Perkara ini diakui oleh Pensyarah Kaunseling keluarga dan Perkahwinan, Fakulti kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani.
Dalam situasi tersebut, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja terhadap diri dan pasangannya jika kehendak hati tidak diikuti.
Tindakan ganas yang dilakukan itu kerana desakan diri serta ketidakpuasan hati terhadap sesuatu yang diidamkan, malah tindakan tersebut berlaku dalam keadaan yang separa sedar sehingga mendorong kepada perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Terang beliau lagi, tindakan itu juga ada kaitan dengan personaliti seseorang.
''Biasanya seseorang yang bersikap demikian dipanggil impulsif di mana mereka sanggup melakukan apa sahaja yang terlintas di hati tanpa berfikir panjang.
''Keadaan ini biasanya akan 'memakan diri sendiri' kerana terlalu mengikut kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan kesan dan akibat,'' ujarnya.
Tegas beliau, kerana cinta pelbagai musibah timbul termasuk pembuangan bayi, anak luar nikah, seks bebas, dan sebagainya, malah kerana terlalu sayangkan seseorang juga mereka sanggup bertingkah laku ganas semata-mata kerana kemahuan yang diingini tidak dituruti.
''Permasalahan ini sering kali dikaitkan dengan cinta remaja. Remaja hari ini adalah remaja yang berfikiran kurang matang dan kurang cerdas, mereka hanya mengikuti hati semata-mata tanpa memikirkan kesan dan akibat,'' ujarnya tegas.
Keadaan ini juga ada berkait rapat dengan nilai keagamaan seseorang.
Beliau percaya, kekuatan iman mampu menguatkan diri seseorang daripada terus melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Dengan iman juga, seseorang itu akan sentiasa dalam kawalan Allah, menyebabkan segala tindak-tanduknya mempunyai sempadan yang tidak boleh dilangkaui.
"Tabiat manusia apabila dia hendak melakukan sesuatu dia akan berusaha seberapa boleh untuk melaksanakan hasratnya.
"Dia boleh mengawal dirinya ketika diperhatikan, dikurung dan sebagainya.
"Walaupun demikian apabila terlepas daripada kawalan, kerana lalai, ia akan bertindak lebih cepat daripada orang yang mengawal tadi," katanya.
Ketika ditanya mengenai faktor yang mendorong seseorang sehingga sanggup bertindak ganas, Dr. Saedah menjelaskan ia ada kaitan dengan faktor persekitaran.
''Sebenarnya faktor persekitaran yang mendorong dirinya untuk melakukan tindakan tersebut,'' ujarnya.
Bagaimanapun, faktor genetik juga menyumbang kepada penyebab yang mendorong untuk seseorang melakukan sesuatu tindakan yang kurang bermoral itu.
''Sering didedahkan dengan aktiviti keganasan adalah menyebabkan seseorang itu terdedah dengan keganasan.
''Oleh itu, mereka aplikasikan apa yang dilihat itu yang dianggapkan role model walaupun tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang baik untuk dicontohi,'' ujarnya tenang.
Oleh ZUHAYATI YAZID Cinta Gila Sengsara Jiwa
18 Komen:
SH/FS:- cinta gila mmg sgt bahaya...bljar lah mengawal cinta anda...
KORANG NAK TAHU TAK.PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG NI.
PERANGAI PUNYA TERUK.TAHU NAK SERONOK JE.
TUKAR LELAKI TU LELAKI NI.
SEMUA KERANA NAFSU SEMATA-MATA.
Perempuan tolak cinta lelaki baik
npe nk salu slh kn kaum hawa..herm..
lelaki pun same la...ag dasyat..
cinta gila adalah cinta yg paling bahaya.. dia sanggup buat ape sje untk dpt kn cinta dia.. barang saipe ada perasaan cinta gila spat jumpe sy... sy adalah doktor gila hahahaha
kpd ali ridha..knp slhkn kaum hawa??? x sume ppuan,sprti yg awk fkir..x sptotnye awk mhukum sume ppuan dgn pndgn awk..cerminla dri sblm mlhat owg...jika awk smpna jgn la tlalu bangga..
kalau aku tolak lelaki baik bukan kerana aku jahat ke apa tapi aku mencintai org lain...so,salahkah?atleast diorg tak kecewa sgt nnti...
boyfriend sy mcm tu . mcm mne na buat ?
x tahan dah dgn perangai die .
hye semua....kamo semua percaya akan cinta kah?? adakah bagus sngt bercinta ni??adakah cinta itu seronok?saye rasa cinta itu baik membawa masalah. sebap itu lah sye tak pernah percaya akan cinta...
bukan baik tapy banyak,,,saya salah tulis...ahahahhaha
areya:laki pompuan sme je..msing2 ikut hwe nfsu..x ingt lnsg kat allah..ble prut dh kembung buang mrte2..ape nk jd la mnusia zman skang nie..kte yg bce artikel nie..b'ingtlah lh ye..
sme doa kte sume jauh dr dose...ok...salam sume...
cinta bukan hnya krne nafsu semata2 .. tpi keikhlasn dan kjujuran antara satu same lain .. dan kbhagian yg di hrapkn setiap insan ......
org puan nh mmg xsdar ada llaki yg amt mnyyginye tpi llaki yg ingn prmaen kn ati nye jgk lah yg d plih nye
mgkn mta x buta tpi ati akn buta mncntai 1 org kta x pduli pa org ckp...yg pnting kta bhagia...
apbla kta syg sngt ngan org 2 i2 la yg mmbuat kta mnjdi cnta gla...dn apabla org yg kta syg i2 dh brubh i2 la jga yg membuat kta jdi cnta gla..mgkn mta x buta tpi ati akn demi cnta dn demi dia...
cinta dan nafsu itu hal yang berbeda,, tak ada istilanya cinta gila atau cinta buta,, yang seperti itu hanyalah nafsu
cinta bole membuat sesorng 2 jd gela...for kaum adam nhe..jan asyik nak ckp sal pompuan jerr..laki pun sme juak .laki lge truk dri pompuan..xsmua pompuan suka brseronok ya.