Saya pernah beritahu keluarga mengenai hubungan kami dan menerimanya. Saya sayangkannya, tetapi akhirnya dapat tahu diasudah bertunang. Berita itu saya peroleh apabila membuka facebook adiknya.
Saya bertanyakan kekasih dan dia mengakui. Hati saya hancur. Dia mengaku pertunangan itu bukan kerelaan hatinya, tetapi pilihan keluarga dan tidak mampu melakukan apa-apa.
Saya bertanya sama ada dia masih sayangkan saya dan dia mengaku sayangkan saya dan tunangnya. Dia tidak akan melepaskan saya ke tangan orang lain dan bercadang berjumpa ibu bapa saya hujung tahun ini. Saya tidak mahu melukakan hati tunang dan hati saya sendiri. Apa harus saya buat?
KECEWA
Kuala Lumpur
------------
HARI ini facebook memang menjadi medan perkenalan, pertemuan dan ada yang hingga ke alam perkahwinan namun bagi adik keadaan berbeza.
Perkenalan di alam maya ini membawa kepada perasaan kecewa kerana kekasih tidak jujur kerana tidak memberitahu dirinya sudah bertunang. Sukar bagi seseorang untuk mencintai sejujurnya dua orang pada waktu yang sama. Walaupun, secara lahiriah kekasih mengakui mencintai adik dan tunang, tetapi perasaannya, adakah dia dapat memberi keadilan kepada perasaan cinta dan sayangnya kepada dua wanita yang wujud dalam hidupnya? Sifat tidak jujur kekasih akan memakan diri adik. Apabila kekasih tidak mampu bercakap benar dalam perhubungan kalian pada waktu ini, ada kemungkinan besar dia menipu dalam perhubungan apabila sudah berkahwin.
Sesuatu yang perlu adik fikirkan ialah hubungan kekasih dengan tunangnya adalah satu ikatan sedangkan hubungan adik dengan kekasih tidak diikat. Apatah lagi, perhubungan ini bersifat maya. Tidak pernah berjumpa. Dari sudut kekuatan perhubungan, ternyata, tunang kekasih mempunyai kelebihan untuk memiliki kekasih adik. Seterusnya, apakah jaminan kekasih adik akan menunaikan janjinya berjumpa dengan ibu bapa adik pada hujung tahun ini? Selama ini dia tidak bersifat jujur dengan adik. Adik boleh meneruskan percintaan dengan kekasih, tetapi risikonya besar. Ia membabitkan hubungan tiga segi dan bukan mudah dilakukan.
Adakah adik sanggup menanggung risiko bercinta dengan orang yang sudah diikat hatinya?. Jika adik merasakan ia lebih membebankan untuk terbabit dalam hubungan berliku ini, adik boleh mengambil keputusan mengundur diri.
Sekali lagi perasaan dan hati adik akan hancur, tetapi ia perlu dilalui. Jika bukan sekarang, tetapi masa akan datang, kecuali jika kekasih memilih adik daripada tunangnya. Setakat ini, kekasih adik masih tidak mampu meninggalkan tunangnya. Apa yang mampu dilakukan ialah berdolak-dalih dengan adik dengan memberi janji yang manis.
Percintaan membabitkan tiga pihak memang memeritkan. Kekuatan perlu ada bagi adik membuat sebarang keputusan. Apapun keputusan diambil, ia bukan mudah.
Namun, pilihlah jalan yang lebih membawa kebaikan sama ada pada masa sekarang atau akan datang. Hanya adik lebih tahu apa keputusan itu. Kekasih Facebook Sudah Berpunya
12 Komen:
cinta itu buta
prmpuan kbyakan x leh prcya..
de mka baek tpi prgai truk..
dpn ckp kta jew keksih die..
kt blkg brsepah smpi sngup serhkan mruah..
detik ngeri yg aku lalui dan aku tkt tok prcya dgn prmpuan dsbbkn prmpuan yg prnh wt hdp aku hncur
salam bnda yg kte mahu xsmstnya dpt.yg kte syg xsmstinye kekal.yg kte kte rndui xsmstinys dtg..krna allah mhu mngju ksbran.keimanan sseorg e2.tmpa ujian kte xkn knal erti kssahn,kpdhan..jalani la ai dgn kikhlsan n ksbran..insyaallah..;-}
salam...bukan semua permpuan x blh percaya(^_^) lelaki pon x leh caya gak (^_^) jgn mudah menilai tnpa menilai sudut yg x ok..jodoh ketntuan ditgn allah..kita ni manusia hnya mmpu rancang ja..dan jika x ada jodoh kena la trima..dan jika kita tahu si dia ada yg empunya apatah lagi sudah terikat ngn pertunangan..sayang mcm amna pun jika x direstui keluarga x ada maknanya..jd renung2kan lah.
cinta itu GILA !
lelaki lagi tdk boleh prcaya ,
lelaki itu ibarat gula , manis , melekit bawa penyakit .
sush sgt skg ni nk crk lelaki yg btol2 baek dan dpt memimpin wanita muslimah ,,,
laki pompuan sama saja..
kalau nak kira perangai teruk..sama naik..sama level..
so kita nie jangan la nak mendakwa atau menghukum sesama sendiri
kes dia sama mcm aku. tp bf aku skrg blum b'tung tp dh ade gf lain. cara t'baik, kite undur jela diri sblm diri kite yg merana kelak. b'undur x b'erti kalah.. :) think positif:)
salam..,ade sape2 y blh bantu sy leraikan sbuah jwapan bg ap y terjdi dlm hidup sy..?sy mngenali seorang insan y pd mlanye sy bnci sgt pd dye...,tapi prsaan bnci tu bertukar syg..kmi berkwn n dye xpernah btau sy y dye sdh berpunye...dye pernah btau sy..,dye xkan ungkap kan kte syg pd seseorang y dye xsyg..tp pd satu saat dye ungkap kan syg dye pd sy...dan sy bernikan dri tok mluahkan pd dye gak...tp pd stu saat..,dtg seorang insan y bernama perempuan sjns ngn sy mngaku y dye kksh laki nie..hancur ati sy...bla sy tnye lki tu..,dye hnye jwb ntah..walaupun sy dh tau kbnran..,tp sy msh lgi mngejar cnta dye krana dye sndri syg pd sy...stiap hri msj..,skype..,huh..sy kliru..sy nk undur dri sbb sy xnak d anggap prmpas..n sy xnak hancur hati pmpuan tu..sbb sy tau aty seorang pmpuan mcm mn...ap perlu sy buat..???sy xmmpu undur dri..,sbb sy btol2 sygkan dye....
adola !
tayah laa nuc cari jodoh at FB .
skangg ? teop laa .
kesian dye .
mau duk relax ja nah,klau ada jodoh xke mna ...
nilah pdh fb.kenal takde,ape takde,taw2 becinte jer....pastu,frust menonggeng cam org x betul!!