“Mak bukannya tak sayangkan kau. Mak lakukan ini semua untuk kepentingan keluarga kita semua. Tolonglah setuju, ini untuk kebaikan kau juga Fida.” Pn Salmah terus memujuk Fida agar setuju dengan permintaan mereka. Bukan saja permintaan dari kedua orang tuanya tapi juga permintaan daripada keluarga Mak Ngahnya.
“Kebaikan apa yang akan saya dapat mak? Cuba mak terangkan, apa yang akan saya dapat atau apa sebenarnya yang mak dan abah akan dapat?” Fida sudah mulai kurang sabar atas permintaan orang tuanya. Bukan niatnya untuk menjadi anak derhaka tapi apa yang berlaku dan akan berlaku memerlukan pengorbanan yang besar. Bukan mudah untuk menunaikan permintaan mereka itu.
“Kenapa kau cakap macam tu? Kau ingat mak suruh kau buat ini semua untuk kepentingan mak dengan abah ke? Kau jangan nak kurang ajar Fida, mak besarkan kau selama ini tapi ini yang kau balas?” Pn Salmah agak marah dengan apa yang Fida katakan.
“Dahlah mak, Fida penatlah. Fida masuk bilik dulu.” Fida terus berlalu tanpa menghiraukan kedua orang tuanya. Keadaan semakin panas, jika Fida masih bertegas di situ entah apa akan terjadi. Ayahnya hanya berdiam diri, bagi En Shakir apa saja keputusan anaknya dia akan setuju kerana ini melibatkan masa depan anaknya.
“Abang, yang awak diam saja dari tadi kenapa? Bukannya nak sokong saya.”
“Eh awak ni, saya pula awak nak marah. Sudah-sudah lah Mah, Fida dah kata dia tak nak tak usahlah dipaksa. Bukannya boleh di buat main perkara ni. Ini masa depan anak awak Mah, bukan orang lain.”
“Abang, ni demi maruah keluarga kita juga bukan orang lain.” Pn Salmah mengajuk kata-kata En Shakir.
“Awak pandai cakap pada anak awak jangan jadi kurang ajar, tapi awak tak sedar diri.”
“Eh, apa kena-mengena dengan saya pula?”
“Tak sedar ke awak dah menderhaka pada saya. Seorang isteri mana boleh marahkan suami, inikan pula mengajuk saya. Dosa tau. Lainlah kalau saya buat salah besar.” Tenang saja riak wajah En Shakir. Tanpa mempedulikan isterinya En Shakir terus berlalu.
“Abang nak ke mana?”
“Dapur, tekak kering marah-marah ni.”
“Abang ni, suka main-mainkan Mah tau. Mah minta maaf. Janji tak buat lagi hari ni.”
“A’ah, hari ni aje, esok buat lagi kan?”
Pn Salmah hanya tersenyum. “ Nanti minta maaf lagi.”
“Eloklah tu.”
“Abang nak kemana lagi tu?”
“Nak tidur, tak Nampak sekarang dah pukul berapa. Awak nak tidur dengan saya ke nak tidur luar? Kalau nak tidur dengan saya cepatlah, nanti saya kunci pintu baru tau.” Tanpa berlengan lagi Pn Salmah terus mengikut langkah suaminya menuju ke tempat beradu mereka.
“Kau ni kenapa Fida? Senyap aje aku tengok dari tadi, Nasi Goreng kau pun tak sentuh-sentuh lagi. Kau ada masalah ke?”
Kedengaran kuat Fida mengeluh. Soalan rakan sekuliahnya hanya dijawab dengan pandangan matanya. Mata yang menunjukkan kesedihan, kekecewaan dan kekeliruan. Sedih atas nasib diri, kecewa atas sikap Pn Salmah dan keliru atas keputusan yang perlu di buat. Jika diterima akan memakan dirinya, jika ditolak juga akan memakan dirinya. Bezanya cuma, jika diterima hanya melibatkan perasaannya dan si ‘dia’ tapi jika ditolak ia akan melibatkan perasaan ramai pihak.
“Ish! Kenapa pula kau menangis ni? Cuba kau cerita pada aku. Mana tahu aku boleh tolong, sekurang-kurangnya aku dapat ringankan beban kau sikit dengan menjadi pendengar kau. Kau tahukan, kalau kita ada masalah sebaik-baiknya kita luahkan agar ia akan dapat meringankan beban fikiran kita. Tapi terpulanglah pada kau sama ada nak cerita atau tak. Aku tak paksa.”
“Ziema, pinjamkan kehangatan pelukan kau untuk aku boleh, atau kau nak aku minta izin dari Shamil?”
Aziema tersenyum dan mengangguk. “ Kau ni, dalam sedih masih ada guraunya. Menangislah sepuas-puasnya, tapi jangan lupa lepas ni basuh baju aku ni, mesti masin denagn air mata kau.” Kedua-dua teman itu tertawa dengan gurauan masing-masing.
“ Fida, ada orang nak jumpa kau.” Ainah rakan sebiliknya telah bertemu dengan sepasang suami isteri di bawah yang kelihatannya sedang menanti seseorang. Dilihat mereka sudah berada di bawah kolejnya semasa hendak ke kelas dan apabila pulang mereka masih disitu. Bagaikan simpati Ainah bertanya untuk menolong dan tanpa disangka orang yang di cari dan di tunggu itu adalah rakan sebiliknya sendiri.
“Siapa?” Fida masih mamai kerana baru saja keluar dari alam mimpi bertanya tanpa menyedari orang yang dimaksudkan sudah berada di sebelahnya.
“ Mak Ngah ni, Fida.” Pn Salmi telah menjawab bagi pihak Ainah. Dan Fida yang masih lagi memeluk batalnya terus bangun dan ternyata dia terkejut dengan kehadiran Mak Ngahnya. Bukan kehadiran Mak Ngahnya yang menjadi kerisauan tapi makna disebalik kedatangan Mak Ngahnya itulah yang menyebabkan Fida seperti bangun tidur semula.
“Mak Ngah.” Itulah perkata pertama yang keluar sedari dia berdiam diri tadi. “ Apa Mak Ngah buat dekat sini? Bila sampai?”
“Dari tadi sampai. Mak Ngah cuba telefon Fida banyak kali tapi tak dapat-dapat. Fida sengaja tak nak angkat pangilan Mak Ngah ke?” Fida terus meraba-raba mencari kedudukan telefon bimbitnya. Sejak pulang dari kelas hinggalah ke saat itu Fida tidak pun menyentuh telefonnya. Entah dimana letaknya.
“Apa Mak Ngah cakap ni? Tak kanlah Fida nak buat macam tu. Fida pun tak tahu mana Fida letak telefon Fida. Ain, kau ada Nampak telefon aku?”
“Tak pula. Kaukan selalunya simpan dalam beg, dah cari?”
Fida menepuk dahinya. “A’ah lupalah, balik dari kelas tadi lupa nak ambil dari dalam beg.” Terus dicapai begnya dan kelihatan 30 missed call dari Pn Salmi.
“Fida minta maaflah Mak Ngah. Fida silentkan tadi, tu yang tak dengar Mak Ngah telefon.” Fida menunjukkan telefonnya membuktikan bahawa dia bukan seperti apa yang Pn Salmi fikirkan.
Pn Salmi tersenyum dan tanpa sempat Pn Salmi berkata-kata Fida terlebih dahulu meminta izin untuk mencuci muka. Fida tahu apa yang ingin dikatakan oleh Pn Salmi. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan menuntut Fida untuk duduk lebih lama lagi didalam tandas. Masih belum bersedia untuk memberikan jawapan dan yang paling penting takut dirinya akan tunduk atas permintaan Pn Salmi.
Sekembalinya Fida tanpa berlengah lagi Pn Salmi terus memulakan perbicaraan. “ Fida tentu tahu apa tujuan kedatangan Mak Ngah. Mak Ngah rayu sangat pada Fida tolonglah setuju. Hanya Fidalah yang boleh kami harapkan untuk membantu keluarga Mak Ngah.”
“Tapi kenapa Fida? Masih ramai lagi sepupu-sepupu yang boleh menurut permintaan Mak Ngah. Lagipun Fidakan masih belajar. Mak Ngah tak rasa ke yang Fida ni masih terlalu muda untuk menurut permintaan Mak Ngah ni?”
“Hanya Fidalah yang kami rasakan layak. Hanya tinggal seminggu sahaja. Tolonglah kami Fida. Maruah kami terletak pada keputusan Fida sekarang ni. Kalau boleh Mak Ngah nak Fida beri keputusan hari ini juga agar segala persiapan dapat dilakukan. Mak Ngah tak nak walaupun Fida terpaksa lakukan tapi Fida tak dapat rasakan nikmat menjadi raja sehari nanti.
Sungguh sukar keadaan Fida sekarang ini. Sudah puas sebenarnya dia memikirkan permintaan mereka itu sejak kepulangannya seminggu yang lalu. Rakan-rakan sebiliknya sudah mengetahui segala-galanya dan pada ketika ini mereka yang turut mendengar perbicaraan mereka juga merasakan kesedihan yang Fida alami. Mereka tahu ini adalah masa yang amat sukar buat Fida tetapi mereka tahu Fida seorang yang bijak membuat keputusan.
“Baiklah Mak Ngah, Fida setuju.”
“Betul ni Fida? Mak Ngah tak salah dengar kan?” Fizikal Fida memang menunjukkan dia gembira dengan keputusannya itu tapi tak siapa tahu apa yang sedang berlaku didalam hatinya. Ternyata keputusan yang dilakukan Fida sangat menggembirakan Pn Salmi sehingga menitiskan air mata.
Kesakitan dan kekecewaan keluarga Pn Salmi akhirnya mendapat kelegaan dengan keputusan yang telah dilakukan oleh Fida. Dua minggu yang lalu berita tentang pembatalan majlis pernikahan anaknya Iqbal sangat menduka-citakan sehinggakan Pn Salmi terpaksa dimasukkan ke dalam hospital akibat serangan jantung.
Aleya bakal menantunya telah memutuskan untuk tidak meneruskan majlis pernikahan mereka kerana telah bertemu dengan lelaki yang lebih kaya lagi dari Iqbal. Sudah ternyata Aleya hanya inginkan kemewahan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga bukannya ikhlas mencintainya. Segala persiapan sudah hampir selesai, kad-kad sudah diedarkan dan untuk membatalkan majlis tidak sama sekali. Keputusan sepakat dibuat untuk menyatukan Fida dan Iqbal. Iqbal langsung tidak mempedulikan ia lagi, baginya jika sudah suratan majlis ini tidak akan berlangsung dia terima dengan redha. Tetapi tidak bagi kedua orang tuanya dan adik beradik yang lain. Apa yang di rancang mesti di laksanakan hingga sangup mencari pengganti.
“Betul ke keputusan yang aku lakukan ni?” Kelihatan Fida masih meragui keputusannya. Adakah ini yang terbaik? Walaubagaimanapun keputusan telah pun diberikan.
“Kau kena yakin. Kalau betul ini keputusan kau, kau kena banyak bersedia. Fizikal dan mental. Aku tahu kau sudah tentu faham apa yang aku maksudkan. Cuma nasihat aku lakukan yang terbaik dan yang termampu.”
Hari yang tidak diingini akhirnya datang juga. Diharap hari yang disifatkan malang baginya tidak kunjung tiba, tetapi semakin di harap semakin cepat ia tiba. Segala persiapan tidak di hiraukan. Tidak bermakna baginya perkahwinan ini dan nikmat raja sehari yang diimpikan oleh semua wanita tidak akan dialami, itu sudah pasti.
Segala persiapan tidak dihiraukan termasuklah soal pakaian. Fida hanya pulang ke rumah pada pagi sabtu sedangkan majlis pernikahan akan berlangsung pada malamnya. Segala leteran sudah tidak di hiraukan, baginya cukuplah dia sudah melakukan pengorbanan sebesar ini hanya untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga.
Nasibnya agak baik kerana saiz baju yang di tempah sesuai dengan keadaan tubuhnya yang kurus itu. Setelah selesai solat magrib Fida sudah siap sedia untuk disolekkan. Dengan hanya mengambil masa selama hampir satu jam, Fida sudah siap berpakian pengantin untuk majlis nikah. Mereka yang melihat Fida terpegun dengan kecantikan yang dimiliki. Dengan wajah yang sememangnya cantik ditambah lagi dengan solekan maka bertambah lagi kecantikannya.
“Kau rasa aku masih boleh senyum ke masa ni.”
“Boleh kalau kau nak.”
“Fida, pengantin lelaki dah sampai. Sekejap lagi majlis pernikahan akan dimulakan. Fida siap sedia ajelah.” Mak andam menyampaikan pesanan.
Fida tahu dalam jam ini akan sahlah dia menjadi seorang isteri kepada insan yang bernama Iqbal. Sudah mula kedengaran kadi memulakan bicara, riuh rendah kedengarannya. Fida yang berada di dalam bilik tidak berapa jelas akan perbicaraan mereka. Apa yang pasti peluh sudah mula hadir di celah-celah dahi. Arh…pedulikan apa yang mereka bicarakan. Sedang asyik melayan perasaan tiba-tiba hati berdegup kencang, kedengaran bunyi bising bagaikan tanda pengantin lelaki telah munuju ke ruangan bilik pengantin.
Tidak diketahui bila lafaz diucapkan dan kini pengantin lelakinya sudah pun di depan mata. Buat kali pertama menatap wajahnya dan mata bertentangan, senyum diberikan. Cincin disarungkan, salam ciuman diberikan kini dahinya menjadi sasaran. Pelbagai suara kedengaran memuji pasangan pengantin, secocok katanya. Lampu-lampu dari kamera tidak berhenti sedari tadi. Gambar mula di petik satu persatu, dengan pelbagai gaya dan senyuman palsu. Tiada yang tahu apa isi hati Fida pada ketika ini. Segalanya hanya Tuhan saja yang tahu. Setelah selesai sudah majlis pernikahan, para tetamu juga sudah mulai kurang pasangan pengantin baru melangkah ke ruanagn yang indah dan penuh dengan keharuman bunga-bungaan.
“Hah Iqbal! Nak kemana tu, sabar sikit esok malam baru boleh tidur sebilik.” Mak Lang mengusik dan diikuti oleh gelak tawa sanak saudara yang tinggal. Fida tidak mempedulikan kata-kata dan usikan mereka. Baginya keletihan ini harus dihilangkan dengan kadar segera.
“Kau kahwin dengan aku ni pun pasal harta ke?” Itulah kata-kata pertama sejak mereka melangkah ke bilik mereka. Iqbal, sepupu yang jarang dijumpai . Oleh kerana kesibukannya bekerja telah menyebabkan mereka jarang berjumpa dan tidak semesra dan serapat dengan sepupunya yang lain.
“Saya tolong selamatkan maruah keluarga awak, awak cakap saya kahwin sebab harta? Wow!!! Sangat hebat cara awak berterima kasih atas pengorbanan saya. Kalau saya tahu ini yang akan saya dapat, sumpah kalau dapat saya putarkan masa saya tak akan bersetuju dengan permintaan Mak Ngah.”
“Satu benda yang perlu kau tahu, aku tak minta pun kau jadi isteri aku.”
“Ini ke cara orang yang terpelajar dan berharta ungkapkan kata syukur dan terima kasih? Nampaknya saya yang kurang pandai dan tak berharta ni lagi pandai daripada awak yang terpelajar ni.”
“Apa yang kau cakapkan ni? Kenapa aku perlu berterima kasih?”
“Awak buat-buat tak tahu atau memang tak tahu.?”
“Eh…” Belum sempat Iqbal ingin menjawab namanya telah pun di panggil.
“Saya.” Jawabnya sedikit menjerit.
“ Sabar-sabarlah, kalau iapun tunggulah esok. Dah, Along nak balik ni, cepat bagi ciuman terakhir kat isteri kau tu. Along tunggu kat kereta.”
“OK!!”
Fida yang sedari tadi membelakangkan Iqbal sangat berharap Iqbal akan melangkah keluar tapi sangkaanya meleset, nampaknya Iqbal masih mahu memanaskan keadaan yang bagaikan di panggang bara api.
“Dengar Along kata tadi, bagi ciuman terakhir. Huh!!! Tak akan sama sekali.” Sehabis sahaja ayat itu Iqbal terus melangkah keluar.
“Dia ingat aku ni nak sangat agaknya kahwin dengan dia. Boleh blah lah.”
“Apa kau cakap?”
“Hurm…tulah tak pandai nak jaga telinga. Dah, baliklah nanti Along fikir yang bukan-bukan pula. Nanti awak juga yang sakit hati.”
“Aku lagi sakit hati dengar suara kau dari dengar apa yang Along akan cakapkan. Kau jangan ingat aku tak dengar apa yang kau cakapkan tadi.”
“Memang betul apa yang saya cakap tadi. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan awak.” Sungguh sinis kata-kata yang Fida utarakan. Dan tanpa membuang masa lagi Iqbal terus berlalu meninggalkan Fida yang dalam kesakitan. Kesakitan hati!
Sakit hatinya mengenangkan sifat Iqbal yang langsung tidak menghargai apa yang telah dia lakukan. Segala pengorbanannya yang telah menyelamatkan maruah keluarga Mak Ngahnya hanya sia-sia. Ianya langsung tidak di hargai. Adakah ini adalah satu keputusan yang salah atau sememangnya ini adalah takdir yang telah ditentukan untuk dia dari Dia.
Kini, apa yang boleh dia lakukan hanyalah berdoa agar hatinya diberi ketabahan dan kesabaran atas apa yang telah berlaku dan akan berlaku. Dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini akan memainkan satu emosi yang sangat hebat. Ya! Aku harus bersedia untuk mengatasi apa saja perkara yang akan berlaku. Tekadnya pada diri.
“Cubalah senyum sikit. Janganlah tunjuk sangat yang kau tu terpaksa kahwin dengan aku.”
“Saya tak hipokrit, buat apa nak tipu semua orang yang saya bahagia dengan semua ni.”
“Tolong jaga maruah keluarga aku dan keluarga kau. Kau nak ke semua orang tahu tentang perkara ini.”
“Tahu pula awak cakap pasal maruah. Ingatkan maruah tu dah tak penting lagi bagi awak. Lagipun, apa yang awak nak risaukan sangat dah semestinya semua saudara mara kita tahu soal ni.”
“Itu saudara mara kita. Apa kata kawan-kawan aku dan orang yang tak tahu soal ni. Kau nak buat mereka tahu soal ni ke?”
“Itu bukan masalah saya. Buat apa keluarga saya nak malu. Paling tidak pun kami akan rasa bangga sebab dapat tolong keluarga lain. Walaupun dengan keluarga sendiri.”
“Hingga sangup jual anak sendiri.?” Iqbal bertanya dengan nada mengejek. Dia tahu Fida mengahwininya hanya semata-mata kerana duit yang ditawarkan oleh ibunya. Huh! Perempuan semuanya sama.
“Apa yang awak cakapkan ni. Sampai hati awak cakap Mak Teh awak macam tu. Awak dah melampau!” Fida marah dengan apa yang diperkatakan. Kata-kata Iqbal tadi bagaikan satu batu besar yang menghempap dirinya. Adakah benar apa yang diperkatakan oleh Iqbal?
“Kau ni memang tak tahu atau buat-buat tak tahu? Mak kau dah terima wang sebanyak RM500 000 daripada ibu tau. Tak menjual anak ke namanya?” Iqbal sengaja menekankan perkataan menjual kerana dia tahu Fida akan merasa sakit mendengarnya.
“Betul ke apa yang awak cakapkan ni? Jangan cuba nak buat fitnah. Saya tak percaya.” Fida pada sebelumnya duduk membelakangkan Iqbal, bangun dan berdiri tegak memandang ke arah Iqbal.Tajam pandangan matanya tepat kearah anak mata Iqbal. Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata Iqbal yang baginya hanya sekadar untuk mengujinya sahaja.
“Kalau kau tak percaya, pergilah tanya mak kau sendiri.” Gaya Iqbal yang bersahaja semakin membuatkan Fida bertambah marah. Fida terus bangun untuk mencari Pn Salmah, tetapi sebelum sempat Fida membuka pintu Mak Lang telah panggil untuk keluar untuk sesi memotong kek. Niat untuk mendapatkan kepastian dilupakan buat semantara waktu. Dipandang sekilas pada Iqbal memberi petunjuk untuk keluar dan tambah menyakitkan lagi bila Iqbal hanya diam tak berkutik. Mak Lang dan Fida saling perpandangan dan tersenyum. Fida berpaling dan mula menyusun langkah menuju kea rah Iqbal dengan senyuman di bibir.
“Awak ni kenapa?” Fida bertanya denagn nada yang perlahan, nada yang hanya dapat didengari oleh mereka berdua sahaja. Iqbal tidak mengendahkan soalan Fida lantas bangun, tersenyum dan mula melangkah. Dihadapan Mak Lang dia cuba untuk tunjukkan kemesraannya dengan memimpin tangan Fida. Fida yang faham dengan keadaan hanya tersenyum memandangnya dan melangkah dengan senyuman. Senyuman diluar tangisan didalam.
Semasa sesi memotong kek, Iqbal kononya benar-benar cintakan Fida. Semua orang tertipu dengan kemesraan yang mereka tonjolkan. Secubit kek di suakan kemulut Fida dan satu ciuman diberikan di dahi Fida. Para tetamu bersorak melihat kemesraan mereka. Dalam diam Fida menjegilkan matanya ke arah Iqbal. Terpana seketika dengan perbuatan pantas Iqbal tadi. Jurukamera mengambil peluang ini untuk merakamkan detik kemesraan mereka. Kali ini Fida terpaksa merelakan kerana tidak mahu ada yang memandang serong kepadanya.
Iqbal menghadiahkan senyuman nakalnya dan satu ciuman di pipinya diberikan. Kali ini agak lama kerana jurukamera dan tetamu yang lain meinginkannya dan Fida hanya tersenyum merelakan. Selepas ciuman dilepaskan mereka meminta ciuman beralih wajah. Fida terpaksa mencium Iqbal pula. Terdiam Fida buat seketika, sudah tidak sanggup rasanya denagn lakonan ini.
Pada fikirannya sekarang hanyalah untuk mendapatkan kepastian diatas persoalan yang menganggu fikirannya sejak tadi. Lantas tanpa berlengah Fida terus mencium pipi Iqbal dan dengan pantas ciuman di hentikan. Pada fikirannya semua itu akan berakhir tetapi sangkaannya meleset apabila mereka tidak berpuas hati. Akhirnya selepas ciuman kedua diberikan mereka menuju ke khemah untuk bersalaman dengan para tetamu dan sanak saudara.
Selesai segala urusan di bawah Fida lantas masuk untuk bertemu Pn Salmah. Soalan terus diajukan dan Pn Salmah hanya diam membiarkan soalan tanpa jawapan.
“Kenapa mak diam ni? Maknanya betullah, mak terima duit daripada Mak Ngah? Sanggup mak buat Fida macam ni. Sedih Fida mak.” Pn Salmah terduduk dan menangis. Perlahan-lahan air mata Fida mengalir dari takungan air matanya. Dia juga turut terduduk. Sesal memikirkan apa yang telah Pn Salmah lakukan kepadanya. Apa-apa pun nasi sudah jadi bubur. Perkara yang sudah terjadi tak dapat nak diputarkan kembali.
“Kamu dua beranak ni menangis di dapur ni kenapa?” Mak Long yang kebetulan lalu untuk menuju ke bilik air menagmbil wuduk singgah bertanya.
“Saya sedih Mak Long.” Hanya itu yang terkeluar daripada mulutnya. Tidak pula dia menyatakan kenapa, takut mengaibkan maknya sendiri.
“Biasalah baru-baru kahwin memang macam tu. Kamu pun Fida nanti jangan lupa selalu balik jenguk mak kamu ni.” Mak Long yang tidak tahu asal usul cerita sempat lagi memberi nasihat kepadanya.
“Sudahlah Mah, Fida jangan sedih-sedih. Mak Long nak ambil wuduk ni, gerak dululah ya.” Fida hanya tersenyum dan memandang Mak Longnya hingga hilang daripada pandangan mata. Tiada bicara pada waktu itu hanya kebisuan yang menjadi peneman.
“Tak apalah mak, mungkin ini yang terbaik untuk keluarga kita. Fida tahu keluarga kita susah tapi tak sangka mak sanggup buat macam ni. Fida masuk bilik dululah.” Pn Salmah terus menangis teresak-esak selepas mendengar apa yang Fida katakan. Pn Salmah menyesal akan perbuatannya tetapi niatnya baik, hanya untuk membiayai pengajian dua orang anaknya lagi.
“Berkemaslah esok kita balik.” Setelah dua hari berada di rumah Fida, Iqbal sudah tidak betah lagi. Penat untuk terus melakukan sandiwara kemesraan mereka di depan keluarga Fida.
“Nak balik ke mana pula? Inikan rumah saya.”
“Kau dah lupa ke, yang kau tu sekarang sudah jadi tanggungjawab aku. Takkan aku nak tinggalkan kau dekat sini aje? Nanti cakap tak bertanggungjawab pula.”
“Sejak bila pula awak mengaku yang saya ni tanggungjawab awak? Kalau iapun itu tak bermakna saya perlu ikut kemana saja yang aawak pergi.”
“Banyak cakap pula kau ni kan. Kau nak ikut aku balik ke tak?”
“Kalau tak nak?”
“Suka hati kaulah yang penting sekarang ni aku nak balik. Tak tahan aku nak meneruskan lakonan depan mak dengan abah.”
“Siapa suruh berlakon. Awak sendiri yang nak sangat tunjuk, kononnya kita ni memang bahagia dengan perkahwinan ni. Bukan semua orang tak tahu yang kita ni kahwin tanpa cinta.”
“Setiap kali bercakap dengan kau ni mesti ada saja benda yang menyakitkan hati aku tau. Tak boleh agaknya sedapkan hati suami.” Baju yang dipegang Iqbal terus di campak ke bawah. Fida hanya membiarkan saja dan terus mengemas baju Iqbal.
“Mak minta maaf Fida.” Sejak di hari perkahwinannya hinggalah ke saat ini Pn Salmah dan Fida hanya berkata yang penting sahaja. Pn Salmah tahu anaknya sangat berkecil hati dengan apa yang dia telah lakukan.
“Tak ada apa yang perlu di maafkan mak. Fida yang seharusnya memohon maaf. Mungkin apa yang mak lakukan ada baiknya untuk kita sekeluarga. Fida masuk bilik dulu mak, nak kemas baju.”
Luluh hati Pn Salmah. Kalaulah betul Fida tidak marahkannya lagi kenapa Fida selalu saja mengelakkan dirinya daripada berbicara dengannya.
“Fida, kenapa macam ni?” En Shakir rasa sudah masanya dia untuk masuk campur. Selama ini dia hanya mendiamkan diri atas sikap yag Fida tunjukkan.
“Macam ni, macam mana tu abah?”
“Abah rasa Fida faham apa yang abah maksudkan.”
“Fida sedih abah. Fida sanggup tolong Mak Ngah tapi tak sangka mak terima duit daripada Mak Ngah. Nampak sangat macam jual anak bukan untuk membantu keluarga sendiri. Fida tahu Mak Ngah yang tawarkan, tapi kenapa mak tidak tolak tawaran tu.”
“Fida, abah tahu apa yang mak kau buat tu salah. Tapi benda dah jadi dan kau pun tak patut layan mak kau macam tu. Walau apapun yang telah mak kau lakukan dia tetap seorang mak.”
Fida hanya mengganguk dan meminta izin untuk berlalu. Kolam air matanya sudah penuh dengan air hanya tunggu masa saja untuk mengalir keluar. Dan untuk menangis di depan abahnya itu suatu yang tidak mungkin.
Fida berhenti betul-betul di hadapan pintu. Tak disangka Iqbal telah mendengar perbualan mereka. Tidak jadi masuk ke bilik Fida melangkah ke luar rumah. Akhirnya ait matanya mengalir juga.
“Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi kalau kau nak pinjam bahu aku, apa salahnya.” Fida terus menyapu air matanya. Tidak tahu sejak bila Iqbal berada dekat dengannya.
“Diam pula. Nangislah kalau itu boleh redakan kesedihan kau. Sini.” Iqbal terus mendekat dan menarik Fida kepelukannya dan Fida hany menurut. Air matanya mengalir lagi.
Setelah lama berada di pelukan Iqbal, Fida melunggarkan pelukan. Malu dia kerana berkeadaan begitu. “Aku kan suami kau, nak malu buat apa. Sini.” Iqbal menarik lagi Fida ke pelukannya tapi kali ini Fida hanya mengeraskan diri.
“Terima kasihlah. Awak nak balik bila?” Fida menukar tajuk perbualan.
“Kita, bukan aku seorang yang akan balik.” Iqbal menekankan perkataan ‘kita’ supaya Fida faham keadaannya. Bukan soal tanggungjawab tapi sebenarnya hatinya sudah mula tertawan dengan kebaikan dan kecantikan yang Fida perolehi. Memang sejak dulu lagi hatinya sudah tertarik dengan sepupunya Fida tapi tiada niat untuk menjadikan sepupunya sendiri sebagai isteri. Tetapi apa yang dulunya ditidakkan akhirnya menjadi kenyataan.
‘ Kenapa tidak aku ambil peluang ini untuk merealisasikan impian yang difikirkan tidak akan kesampaian. Peluang sudah ada tinggal usaha yang perlu ada unuk mendapatkan cintanya dan hidup seperti pasangan bahagia yang lain.Memang sebelum ini aku fikirkan Fida sanggup berkahwin dengan aku semata-mata kerana duit. Tetapi setelah mendengar perbualan mereka, aku tahu Fida bukan seperti perempuan yang lain. Keihklasannya tidak perlu diragui lagi.’
“Awak tahukan saya masih belajar?”
“Tahu, kenapa?” pelik Iqbal dengan soalan yang dikeutarakan.
“Baguslah kalau awak tahu. Maknanya awak pun tahu yang saya tinggal di hostel bukannya duduk di luar. Lagipun tempat belajar saya jauh denagn tempat awak takkan saya nak ikut awak balik.” Jelas Fida selamba.
“Memanglah, tapi buat masa ini kau wajib ikut aku balik rumah ibu.”
“Kelas saya macam mana? Saya bukannya boleh minta cuti macam awak. Saya dapat cuti ni pun sebab dapat surat doctor yang mengatakan saya sakit. Nasib baik Along tolong.”
“Habis tu bila kau balik Melaka?” hampa hatinya.
“Esoklah, cuti sayakan 3 hari saja.”
“Kalau macam tu esok aku hantar kau sekali.”
“Tak perlulah nanti kalau kawan-kawan saya nampak, saya nak jawab apa pada mereka?”
“Jangan cakap kawan-kawan kau tak tahu soal kita.”
“Awak nak mereka tahu yang mak jual saya pada awak ke?” sehabis ayat itu dikeluarkan Fida terus masuk ke rumah. Malas nak panjang-panjangkan perbualan.
“Malam ni takkan kau nak tidur di bawah lagi? Tak sejuk ke?”
“Saya dah biasa berkeaaan sebegini. Sebelum ni alas pun tiada, tapi saya masih boleh tidur dengan nyeyak. Awak tidur sajalah nanti kalau saya tidur satu katil awak tak selesa pula.” Fida terus mendiamkan diri, berpura-pura tidur.
Sedang enak dibuai mimpi Fida rasakan badannya diangkat. ‘Hurm…mimpi aku ni.’ Tepat pada pukul 6 pagi jam loceng sudah menjalankan tugasnya, bunyi nyaring di keluarkan untuk mengejutkan tuan empunya jam.
Fida memaksa tubuhnya untuk bangkit mengerjakan kewajipan yang lagi penting untuk dilaksanakan. Ada sesuatu yang melingkari pinggangnya, Fida mula ketakutan tetapi apabila diamati bentuk dan diingati apa yang berlaku barulah Fida melepaskan nafas kelegaan.
“Iqbal!! Apa yang awak buat ni?” Tanya Fida sedikit marah. Iqbal mengambil kesempatan nasib baik perkara lain tidak terjadi. Iqbal tidak mempedulikan Fida, Fida ditarik ke pelukan dan pelukan dieratkan.
“Lepaskan saya Iqbal!” Fida meronta-ronta minta dilepaskan tetapi pelukan Iqbal lebih kuat dari tenaga wanitanya.
“Ssshhhhhh…..kejap lagi kita bangun ya. Masih awal lagi ni.”
“Apa yang awalnya, bangunlah Iqbal! Saya tak suka awak buat macam ni pada saya. Kalau awak masih tak nak lepaskan saya, saya jerit!” Fida juba untuk menggugut tapi Iqbal hanya bersahaja.
“Mak!!!!!” Culp!!
Makin sakit hati Fida apabila dengan selamba Iqbal mencium mulutnya. Niat untuk menjerit tersekat di tengah jalan. Lengan Iqbal diketip geram dan Iqbal hanya ketawa gembira sambil menggosok lengannya. Ternyata berbisa juga cubitannya.
Itu adalah pelukan dan ciuman cinta pertama untuk isterinya yang mula dicintai dan disayangi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sehinggakan adik iparnya turut merasakan perubahan senyuman itu.
“Abang Iqbal ni Syawal tengok dari tadi asyik tersenyum je ada apa-apa ke?”
“Abangkan pengantin baru biasalah tu. Syawal tak kahwin lagi, mana tahu.” Jawapan selamba Iqbal membuatkan En Shakir dan Pn Salmah tertawa kuat. Fida disebelah menjeling suaminya, geram dengan perangainya yang mula berubah.
“Tapi adik tengok akak masam je dari tadi?” Tanya adik bongsunya pula.
“Akak tak dapat apa yang dia nak, sebab tulah masam je.”
Ternganga mulut Fida mendengar jawapan yang Fida rasa jawapan paling bodoh yang pernah dia dengar sepanjang hidup.
“Apa yang dia nak Iqbal.” En Shakir pula menghangatkan suasana. Gembira hatinya jika betul apa yang diceritakan dan apa yang difahami.
“Benda biasa.” Serentak itu semua orang tertawa kuat.
“Adik tak fahamlah. Kak, apa yang akak nak tu, kalau abang tak boleh bagi adik boleh bagi.” Adik bongsunya masih terlalu kecil dan masih tidak memahami apa yang mereka maksudkan. Makin galak mereka ketawa.
“Ketawalah puas-puas. Semua dah kena tipu, mana ada akak minta apa-apa abang tu yang buat cerita.” Fida membela diri. ‘Kurang ajar kau Iqbal, siap kau nanti.’
“Sayang, janganlah merajuk. Abang gurau sajalah.” Fida terus meninggalkan ruang makan. Sakit hatinya dengan perangai Iqbal.
“Dah, abiskan makan tu tak kemananya merajuk dia tu.” En Shakir sudah sedia maklum dengan perangai anaknya itu. Merajuknya hanya seketika.
“Dah puas awak buat cerita, nak tambah cerita apa-apa lagi?” Fida terus memerli sesudah Iqbal membaringkan tubuhnya.
“Taknak bercerita tapi nak buat benda yang berfaedah, boleh.” Senyuman nakal Iqbal hanya dibalas dengan jelingan dan sebijik penumbuk ditunjukkan. Iqbal sudah bangun merapati Fida.
“Awak jangan macam-macam. Saya jerit lagi nanti baru awak tahu.”
“Jeritlah kalau awak nak semua orang tahu.” Iqbal sudah berdiri berdepan, Fida mula menjarakkan dirinya tapi sejauh manalah dapat dia larikan diri di dalam biliknya yang kecil ini.
Mata Iqbal sudah galak menerajai wajah cantik milik Fida. Satu persatu mahkota indah ciptaan Dia dibelai dalam hati sungguh bersyukur Tuhan berikan Fida untuk menjadi pelengkap hidupnya walaupun dia tahu tiada cinta dalam diri Fida untuknya. Tapi dia tahu usaha dan doa perlu untuk mendapatkannya. Walau apapun jika Fida itu memang jodohnya, apa juga halangan akhirnya dia akan berada disisinya juga.
Fida dipeluk erat. Senyuman Iqbal adalah senyuman kegembiraan. “ Sayang siap-siap, kejap lagi kita balik.” Pelukan dilepaskan, mata bertentang mata, ciuman kasih diberikan dan Fida ditinggalkan kebingungan.
“Ingat pesan abah tadi, kalau gaduh-gaduh tu biasalah adat rumah tangga. Tapi kita kenalah bijak mengatasinya.”
“Baiklah abah. Terima kasih atas nasihat dan tips abah tadi.”
“Kami gerak dulu.” Iqbal dan Fida bersalaman dengan Pn Salmah dan En Shakir dan adik-adiknya yang lain. Pn Salmah dan Fida hanya bersahaja bagaikan tiada apa yang terjadi.
“Apa yang abah cakapkan pada awak?” fida memecahkan kesunyian. Sejak menaiki kereta hinggalah mereka sudah tiba di persimpangan tol hanya kebisuan yang menjadi peneman antara mereka.
“Soal orang lelaki, cara nak mencintai isteri. Awak nak tahu ke?”
“ Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan. Tak boleh agaknya kalausatu hari tak sakitkan hati saya.”
“Tak payah nak pegang-pegang, cakap sajalah.” Tangan Iqbal ditepis.
“Nak pegang sikit pun tak boleh, bukannya dosa pun.” Iqbal cuba lagi untuk memegang tangan Fida tapi kali ini Fida memeluk tubuh menyebabkan niat Iqbal terpaksa dilupakan.
“Aduh, sakitlah. Awak ni kenapa?” Oleh kerana niatnya untuk mencapai tangan Fida terhalang maka pipinya pula yang menjadi sasaran. Dicubit sayang. Fida menggosok-gosok pipinya.
“Abang cubut sikit saja, takkanlah sakit. Nak manja dengan abanglah ni. Meh abang usap mesti hilang sakit.” Belum sempat tangannya mencapai pipi Fida, Fida sudah melarikan wajahnya. Meluat akan perangai Iqbal yang berubah secara tiba-tiba. Abanglah, sayanglah entah demam agaknya dia ni.
“Sayang…” belum sempat Iqbal menghabiskan kata-katanya Fida sudah menyampuk.
“Diam. Saya malas nak dengar awak cakap, menyakitkan hati saja. Lagi satu, tak perlulah nak berabang bersayang, geli saya dengar.”
“Sayang yang geli tapi abang tak, abang suka.”
Fida buat-buat tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Iqbal. Matanya dipejamkan berpura-pura untuk tidur.
“Tidurlah sayang nanti dah sampai abang kejutkan.” Iqbal tahu Fida sengaja berpura-pura tidur.
Akhirnya Fida betul-betul tidur. Setelah beberapa jam akhirnya mereka sampai ke university tempat Fida belajar.
“Sayang! Sayang! Kita dah sampai ni, bangunlah.” Iqbal mengejutkan Fida, niatnya sudah sampai ke hostel baru hendak dikejutkan tapi setelah keretanya bergerak memasuki tempat belajar Fida keretanya ditahan. Security guard di situ meminta mereka menunjukkan bukti yang menunjukkan mereka adalah pelajar di situ.
“Ni saya punya kad pelajar.” Fida yang sudah sedia maklum bahawa apabila masuk perlu menunjukkan kad pelajar terus saja menunjukkan kad pelajarnya kepada salah seorang guard yang bertugas. Setelah itu barulah mereka dibenarkan masuk.
“Sabtu and ahad tiada kelaskan? So, jumaat malam saya jemput awak kita balik rumah ibu.”
“Saya tak boleh.” Fida rasa malu ingin berhadapan dengan keluarga Mak Ngahnya, ini semua kerana soal duit. Hatinya ikhlas ingin membantu bukan kerana duit.
“Kenapa?” Iqbal kurang senang dengan jawapan yang diberikan. Itu tandanya kerinduannya akan berpanjangan.
“Saya ada program nak buat.”
“Sayang jangan nak tipu abang, dosa tau.” Iqbal sudah mulai selesa dengan paggilan sbegitu tapi tidak bagi Fida. Meluat hatinya mendenagr perkataan sayang.
Uwerk…uwerk..
“Eh sayang, belum buat apa-apa dah mual, janganlah tunjuk sangat yang sayang dah tak sabar nak kandungkan anak untuk abang.”
“Apa awak merepek ni, dahlah saya naik dululah. Makin saya layan awak makin saya sakit hati tau.” Belum sempat Fida membuka pintu, tangannya ditarik lembut.
“Salamlah dulu dengan abang.” Pandangan mata mereka saling bertaut, gelodak dijiwa mula dirasai. Panahan mata Iqbal tidak terlawan rasanya lantas terus disalami dan diakhiri dengan ciuman di pipi yang diberikan Iqbal. Tersipu-sipu malu Fida atas tindakan Iqbal tadi.
“Nak satu.”
“Apa?” Iqbal menunjukkan isyarat ciuman di pipi tetapi Fida hanya buat tidak mengerti dan berlalu pergi.
“Malam nanti tunggu panggilan abang tau sayang.” Pesan Iqbal tapi tidak di endahkan Fida.
‘Hurm…….tak apa aku akan berusaha.’
Assalamualaikum…
“Fida!! Kenapa sampai tak bagi tahu.”
“Kenapa?” Hairan, sebelum ni dia balik tiada siapa yang kesah hari ni lain pula.
“Kita orang nak tengok suami kaulah.” Serentak Ainah, Fiza dan Hanis menjawab pertanyaan Fida. Geram, peluang untuk melihat wajah suami rakannya terpaksa dilupakan.
“Alah, muka dia bukannya handsome pun. Jerawat penuh satu muka.” Terang Fida. Hasratnya ingin menyambunng tidur dihalang rakan-rakannya.
“Janganlah tidur dulu. Ceritalah sikit masa majlis perkahwinan kau tu.”
“Pengantin baru ceritalah.” Desak Fiza.
“ Tak ada yang menariknya.
“Takkanlah, kau tidur satu bilik dengan dia ke?”
“ Dah tu kau nak suruh dia tidur luar ke? Nak tengok abah aku perambat aku buatlah. Dalam diam-diam dia ada garangnya jugak.”
“Maknanya…….” Mereka tersenyum sesama mereka.
“Dah, jangan nak fikir yang bukan-bukan. Dia tidur atas aku tidur bawah.”
“Alah,tak akanlah tak ada apa-apa.”
“Kalau soal cium tu biasalah, masa ambil gambar. Dahlah aku penat ni jangan kacau aku.”
“Nantilah dulu. Fida!” Dua tiga kali Fida digerakkan tapi masih tidak menunjukkan dia akan melayan pertanyaan rakannya.
"Hai sayang." janjinya untuk menelefon Fida sebelum tidur ditunaikan sesudah tubuhnya menikmati keenakan tilam empuknya.
"Assalamualaikum..."
Waalaikumsalam...Perbualan mereka hanya dalam waktu yang singkat, Fida memberi alasan ingin menunaikan hajatnya untuk ke toilet kerana sudah tidak tertahan lagi perutnya. Walaupun tidak dipercayai Iqbal tetapi tetap juga diberi keizinan untuk menamatkan perbualan.
" Sayang pergilah, nanti sebelum tidur jangan lupa ambil wuduk yang lebih penting ingat abang yang sunyi tanpa sayang."
"Hummm."
Hari terakhir Iqbal menghubunginya adalah pada hari Fida dihantar kembali ke kolej. Tipulah jika dikatakan tidak kesah langsung dengan ketiadaan Iqbal menghubunginya. Walaupun jika ditanya Fida menafikan kerinduannya tapi sebenarnya terselit juga perasaan tertanya-tanya kemana perginya suami yang dinikahi tanpa cinta itu.
"Ainah, aku nak ke KOOP sekejap, kau nak ikut ke nak balik bilik terus?" Fida dan Ainah balik seiringan tetapi oleh kerana kehabisan barang makanan Fida singgah ke KOOP sekejap.
"Aku balik dululah, sakit perutlah."
"OK"
Setelah selesai berbelanja Fida balik keseorangan tetapi setiba dihadapan kawasan kolejnya satu kelibat yang amat dikenali. Ya. Itulah Iqbal.
"Assalamualaikum.." Fida memulakan salam, tangan diambil dan dikucup, hormat.
"Waalaikumsalam.. Sihat?"
"Nampak macam orang sakit ke?" Fida menjawab endah tak endah sambil turut sama menyandar di tepi kereta.
"Abang nampak sayang macam tak sihat je." Iqbal merenung kearah Fida. Fida gugup memandang lantai tapi pada fikirannya aku sihat je.
"Sihat je, apa yang tak sihatnya."
"Nampak macam orang tu tengah rindu dengan abang je."
"Alamak! Ada orang perasan pulak." hatinya sebenarnya mengatakan betapa rindunya dia kepada Iqbal.Jika orang mempertikaikan bagaimana dalam masa sesingkat itu hatinya sudah mulai berbunga jawapannya sejak dulu lagi. Hatinya sebenarnya turut melonjak kegembiraan apabila mengetahui kegagalan hubungan Iqbal. Gembira tetapi tidaklah hingga ingin memilikinya.
Berita bahawa dirinya ingin digantikan menjadi pengantin perempuan adalah berita yang mengejutkan. Memang Iqbal sudah mencuit hatinya tetapi tidaklah ingin memilikinya. Keputusan yang dibuat bukanlah kerana hatinya tetapi lebih kepada ingin menyelamatkan maruah keluarga Mak Ngahnya.
"Ada apa awak datang cari saya ni"
"Nak jumpa isteri sendiri pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh tapi macam pelik je."
"Tak ada yang peliknya sayang, kalau hati dah rindu kalau hati dah sayang."
"Janganlah pegang-pegang. Kita dikawasan kampus kalau orang tenguk nanti jadu buah mulut orang pulak."
"Oklah, abang datang ni nak jemput sayang."
"Jemput pergi mana?"
"Balik rumah ibu. Abang tahu esok tak ada kelas jadi tak ada alasan sayang tak dapat nak ikut abang balik." Iqbal tersenyum, pasti berjaya rancangannya.
Malas untuk memikirkan alasan dan malas untuk bertengkar terus Fida meminta masa untuk berkemas sebentar.
"OK abang tunggu."
"Kata nak pergi rumah ibu, rasanya ini bukan jalan nak ke rumah ibu." Fida kehairanan, bukannya dia tidak pernah pergi ke rumah Mak Ngahnya.
"Memanglah bukan rumah ibu, ini rumah kita." Jawab Iqbal sambil membelokkan keretanya kekawasan perumahan.
"Rumah kita? Awak kata kita nak ke rumah ibu? Awak tipu??" Kurang senang Fida atas apa yang Iqbal lakukan.
"Siapa tipu, betullah kita nak pergi rumah ibu tapi bukan hari ni."
"Bila?" belum sempat Iqbal menghabiskan ayatnya Fida sudah terlebih dahulu memintas kata-katanya.
"Sabarlah sayang,janganlah marah."
"Siapa tak marah kalau di tipu."
"Suka hati sayanglah, sekarang ni kita dah pun sampai."
"Saya tak nak turun."
"Janganlah macam tu sayang, takkan sayang nak tidur dalam kereta."
"Suka hati sayalah."
"Susah-susah sangat abang dukung je sayang nanti. Sayang pun bukanlah berat sangatkan." Iqbal tersenyum. Bunyinya senada tetapi sebenarnya berbaur ugutan sayang.
"Abang malaslah nak cakap banyak, jom." Belum sempat Iqbal ingin menghampirinya Fida sudah terlebih dahulu keluar dari kereta. Dan Iqbal tersenyum.
Humm.. pandai juga dia susun atur perabot. Cantik, nampak kemas.
"Beg abang dah letak dalam bilik rehatlah dulu nanti kita makan sama-sama."
"Nak makan apa, kita bukannya singah beli makanan."
"Apa guna ada isteri kalau tak boleh masak untuk suami."
"Saya mana pandai masak."
"Janganlah nak tipu sayang, abang memang nak sayang masak untuk abang hari ni."
"Tak kesian langsung pada saya tau, baru je sampai dah suruh masak."
"Abanng tolonglah nanti sayang."
"Tolong tenguk?"
"Tolong picit bahu sayang, kalau sayang penat abang boleh tolong relakskan." Iqbal bermain-main keningnya nakal.
"Malas nak layan, yang penting saya tak pandai masak." Fida terus naik atas menuju ke bilik yang ditempatkan untuknya malam itu.
"Sayang turun cepat tau, kita masak sama-sama." Jerit Iqbal. Fida tidak mempedulikan Iqbal. Terasa sungguh lama menunggu Iqbal naik ke bilik.
"Penat abang tunggu sayang kat bawah sayang boleh tidur. Nak kena ni." Fida sememangnya tidak menyedari kehadiran Iqbal masih lagi meneruskan pembaringan. Tiba-tiba dapat dia rasakan pinggangnya dipeluk erat pipinya dicumbui mesra.
"Apa awak buat ni? Lepaslah, Iqbal tolonglah jangan buat macam ni." Fida meronta dan merayu.
"Hukuman bagi isteri yang tidak mendengar kata suami. Bayar tunai." Fida sudah duduk menjauhkan diri.
"Bayar tunai?"
"Yup. Buat dosa dengan suami nanti terus je dapat hukuman, sayang nak?" Iqbal menarik kaki Fida mendekat tapi sempat dihalang Fida kerana Fida sempat menuruni katil.
"Jomlah turun masak." haha Iqbal tertawa senang.
Sedang asyik memasak Iqbal memeluk Fida erat dari belakang. " Awak, saya tengah masak ni kan" Fida tidak meronta tidak lagi merayu hanya kata-kata yang menunjukkan dia tidak selesa dengan apa yang dilakukan walaupun hatinya turut berdetik laju gembira.
"Abang tak nak lepaskan, bukan abang buat lebih-lebih." Malas ingin bertengkar Fida teruskan proses memasaknya. Tetapi sukar untuknya menjalankan tugasnya.
"Abang...." Manja. " Boleh tak abang bagi sayang siapkan masakan ini dulu nanti kalau dah siap sayang panggil abang."
Iqbal terus melepaskan pelukan. terkejut dengan panggilan yang di nanti-nantikan selama ini.
"Boleh, tapi dengan satu syarat." Iqbal memberi isyarat dipipinya. Faham akan permintaan Iqbal tanpa berfikir panjang Fida terus memberikan apa yang diminta. Sungguh gembira atas apa yang Fida lakukan terus diberikan juga satu ciuman.
huh....
"Awak, jomlah makan."
"Alah, tadi dah syok dak kenapa tukar."
Fida buat-biat tidak faham apa yang Iqbal katakan " Tukar apa?"
"Malaslah nak makan."
Ngada-ngada betul dia ni tau. Fida tersenyum mendekati Iqbal lantas tangannya ditarik, terus Iqbal bangun tersenyum menuju ke meja makan.
"Kata tak pandai masak."
Fida hanya membisu. Lauk disendukkan lantas doa dibaca dan mereka makan bersama. Pujian demi pujian Iqbal berikan kepada Fida. Berbunga-bunga hatinya menerima pujian padahal baginya tidaklah sesedap mana masakannya.
Jam sudah melewati pukul 11, setelah selesai mengemas dengan dibantu Iqbal, Fida meminta izin untuk tidur.
"Awak buat apa dalam bilik ni?" Fida kehairanan setelah melihat kelibat Iqbal di dalam biliknya.
"Nak tidurlah." Jawab Iqbal lantas terus membaringkan badannya bersebelahan Fida.
"Inikan bilik saya?" Fida sudah bangun dari pembaringan.
"Siapa kata ini bilik awak? Saya taknak kita menjarakkan hubungan kita. Dah namanya suami isteri kenapa tidak kita teruskan kehidupan kita sebagai suami dan isteri." Iqbal turut bangun dan kali ini lebih serius. Baginya dia perlu buat sesuatu untuk mengukuhkan ikantan perkahwinan walaupun ikatan itu awalnya bukan kerana cinta.
"Biarlah ianya dengan kerelaan bukan kerana paksaan. Apa yang membuatkan awak berubah menyanyangi saya?"
"Betul sayang nak tahu?" Fida mengangguk. Iqbal memusingkan badan Fida agar duduk berdepan dengannya.
"Pertama, memang dari dulu abang dah sukakan sayang, tapi oleh kerana kita sepupu abang menidakkan perasaan abang hinggalah abang jumpa dengan perempuan yang telah mebuatkan kita berkahwin. Yang kedua, kita sudah pun berkahwin dan abang tak nak sia-siakan perkahwinan ini. Abang yakin kita akan bahagia seperti pasangan lain. Tapi yang lebih penting lagi, kita memang dah ditakdirkan untuk bersama."
Fida nampak keseriusan di wajah Iqbal. Hatinya berbelah bagi, tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Hatinya masih ragu-ragu, adakah kata-katanya boleh dipercayai. Tapi, sedangkan hatinya juga sudah berbunga lebat kenapa tidak saja dibajai dengan cinta agar ia akan sentiasa besar dan kukuh di halaman hati.
"Sudahlah, dah lewat ni. Sayang fikirkanlah apa yang terbaik untuk perkahwinan kita ni." Iqbal terus baring tanpa mendengar apa-apa dari Fida. Iqbal dibiarkan tidur dan Fida memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk kehidupan dan kebaikan mereka berdua. Setelah berfikir panjang, Fida mengambil keputusan untuk mencuba meletakkan Iqbal sebagai pemilik tunggal di halaman hatinya. Pelukan pertama diberikan, senyuman dibibir Iqbal pelukan dibalas.
"Ingatkan dah tidur." Fida malu.
"Belum, saja pura-pura tidur. Takut nanti sayang ambil kesempatan pulak."
"Awak ni." Manja.
"Betul apa yang saya rasa sekarang ni?" Mereka sudah saling memandang. Dari sinaran lampu tidurnya dapat dia saksikan anggukan malu Fida. Pelulan dieratkan dan ciuman diberikan.
"Betul sayang sayangkan abang?"
"Betul."
"Sejak bila?"
"Sejak kita ditakdirkan untuk bersama."
"Betul ni?"
"Ya!"
"Sayang?"
"Sayanglah!!"
Malam yang ditunggu dan dinanti oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin pun berlaku pada malam mereka membuat keputusan untuk kehidupan mereka. Perasaan yang tak dapat hendak diungkapkan. Bahagia rasanya bila dibelai dan disayangi. Cinta-mencintai, sayang-menyayangi itukan lebih bahagia daripada hidup saling membenci dan memusuhi.
Nukilan:
Nama Pena: Indok Pena
Email*: spam_mied@yahoo.com Cerpen Cinta : Hati Dah Sayang
70 Komen:
oh my god. such a sweet story.
:) keegoan mereka akhirnya berjaya juga di tumpaskan.
sedih dengan tindakan mak ida yang sanggup jual ank die.
:(
aiyo!
bes gler cite ney.....
Aii!...ini nak tampal keratan ke atau dah mula nk buat novel?
romantik..ske3!
besh cgt
skew..:))
wei,jiwang giler beb...aku ske3,,
Suke sgt2..dlm kesedihan terselit kebahagiaan yg berkekalan..
bestnyer kalo cite ni di dramakn dlm tv..nk tgk..
wahhh :DD !
bes. romantik :)
huhuhu mmg besh gler....
cayala...xtaw nk ckp cmne..
hehehe
beZz la...ske3
huh..citer nih best giler...
kena ade sambunganya...
baru lagi umph..
romantik gler ar crpen neyh...
sO sweet <3<3
so sweet
best2!
besh glerr...
marah2 sayang...=)
Tahniah .
Menarik dan menghiburkan...
wah sbuah crta yg best,sweet sgt2...bleh tlis nvel nie..hu3
besh la!!
eh,bez gler r citer ni.
best juga cta ni
wahhhh...best gile cter nie...
akhrnye merka bhgia...ingn aje ku menjdi seprt merka...
nati kite buat crta hdup masing2 lak..hee.(",)
so sweet....
best sngt cerita nie....
t'lalu romantik.....
hahahaha...suke3..sweet sgt..
bes sngat2 cerita nie !
benci berubah jadi syg !
heheh wat a romantic story...suke3....
cinta lps kawen sememangnya bahagia..
awwwww, so sweeettt ! >.<
best sngat...
sweet...
BeS GiLe...rOmAnTeK Beb...
he3....
c0mel!
wow!!!
besh nyer!!!
so romantic... :D
i rase a bit macam novel sepupuku suamiku je flow citer dia... btw memang best!
sgt2 best... sehingga menyebabkn sy trsenyum sndri.. cm org giler... hehhehe (^_^)v
kisah cinta yg menarik... Cuma ending ada yg x kena tp apa pn i2 satu cerita yg menarik..............
best.... i like it.
huu . bestnyer .
:)
besh gyler......
sweetnye cite nie...
mmg best sgt...bila nk kt diri sendiri ni..bahagianya diorg..walaupun rekaan
Cinta dtg tnpa diduga prginya tnpa disedari namun kita manusia yg t'lalu leka dgn keasyikkan dunia tnpa menyedari hadirnya cinta... Mestikah kita kejar tiap apa yg kita x ketahui bila kesudahannya.. Sedarilah bahawa cinta ada disamping anda... Carilah krn ia prlu dicari...
best!!!!!!!!!!!
best sgt2... sungguh romantik....
best laa citer nihh..jgn sia2 kan bkat y ad k..^_^
bce kerap kali pom still dpt feel...hehhe..chayook2..!
syoknyer baca...
mmg sweet cter nya,,,,
best..terbaek la...
best nyerw... like it... best sgt.. romantik....<3
terbaekkkkk!!-p
seet sngt..:D
best...
pjg dan best!
cter nie mmg best but xdak kew smbgan die..
best gler ar .. snyum mcm org gle aku bce .. xde smbungn ke ?
salam.... memang best ar citer nie...myentuh perasaan.
so sweet....
nak bace lagi ahh.....
giler best (: <3 <3
sweet sgt...
cinta selepas kahwin :).......
bez giler citer dier.......i like......
pnulis die ni bleh wat novel cinta.....
sweet gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrr
syok cite nhe,,,,, ^_^
so sweet...
sweetnye cerita nie <3 <3
Best nye!!
Best nye!!
Layan.
idea dah ada kembangkan lagi :)
Best cite,tapi penaat larr bace....haa😂
sweet gile,coi...-iezahtakuya
AssalamuAlaikum war"wab.....!!
Perknalkan Saya asal dari medan.Kerja jadi Tki Di MALAYSIA, mau mengucapkan banyak trimakasih kpd EMBAH WIRANG sdh membantu kami melalui nombor togel MALAYSIA keluaran 1985 allahamdulillah benar-benar meledak akhirnya dapat BLT Rp.757 juta uang indonesia, sesuai niat kami kemarin klo sdh tembus, kami mau pulan kampung buka usaha & berhenti jadi tki, kapok dpt siksaan trus dari madam,sekali lagi trimakasih byk embah saya tdk bakal lupa seumur hidup saya atas batuan & budi baik embah terhadap kami. Bagi teman2 tki & tkw maupun yang ada di indonesia yg lagi kesusahan/ingin pulang kampung tdk ada ongkos, dan keadaannya sdh kepepet, sdh tdk ada jalan lain lg.kami temukan solusi yg tepat akuratt & trpercaya banyak yg akui ke ahliannya di internet/facebook dengan jaminan tdk bakalan kecewa,jelas trasa bedahnya dengan embah2 yang lain, EMBAH WIRANG sdh membantu puluhan tki & tkw termasuk kami yg dibrikan motipasi sangat besar,demi allah ini kisah nyata kami yg tak terlupakan dalam hidup kami embah, sekali lagi trimakasih byk sdh membantu kami. Jika anda merasa sulit menang togel Malaysia, Singapura, Hongkong, Thailand. silahkan join dengan EMBAH WIRANG siapa cepat dia dapat, TERBATASI penerimaan member...!!!wajib hanya 5 member bisa diterimah dlm 1x putaran. Langsung call EMBAH WIRANG Di 082346667564 Insya allah anda bisa berjayah seperti saya..
Best sangat🙈