Tip Bercinta : 8 Kesilapan Saat Bercinta


Share on Tumblr 1. Bercinta kerana harta
Tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta tetapi tanpa cinta. Harta datang dan pergi setiap saat. “Cinta” yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Bercinta kerana perasaan asmara
Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
 Tip Cinta

3. Bercinta kerana desakan usia
Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan kamu mula gelisah (terutama pada wanita). Akhirnya asal sahaja ada yang datang kamu terima tanpa memikirkan faktor-faktor lain. Hindarilah tindakan tersebut. Tawakal dan yakinilah bahawa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk kamu. Jadi usahalah untuk mencarinya…

4. Bercinta untuk membalas jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas budinya, tetapi jangan dengan cinta. Harus sentiasa diingat, jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan. Daripada mengundang derita, lebih baik mengelaknya. Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita.



5. Jangan menikah untuk kepuasan seks saja

Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.

6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga

Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.

7. Jangan menikah kerana desakan usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal tabrak dan sikat." Hindarilah tindakan
Sabarlah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.

8. Jangan menikah kerana rasa kasihan

Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan. Tip Bercinta : 8 Kesilapan Saat Bercinta

26 Komen:

Dell berkata...

heeee . dulu mase mule mule sebab nak balas budi. tapi lame lame betul betul jatuh cinta .

Tanpa Nama berkata...

sllu nye kesian pas tu jatuh cinta

Tanpa Nama berkata...

kenangan lalu memang indah..cinnta yg penuh pengorbanan.. tuhan apakah hikmah nye sume ni..

Tanpa Nama berkata...

erm...sy kini dalam dilema, sy pernah bercinta dgn seorang lelaki yg hgga kini masih menyayangi sy walaupun kami dah putus, kini die dtg semula menuntut janji dan mengatekan bahawa tidak akan sesekali melepaskan sy .... sy benar2 rungsing dan serba salah, sy bnyak terhutang budi kepadanya, sy juga kasihan kan dia....syg masih ada tp cinta tidak pernah ada dlm hati untuk dia. setiap kali kami keluar bersama dia melayan sy bagai seorang puteri dan sy lgsung tidak boleh melayannya seperti yang dilakukan... sy kini telah rimas dan lemas dgn dirinya.. die mngongkong hidup sy dan seorang yg sgt cemburu. berlainan dgn sikap sy ...masalah sy, sy takut apabila kahwin nt sy tdk dpt untuk memberi kasih sayang sy kepadanya..untuk meninggalkannya begitu saja sy x berani kerana die boleh melakukan perkara yang tidak dijangka terhadap dirinya sendiri......die ternyata tidak boleh hidup tanpa sy...sy pula tidak senang untuk berkomitmen sdgkan sy masih belajar lg...lelaki bukan keutamaan kepada sy selagi sy tidak mencapai cita-cita sy....apa yang perlu sy lakukan?sy benar2 tension....

Tanpa Nama berkata...

sgt hebat...saye sagt suke...terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

btl3x..... biarlh bcinta n berkawin ats nma cnta n syg... bru nkmt idup brumahtngga.....heheh

Tanpa Nama berkata...

jangan bercinta..hnya kerna rasa kasihan & terhutang budi...jd Lu pikirlah sdrie....

Tanpa Nama berkata...

kejarlah cita2 sebelum anda mgejar cinta..gagal bcinta ada pgganti gagal plajaran teda bererti...

nor berkata...

bercintalah degan allah sebelum dengan kekasih,
berfikirlah dengan akal sebelum bertindak mengikut hati

teresia berkata...

emang bnr kok lx cinta tu Gk bs d paksain, jk anda memilh hendaky anda memiLih apa yang d pilih oleh hati anda..!

Tanpa Nama berkata...

ternyata tak mudah mendapatkan cinta yang sempurna............

Tanpa Nama berkata...

by enn..:)
jgn sesekali memberi harapan kpd org yg tidak dcintai,,,
lepaskan dia pergi,,,
kpd si pencinta,,,jg sesekali membuat sekeping hati itu terluka,,,,kerna 1 masa penyesalan pasti akan terjadi,,

Tanpa Nama berkata...

saya sagt suka....saya tak pernah bercinta...krn saya tak caya kan cinta...adakah cinta itu seronok???

Tanpa Nama berkata...

wahaii CinTta kaw membutakanN....

Tanpa Nama berkata...

usaha,tawakal dan doa...Insya Allah pasti ketemu cinta sejati....

Tanpa Nama berkata...

keliru dgn perasaan sndri...moga dia adalh t'baik utk ku.....

florawiee berkata...

tak tau nak cakap apa? setelah membacanya adakah benar atau tidak? kita menerima dan menolak tanpa diduga..

pabila dekat macm rasa tiada apa2 antara kita.. tetapi pabila diam tanpa seribu bahasa lebih memedihkan hati yg inginkan kasih sayang darinya..

pabila diri telah ingin menerimanya dia pula menolaknya...

apa kan daaya .. takdir Allah yang menentukan segalanya... Dia menemukan kita dan Dia yg memisahkan kita....

adakah ia menjdi kita satu kisah cinta terjalin di persimpangan laut dan deru ombak yg membawa nya dari diri kita..

~misz syafa~ berkata...

cinta tidak menjaminkan kebahagiaan
mungkin berakhir dgn bahagia n sebaliknya...
semuanya sudah pun tertulis...
cuma yg tinggal, kita sbgai hambaNYA jalani sperti yg tertulis...
ada ketika, kita sperti tak mampu terima semua tu...
UJIAN dariNYA...
tuk kita hargai tiap perkara yg kita terlepas pndg..
biasalah manusia, bila sesuatu tlah hilang, bru akn hargai spenuhnya..
dgn ayat mudah, tuk jadikan hambaNYA lebih matang tuk berdepan dgn byk lagi dugaan n ujian dlm hidup...
jatuh bgun, sbahagian driNYA...
tuk kita muhasabah diri..
bertapa kerdilnya diri ini...

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

"Tiada dayaku tanpa dengan dayaMU Ya Allah"

Tanpa Nama berkata...

adois tension plak ak...
ble bce sal ni

Tanpa Nama berkata...

gila-gila cinta...

hakim berkata...

kalo x kenal,maka x cinta!!!!!!!! :)

Tanpa Nama berkata...

SAYA KINI DALAM DILEMA..HARUS KAH AKU MENERIMANYA WALAUPUN DAPAT TENTANGAN DARI KELUARGA..SEDANGKAN AKU AMAT MENYINTAI NYA DENGAN SETULUS HATI..NAMUN KAMI BERPISAH ATAS PAKSAAN DAN AKUR DENGAN PERMINTAAN KELUARGA..NAMUN HATI INI BERKERAS INGIN BERSAMA DENGANNYA..AKU AKUI SUKAR UNTUK MELUPAKAN NYA...AKU PASRAH DENGAN KEHENDAK KELUARGA.

Tanpa Nama berkata...

sy ada seorang kekasih yg sngt2 sy cintai..tp dya nie cintakn harta sy..tiap2 dya minta duit kat sy..sy bgi tp kalu sy dh tk bgi dya dh nak mula bawa sy betengkar tp wlupn sy tau dya hanya cintakn harta sY ttp cintakn c dya..cz sy pecaya suatu ari nti dya akn sdar bahawa betapa besarnya cinta sy pd c dya..

Tanpa Nama berkata...

sye ada seorang kekasih yg sngat sy cintaiii..dye pon mencintai sye..tetapi kami putuz kerana ahli keluarga dan umur berlainan...tpi walaupun sye xdapat jumpa dan call dye...hati sye hanya kat dye....jika sya ada jodoh pasti allah akan temukan sya balik....

Tanpa Nama berkata...

sye ada seorang yang saya sangat cintai............ dia comel sangat....

Tanpa Nama berkata...

saye ade sorang yg saye sayangi..tpi dia berada jauh daripada sya ....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.