rsa nk berkwan n tahu ttg latar blkg dia...npa msti dia mncul dlm hdup aku...selepas apa yg dia dpt dri aku....adkh ini cinta ataupun penganiayaan.....amat tertekan bila mencintai n menyayangi seseorang yg berniat hnya utk memperlukakn aku...aku bnci dia...
aku dh pon ptus ngn dya 2 bln lepas.hubungn kmi brtahan 3 thun lbih je.aku da tekad utk ptus,tp dy ssh nk lps kn aku.aku xnk dy lg sbb dya cntrol idop aku trok sgt.msa nk ptus tu,mak sdara dy maki hamun aku,hina aku sepuas2 nya seolah2 aku pmpn xde maruah.tu bru kapel dh d maki,klw aku jd bini dya?tah pe lg yg mnimpa.dya lgsg x backup aku..bygkn ape prasaan aku msa tu.. aku benci dy seumur idop aku..
aku byk kali kapel,,byk kali putus,,tp aku pts sbb nk stdy..kapel nie hanya mapu sje,,x pntg lgsg!!!aku benci kapel..lepas pts,lg aku smgt nk tros kan idop bab aku tau aku leh idop berdikari tnpa ada pmbantu (laki)...aku ske idop solo..
kenapa lepas aku da sayang dy gile2..aku baru taw dy tu biseksual?
aku plok x thu la...smkin hr smkin truk hdp aqu dgn dia..bru2 dia bwk blik puan umh dia..tp dia kta puan 2 kwn jew...mcm mne la aku nop cye dkt dia...naik mtor sma2 g jln sma2...nth la...aqu punya setia dgn dia...siang mlm aqu dk tgu mcj dia...tp dia...ermmm...lmsng x endhkn aqu...tp bru2 dia minx maaf pd aqu..aku x thu la knp dia brubh dgn tba2 mcm ada sesuatu yg brlaku...aqu x thu la...aku brdoa spya hbnganku kmbali spt dlu lg..aqu nak sngt bhgia mcm dlu...aku nk sngt fatisyam aqu yg dlu...
aku bru jewk ptus cinta... sakity ya ALLAH.....
aku dh serah segalany pd dye... mluny aku pd tuhan pd dri aku sndri.... knp laa aku rdahkn maruah aku krn cinta...wlupo hrga dri aku msih ad krn stiap kx kmi jmpe, kmi hnye ringan2 jewk...
tp dsr laki dh dpt trus tnggal.. aku xtaw ap mslh dye... dye wt aku mcm xd prasaan... mgki nie blasan tuhan pd aku... pd laki yg pnh mgecewakn aku.. pcaye laa idop ko xkn aman...slagi ko x mnx maap dgn iklas pd aku... ko buang aku mcm 2 jewk....mcm smpah yg xbenilai....
aq plak xtau apa status aq..
dia diamkn dri,spi tnpa brita bla dh dpt apa yg dia nk..
spttnya dia bmbing aq..
bla aq kol xnk angkt..
bla aq msg..diam je..off fon je sllu..
aq soh dia trus trg ngn aq pon dia diam..
1 ari nti klu dia dtg pd aq,aq doakn Allah ttp pntu at aq dr tma lki cm dia lg.amin.
aku ne baru jak putus cinta..heran sgt la gurl skrang ne. baru 1 bulan x kena layan da cari BF lain.keintiman aku sm dia lebih dari org da kawin. ntah la, aku sgt sakit skrng ne. x tahu apa nak buat. setiap saat seperti nak gila. mgkin belasan thn sa,a aku kot. tapi aku sabar dan sedang mencari jalan utk x mengigatinya lagi..
aku pon pnh putus cinta...sakitnyer Allah jew yg tahu.dia mintk putus ngan aku melalui sms jew..huhuhu..biler aku kol mintak penjelasan, dia xnk ckp..aku sedey sgt2 waktu tu.dh la family jauh..2 minggu aku xleh duk sorg2..asyik nanis jew..pegi keje pon mata bengkak2..tp seb baik aku cpt sedar..aku sedar Allah sentiasa ngan aku..Akhirnya perasaan sedey tu hilang camtu jew.skang aku dh kawen dan dah dikurniakan cahaya mata..aku bersyukur sgt..ade hikmah disebalik aper yg berlaku..aku dikurniakan suami yg soleh yg sentiasa bimibng aku...alhamdulillah..
GW BRU AJA PUTUS CINTA DAN INI YG KE 3 KALI......GW TERAKHIR BERPACARAN DENGAN SEORANG GADIS YG STATUSNYA JANDA,DAN SEKARANG DIA KERJA DI BCA PROKLAMASI DEPOK 2 SEBAGAI TELLER....GW DITINGGALIN SAMA DIA,DIBOHONGIN,DIA PENUH KEMUNAFIKAN.......N INISIAL NAMANYA "P"...........
i have been broke up wif my bf for 25 days..n its diifult no to think about him. we decided to end the relationship because i am Muslim n he is Chinese, he too afraid n not willing to convert into Islam. we cannot force sumone to change thier religious juz because of love rite. i love him too much n i cant concentrate on anything tat i do..i feel so hopeless.
aq pon already ptos ngan someone girl..ckop2 la aq kene maki..penat sgt hidop mcm ni..hmm..syangnye aq kat die..smpailah satu hari aq pegi ketempat yg selalu aq pergi bersama die..tgh aq lepak,tbe2 aq ternampak die bersama yg lain..hmm..kecewa rasanya..aq sayangkan dia sgt..tpi aq akn doakan dia akan bhagia..aminnn
mlm ni aku bru tau awek aku curang ngn aku..tp aku x tau cmne nk kantoi kn die ngn pkwe bru die...aku frust sgt ni....x sngka die leh wt cmni..pdhl die cite kt aku die bnci laki 2...sbb laki 2 adlh ex die..laki 2 pena tgal kn die cmtu je...tp cmne die leh trime blik laki 2...x ckup ke pe yg aku wt slame ni utk die...aku btol2 kcewa ngn pompuan cmni..
sejak akhr2 ni aq bru je pts ngan owg aq syg....da lah 2 stu tmpt kj,stu bas,satu van n stu kampung..hri2 aq jmpa dy...dlu dy bjnji ngn aq tkkn tglkn aq..tgk skg dy tglkn aq....sdhnye
Jika 1 saat kita boleh menyintai seseorang.....
utk melupakannya pula perlu masa seumur hidup...
begitu dahsyatkah sebuah 'Percintaan'
Aku baru je putus cinta. Ikutkan plan..awal bulan 6 ni kami bertunang. Hujung tahun majlisnya.Tapi dua hari lepas awek aku tu mintak putus. Cincin untuk majlis tunang dan nikah aku dah beli.Aku beli ngan awek aku.Persiapan pun aku dah buat.Tapi sekelip mata dia berubah.Rancangan untuk berkahwin taun ni semuanye plan dia.Aku ikut jer lagi cepat lagi bagus.baju dah tempah pun.Die dah hancurkan hati aku setelah bagi harapan. Memang pedih, sedih.Aku x tau nak wat camne untuk tenangkan hati aku.Sakit hati aku..hanya tuhan saje yang tahu
cinta ini anugerah jika kita pandai hargai.bila cinta itu da tak ada anggapla sebagai kenangan,bila masih ada anggaplah sabagai hadiah dan jika masih belum ada anggap sebagai harapan..pesan mak aku,cinta itu untuk suami..aku pun penah putus cinta,.memang pedih tapi hidup mesti diteruskn
hermmm..ssiape yg prnah rse ptos cnte aje akn thu skitnye mcm mane..wlaupon kte dh cobe untk setia,tdak mungkin akn trblas..if hti dy dh pd org laen,kte mrayu or mlutut mcm mane sekalipown dy xkan endahkan..tp...mcm aq,dgn ap yg dy dh lakukan,aq nak lpekan dy..tp dy xbagi aq buang memory kami e2..dy asyk ckp ad sebab dy alkukn smue 2..hermmm....mmg ssh untk fhami seeorg..tp,mcm mnepown,aq still syakn dy n cntekn dy wlaupown dy dh curg ngn aq swak2 aq dlm peprksaan besar..hope dy bhagia dy pom yg dy cple skrg...
susah tol kalo dah putus mcm nie......skit ptus cinta lg sakit dari skt laen
kenapa kebanyakkan manusia ni putus kerana pasangan kita tu sudah ada yang lain? kenapa kehadiran orang baru dalam hidup ni mesti mengubah apa yang dirasai sebelum ni?
macam mana dua manusia yang masih saling memerlukan dan menyukai antara satu sama lain yang berpisah nak bersama semula?
hmmm kadang kala kite kene jugak phm prasaan lelaki .. takkan lah dia jek nk paham prasaan kite????
saya dlm proses untuk putus cinta.. masa kenal sume indah belaka, tp bila nk putus makan apa pun rasa pahit..aku sangkakan tu la cinta sejati aku tp alangkah patahnya hati bila dia bagitau aku dia dah kawin sebenarnya..aku teramat cintakan dia..dia xmau tinggalkan aku tp dia xmau leapskan isterinya walaupun dia kawin bkn atas dasar cinta.. aku amik keputusan untuk lepaskan. Aku xtau apa aku harus buat..
aku ada ex ..ermm ..aku yg putuskan hbgn kami .. sbb aku tak tahan ..sebulan aku tggu dia..aku text stu pn tak dibls ..diam membatu dan terus membisu ..setahu aku ,tak pernh sekalipn aku wat salah kat dia ..kali terakhir aku text kat dia aritu, dia hppy jer text ngn aku ..sempat gurau2 lg ..herannn ,,tba2 hilang ..time aku ajak putus tu sbnrnya bkn kemahuan aku .. aku dgr kata dorongan org sekeliling ,, aku try jer ,, law dia syg aku msti dia text lps aku kata mcm tu .. tpi ,,hampa .. aku kata kat dia ;KItA PUTUS " dia tak eply pn .. damn !! ... ntah arr .. aku tak tau status aku .. adakah aku sgle atau pn tak .. dia tetap mcmtu ...huhhh .. dah break kot ..bgi aku skrg dia ex aku ... aku syg sgt2 kat dia .. tpi ,, dia tak pernah hargai kesetiaan aku .. aku bnyk berkorban .. aku tak tahan dgn sikap org yg mendiam diri ..tak pernah jujor dgn perasaan sendri .. Betol ker kptsn aku putus kan dia errrkkk ??? ntah ar .. aku naik bosan ngn sikap dia .........../. k bye .. kerinduan ku palitkan kengan indah bersamamu ..namun kebencian wujud dlm hati ku stelah sikap mu yg melukakan hatiku ....
awek aku pkai tdung,,,muka mg baik..stahun da kami couple..die syg aku sgt2,die jnji nk kwen dgn aku..slama aku couple mg xde msalah..aku pcye die sgt2...tp baru2 ni aku on9 fb die..die pon on9 jgk..die ade chat dgn sorg laki..aku baca chat die dr mula smpai hbis,,,ssguh aku x sgka pompuan sbaik die boley lyn laki tu chat2 lucah dan ajak bersama utk buat seks..babi pye pompuan!! sgup die bt aku mcm ni!..knp die mcm xde otak??...emm tgu berita trgempar kt malaysia seorg gadis mati kne tmbak...aku nekad nk bt mcm tu!!!!....sedeyyyyyyyyyy....
aku baru jer clash xdi..tp aku lar yg mx ni pun sb dye sendiri yg ckap kat aku lau aku xblh ubah keras kepala aku ni auutomaik dye ngan aku putus..aku pun xtahu nape aku susah sgt nk ubah sikap nie,,heloww kenae aku susah2 nk ubah sikap aaku sdangkan tabiat dye yg suke merokok tu dye xubah..aarrhh tertekannya rasa..aku syg tp aku keliru..sayu nye hati ni..dye ckap aku selalu je sakitkan hati dia..aku ambik keputusan ni sb xnk sakitkan hati dia lg..kesian kt dia,,aku bukan ade org len pun..hati nie tertutup nuk org lain..sape2 yg kenal muhamad shafie bin abdul razak or pgilan kat umah mat ing yg tggal kat pengkala chepa,kelantan tolong bg tahu yg ira sayang dia sgt2 tp ira xsgup tgk dia terluka kerana kata2 ira..kita same2 ego syg kita xmgkin dpt bersatu krn antara kia tiada yg mjadi pendamai..
Assalamualaikum..setelah hmpir 9 thun berkawan,akhrnye pd 19.12.2012 segalanye terbongkar.aku xprnh sangka perempuan beragama spt dia sanggup gadai maruah.sbnrnye dh byk kali bnda ni kantoi,tp aku ingt cma kwn biasa.tp rupa-rupanye smpai tahap yang aku sndiri betul-betul xsgka..aku sndri tk pernah mntk smpai ke tahap tu,tp lelaki bertuah tu dapat smpai tahap isteri yang patut bagi..selama bertahun-tahun aku kena tipu.aku ingatkan hubungan kami xde masalah.tp si dia memang pandai menyimpan rahsia.mujur aku ada install callrecorder pd henpon aku y dia pkai,dan akhirnya segalanya terbongkar.lepas aku tau semua tu,aku rasa hidup aku kosong..dh xde ape y aku nk kejar..aku betul-betul kecewa dgn dia..si dia berjanji akn mengubah segalanya,dan disebabkan perasaan cinta yang terlalu mendalam aku terima dia seadanya..aku selalu ajak dia bangun solat malam dan mengaji bersama,dgn harapan dia xxkn ulangi lagi semua tu..namun jauh disudut hati,dah xde perasaan percaya pada dia,dan aku xblh lepas dr terus ingat apa y dh trjadi antra dia dan lelaki berstatus suami orang tu..tp aku jgkk tak mampu kehilangan dia..aku yakin dia betul-betul berubah,cuma aku xdpt elak dr bayangkan aksi-aksi ghairah diorg..takde ke terapi y blh membuatkan aku lupa apa y dia dh buat selama ni?mintak kawan-kawn kt sini bantu aku..aku betul-betul perlukan terapi tu,aku dh tenat sangat sekarang ni..terima kasih pada y sudi memmbantu..
baru jer putus..dah 4 kali berlaku dgn aku.. aku dgn dia dah bersama selama7 tahun.. its a seven wonderful years.. but now she has somebody else..terkejut badak aku bila dpt tahu dia ada org lain..so aku jumpa dia dan ajak berbincang..biar sakit di hati kemarahan tu aku pendamkan..aku ajak dia berbincang dlm suana yg aman dan terkawal.. dia mengaku dah sebulan menjalin hubungan mamat tu.. so nak kata apa lagi..walaupun sakit aku rela lepaskan dia..i just want her to be happy..for me, live has to goes on.. setiap musibah yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..mungkin juga tuhan merencanakan sesuatu tg terbaik buat ku di masa depan
Aku dan dia telah bercinta selama 10 tahun. Si dia telah curang n khianat pada aku. Aku diburuk2kan depan kekasih baru. Kemudian dia kata nk berbaik semula dgn aku.
setelah saya fahami dan baca segala luahan hati orang yang telah putus cinta, kebanyakkannya berpunca daripada kisah yg sama, iaitu wujud orang ketiga, perasaan dipermainkan, dicurangi, ditipu, diambil kesempatan dan tidak dihargai setelah banyak pengorbanan dan kesetiaan yang telah dilakukan.
Sebenarnya, semua perkara itu terjadi berpunca daripada diri sendiri juga. kerana terlalu percaya, kita setia..kerana terlalu menyayangi dan menyintai, kita diperbodohkan, kerana sanggup berkorban apa sahaja, kita dpermainkan/ditinggal begitu sahaja. Selain itu, mgkn punca hubungan kita putus dsbbkan tidak dapat restu ibu bpa dan keredhaan drp Allah..mgkn anda bina hubungan tidak sihat sepanjang bercouple..?? slain itu, bkn jodoh jga mybbkn pkra itu tjadi..
disebabkan itulah, moga segala apa yang telah terjadi, kita jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran..buka mata dan minda anda! Jangan pernah ulangi kesilapan utk kesekian kalinya.
Lagipun orang yang TIDAK MENGHARGAI setelah kita bkorbankan segala2nya, adalah org yg tidak plu kita tangisi kehilanganny..dia bukanlah yg tbaik utk kita..itu kita kena sedari, bukan?
saya juga slh seorg yg br ptus cinta. kisah sy sma, tidak dihargai setelah byk pgorbanan dilakukn, setelah sy setia dan myayangi dan myintainy, dia mcurangi sy, mnipu sy diawal phubungn lg..rupa2ny dia mmg kekasih org! ttpi mnipu sy dgn mgatakn msh single..bila dh tbongkar sgla2ny, br dia mgaku! ttpi apa guna sgala pgakuan itu? nasi sudah mjadi bubur..pedih tdk tkata...ttpi itulah knyataanny yg plu sy telan..alasan boring, ksunyian, kesepian, keseorangn dijadikan punca dan alasan utk dia mcurangi kekasih yg sudah 6 thn bhubungn tu dan setelah tbongkar sgala2nya, sy terus plih utk tgglkn dia dan dia pn pilih utk mmilihny dan mgatakn msh myayangi sy. meskipun hati pedih, tp itulah kputusn yg sharusny sy lakukn..tidak ingin disakiti olhny lg!
Suami saya Johnson membuang saya untuk wanita lain untuk pes 3 tahun ,. Rakan saya Jennifer Oscar memperkenalkan saya kepada kastam Voodoo Love Spell, saya tidak pernah melakukan spell cinta sebelum ini dalam hidup saya.
Pada mulanya saya tidak pernah percaya DR Oduduwa akan dapat membantu saya memenangi kembali HUSBAND EX saya dari wanita ini tetapi kerana saya masih sayang dia dan saya mahu suami saya kembali dalam hidup saya .. saya mencobanya, saya patuh dan ikut DR Arahan ODUDUWA dan saya mengejutkan bahawa selepas 3 Hari mencurahkan Cinta-mantra dan kerja-kerja Incantations dengan gambar suami saya dan nama-nama yang diberikan kepada DR ODUDUWA, Makan siang adalah ejaan cinta ke udara bagi pihak saya pada jam 12.00 tengah hari. . Keesokan harinya saya berjumpa dengan panggilan yang tidak dijawab di telefon saya, beberapa munites kemudian saya EX HUSBAND memanggil saya di telefon meminta saya untuk memaafkan dan melupakan semua yang dia telah melakukan salah untuk menyakiti saya, Suami saya bercakap dengan saya dengan baik dan dia menyesal. sekarang diri saya dan suami saya kembali bersama-sama dan kami sangat gembira dengan kehidupan baru kami sebagai keluarga ... terima kasih kepada DR ODUDUWA untuk kerja yang hebat yang telah dilakukannya untuk saya .. saya berjanji kepada Oduduwa untuk membagikan kerja baiknya Kesaksian kepada dunia selepas ia berfungsi dan benar-benar karya Love-Eja untuk kebaikan saya.
Apabila anda memerlukan bantuan sedemikian dan anda mempunyai sesiapa sahaja yang anda kenali atau saudara-mara yang ada di sana yang mengalami sebarang krisis hubungan hari ini, sila memaklumkan kepada mereka untuk menghubungi ODUDUWA melalui e-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Cara Bawa Balik cinta anda, jika anda mempunyai kes seperti berikut ...
SPELLS PERKAHWINAN, PELAJAR SPELLS, SPELLS KASUS MAHKAMAH, LOVE SPELLS
Adakah kekasihmu mengambil masa yang lama untuk memutuskan?
Adakah kekasih anda menipu anda?
Adakah kekasih anda masih bercakap dengan bekas?
Adakah kekasih anda mempunyai pengaruh buruk?
Adakah saudara-saudara kekasih anda berubah fikirannya?
Adakah kekasih anda menghindari anda apabila anda memerlukannya?
Eja Menang Lotto
Eja untuk memenangi Kupon
Eja Berhenti Perceraian.
Eja mencari cinta sejati.
ejaan untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada wanita lain.
Makan siang untuk mendapatkan Rick, kemasyhuran dan kekayaan.
Ejaan ritual
Jatuh balas dendam untuk mengembalikan wang anda yang hilang dari penghutang.
Eja untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Oduduwa E-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Tel: +13019658857