“ Ku mencintaimu lebih dari apapun, meskipun tiada satu orang pun yang tahu. Ku mencintaimu sedalam-dalamnya hatiku,meskipon engkau hanya kekasih gelapku, yakinlah bahawa engkau adalah cintaku, yang ku cari selama ini dalam hidupku, janganlah padamu ku beri kan sisa cintaku yang panjang dalam hidupku. Lagu “Kekasih Gelapku” yang didendangkan di Sinar Fm membuatkan Iela terkenangkan kenangan lalu bersama lelaki yang teramat dicintainya.
“Abang takkan tinggalkan sayang. Abang janji. Sayang pun janji takkan tinggalkan abang ye?” Masih terngiang-ngiang di telingaku apa yang diungkapkan Izmirul, lelaki yg dicintai oleh ku sepenuh hati 5 tahun yang lalu. Namun sehingga kini, meskipun 5 tahun sudah berlalu, aku masih menantinya.
5 tahun yang lalu..
Izmirul, seorang lelaki yang terlalu istimewa. Istimewa bukan dari rupa tapi dari hati dan kasih sayangnya. Seorang lelaki yang sangat dikagumi, sungguh hatinya ikhlas, pemurah dengan kasih sayang. Namun sayang, aku terlalu ego lantas melukakan hatinya. Sayang, bukan niatku untuk mempermainkan hati dan perasaanmu. Kadang-kadang Iela terkenangkan kisah lalunya bersama insan yang terlalu dicintainya, timbul rasa bersalah dan penyesalan yang terlalu dalam terhadap insan itu. Kini dia telah dibuang jauh dari hati insan itu. Semuanya berlaku secara tidak disedarinya. Benarlah “Cinta Itu Buta”.
Suatu hari, classmate Iela yang merangkap musuh kepadanya meminta nombor telefonnya, katanya saja hendak memastikan yang bukan Iela yang selalu mengganggunya melalui sms, Iela berasa pelik lantas segera memberi 3 nombor kepada Izmirul. Niatnya untuk mengelirukan Izmirul.. Selepas tamat waktu persekolahan..setibanya dia dirumah..dia terus mendapat kan telefon nya.. Terdapat misscall dari nombor yang tidak dikenalinya. 010-5093014.. Dia mengesyaki yang nombor itu kepunyaan Izmirul dan mengambil keputusan untuk bertanya kepada Izmirul keesokan hari.
Keesokannya , Iela bertanyakan hal itu kepada Izmirul namun Izmirul menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu bukan nombornya. Lalu mencetus petengkaran kecil antara mereka.. Memandangkan itu hari terakhir mereka ke sekolah sebelum bercuti semester pertengahan, Iela mengambil keputusan untuk memohon maaf sebelum loceng terakhir persekolahan berbunyi. Namun Izmirul menolak mentah-mentah kemaafan yang dihulurkan. “ Ahh,lelaki ni ego!! ,macamlah hensem sangat.” Iela mengomel sendirian.
Seminggu bercuti, membangkitkzn kerinduannya terhadap Izmirul, namun ego di hati masih menebal didalam hati Iela, lantas dibiarkan sahaja, rasa di hati itu terus diabaikan. Tak sabar rasanya hati Iela nak berangkat ke Kuala Lumpur. Cuti semester pertenghan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Iela.
Hari ini aku akan berangkat ke kuala lumpur, terasa terlalu lama pula menunggu masa untuk naik bas, tiket SP – KL jam 5 petang itu direnungnya berkali-kali. Di saat itu, hatinya tengah berperang dengan perasaan sendiri, terlalu rindu rasanya pada lelaki itu, lelaki yang terlalu sederhana dari sikap, pemakaian dan perilakunya. Lantas tangannya terus menaip mesej kepada nombor 010-5093014, dia yakin itu nombor Izmirul, musuhnya yang kini amat dirinduinya..
“ Hai…..Boleh kenalan dengan awak? Saya dah lama berkenan dengan awak, Nama awak Izmirul Nazifi kan???,,,” saja dia ingin menduga samaada benar itu Izmirul atau orang lain.
“Awak siapa .. Ya, saya Izmirul ..kenapa? ” respon dari Izmirul membuatkan hatinya berbunga riang.
“Saya Zamiera, asal Alor Setar , boleh tak saya nak kawan dengan awak ?” Balas Iela lagi. Saja dia menyamar.
“Apa nama penuh awak? Macammana awak dapat nombor saya? Umur awk?” Balas Izmirul dengan penuh hairan.
“Nur Zamiera Zatisya bt Haffiz. Ermm umur kita samalah. ” Saja dia menggunakan nama samaran agar Izmirul tidak mengetahui identitinya yang sebenar.
“ Ehh, nama ayah awak samalah dengan ayah saya…!! Nama ayah saya Imrul Hafiz, ayah awak pula Haffiz..”
“ Ada jodohla tu??? Hehehehehehehe” ringkas tapi penuh makna. Untuk memancing hati sang putera yang dirinduinya.
5 bulan berlalu…
“ Iela,tolong kirim salam kat sepupu hang tu ye? Aku rindu sangat kat dia, aku ni makan tak kenyang, tidur tak lena,mandi tak basah, asyik rindukan dia je..” Ungkap Izmirul. Dia terlalu menyayangi “Nur Zamiera Zatisya”, gadis yang disangkakan wujud itu sebenarnya hanya fantasi Iela. Iela yang menyamar sebagai “Nur Zamiera Zatisya” cuma mampu mengangguk.. Bukan dia sengaja ingin menyamar namun sejak dari pertengkaran lalu, hati dia telah terlanjur mencintai lelaki itu, baginya lelaki itu terlalu istimewa.
“ Okey, nanti aku kirimkan rindu hang kat dia ya?” Tersentuh hatinya takkala lelaki itu mengungkapkan rindu buat “Nur Zamiera Zatisya”. Bertuahnya kalau “Nur Zamiera Zatisya” benar-benar wujud, pastinya indah dan bahagia menikmati cinta Izmirul yang terlalu tulus buatnya.
“ Sayang, abang teringin nak jumpa sayang. Dah lama kita couple tapi sekalipun abang belum pernah jumpa sayang, takat tengok dalam gambar,mana puas, rindu sangat-sangat kat sayang. Sayang yang.. Muahhhhh!!” Izmirul menyuarakan hasrat yang lama terpendam. Ingin juga dia bersemuka dengan gadis yang dicintainya itu.
“ Sayang pun teringin nak jumpa abang tapi nak buat macam mana , trial STPM dah dekat. Sayang nak concentrate kat study. Harap abang faham dan sama macam sayang. Love u so much Hubby…” Pintas Iela untuk terus menyamar sebagai Zamiera.
“ Baiklah sayang, demi masa depan kita, abang sanggup tunggu sampai kita habis STPM. Sayang yang sangat-sangat.. Rindu kat yang .. Muahhh!!” balas Izmirul penuh pengharapan. Rindunya pada buah hati “Kekasih Gelap”nya itu tidak dapat ditahan lagi.
Iela tersentuh hati takkala mendapat mesej dari Izmirul.. Dia tahu betapa Izmirul mengasihi “Zamiera” walaupun pada hakikat sebenarnya “Zamiera” tak pernah wujud. Sejak percintaan “Zamiera dan Izmirul”, Iela semakin dekat ngan Izmirul dan mereka merupakan kawan yang paling rapat melebihi seorang kawan, adik abang, dan dalam erti kata lain, mereka umpama pasangan bercinta. Terlalu mesra, akrab, dan romantik. Sedangkan Iela adalah Zamiera. Terdetik hati Iela untuk berterus terang tentang perkara sebenar namun hakikatnya dia tidak sanggup kehilangan Izmirul, lelaki yang kini amat dicintainya. Lelaki itu terlalu baik untuk dilukai. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan menyintai lelaki itu sepenuh hatinya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, maka tahun pun berganti tahun, genaplah setahun hubungan Zamiera dan Izmirul, selama itu juga Izmirul tidak pernah bersemuka dengan Zamiera dan dia juga tidak pernah mengesyaki yg Iela menyamar selama itu. Kasihnya pada Zamiera makin utuh , seutuhnya kasih Iela buatnya. Cuma yang membezakannya adalah Izmirul menyintai Zamiera bukan Iela. Bukan niatnya untuk terus menipu Izmirul. Dia sebenarnya tidak sanggup untuk melukakan hati lelaki itu apatah lagi menghancurkan hati lelaki itu bila mendapat tahu cerita sebenarnya.
Hampir 2 tahun jua lah, kenangan Iela tercipta bersama Izmirul, kenangan terindah mereka cipta bersama tanpa sedar. Pagi, petang, siang dan malam mereka bjumpa. Malam, Izmirul akan ke rumahnya, mereka sama-sama pulang ke kampong Iela, beraya bersama, bergurau senda, suap-menyuap, ambil berat antara 1 sama lain, sama-sama pilih bju bayi, melawat anak saudara Iela yg baru lahir, Iela ajar Izmirul pangku bayi, pelbagai kenangan antara mereka yg Iela xdapat lupakan smpai bila-bila.
Namun sudah ada pepatah melayu menyatakan “ Jangan Disangka Panas Selalunya Hingga Ke Petang,Siapa Sangka Hujan Ditengah Hari”. Namun saat Izmirul mengetahui semuanya, sudah terlalu lambat untuk Iela menjelaskan . Izmirul mengambil keputusan untuk meninggalkan Iela kerana terlalu kecewa dengan apa yang menimpa dirinya. Saat hatinya terluka,Ayu Nazira datang menghulur kasih , lantas Izmirul menerima Ayu Nazira untuk mengubati luka dihati. Pada sangkaannya Iela menipunya atas dasar dendam, mungkin kerana mereka pernah menjadi musuh, dan Iela ingin membalas dendam tapi bagi Iela, dia terlalu ikhlas mnyintai lelaki itu. Sehinggakan di saat Izmirul meninggalkannya, dia begitu sedih, terluka, terasa kehilangan Izmirul, namun dia sedar semua itu adalah salahnya.
Dia masih ingat , suatu masa dulu, dia pernah cuba untuk menjelaskan perkara sebenar namun Izmirul nyata tampak kecewa dan sedih, Iela tidak sanggup melihat buah hatinya sedih dan kecewa lantas mengambil keputusan untuk terus merahsiakan segala-galanya. Bukan dia tidak memikirkan akibat dari perbuatannya namun dia takut dan tidak sanggup menerima hakikat bahawa dia mungkin akan kehilangan Izmirul. Dia juga sedar bahawa 1 hari nanti, perpisahan akan mengakhiri cintanya bersama Izmirul.
“ Dahla, aku tak nak dengar apa-apa lagi dari hang, penipu!! Sanggup hang menyamar . Kalau benci aku sekalipun, takkan tergamak hang tipu aku, bukan sehari dua, tapi hampir 2 tahun. Hang kan betapa aku cinta kat Zamiera. Aku benci hang, hang jangan ganggu hidup aku lagi.” Ungkap Izmirul, saat itu hatinya terlalu hancur apabila mengetahui segala-galanya.
Iela diam tanpa kata, baginya tiada guna menegakkan benang yang basah, dan dia telah lama tahu yang 1 masa nanti, Izmirul akan mngetahui perkara sebenarnya. Ketika itu hanya mata mampu membicarakan rasa hatinya , berguguran air mata jatuh berderai apabila kata putus diberi oleh insan yang teramat dicintainya.
Dia juga sebenarnya tidak sanggup berpisah dengan Izmirul. Namun dalam keterpaksaan,dia melepaskan Izmirul untuk kebahagiaan Izmirul bersama peganti ‘Zamiera’. Baginya Izmirul akan tetap dicintainya sampai akhir hayatnya dan cinta yang pernah disemai bersama Izmirul akan tetap dibaja rapi meskipun Izmirul tidak lagi bersamanya. Betapa utuhnya kasih seorang perempuan yang serba kekurangan untuk seorang lelaki yang terlalu istimewa dihatinya, andai Izmirul mengerti betapa dalamnya cinta Iela untuknya,pasti Izmirul tidak akan mensia-siakan cinta mereka. Namun bila marah menguasai diri, maaf tidak berguna lagi.
Iela membontoti langkah Izmirul meninggalkannya sehingga hilang pandangan insan itu dari pandangan matanya dan ketika itu ,dirasakan kakinya tidak lagi mampu memijak bumi, lalu jatuh melutut kemuka bumi, menyesali perbuatannya, menangis air mata darah sekalipun tidak mungkin dapat mengembalikan cinta Izmirul semula. Lelaki itu telah membencinya dan mungkin juga lelaki itu telah membuang jauh dirinya dari sudut hatinya bersama kenangan yang pernah mereka cipta bersama.
6 tahun berlalu...
Kenangan bersama Izmirul masih utuh dilipatan hatinya, baginya tiada lelaki lain mampu menggantikan tempat Izmirul di hatinya. Tiada lelaki lain dapat menandingi kesempurnaan Izmirul di matanya. Kenangan bersama Izmirul tetap mekar seperti baru semalam mereka berpisah. Sepanjang 6 tahun ,dia tidak pernah melupakan Izmirul, dan dia selalu mengikuti perkembangan Izmirul melalui kawan-kawan walaupun pada hakikatnya Izmirul amat membencinya sehinggakan tidak mahu mendengar namanya apalagi bertentang mata dengannya. Begitu dalamnya luka dihati Izmirul, luka yang diguris olehnya dulu rupanya belum sembuh. Bukan dia tidak ingin memohon maaf lagi namun dia yakin Izmirul tak mungkin dapat menerimanya seperti dulu.
Laman facebooknya tidak pernah lekang dengan nama lelaki yang dicintainya, bersama laman itulah dia mampu mencoretkan rasa hatinya pada sang putera idaman hati dan disitulah dia mengenali insan-insan yang senasib dengannya. Dia tetap berpegang kepada prinsipnya yang 1, “ Kita Hanya Mampu Berdoa, Allah Swt Yang Berhak Menentukan Segala2nya, Kiranya Nyata Dia Milik Kita Dan Ditetapkan Sebagai Jodoh Kita, Pasti Dia Akan Tetap Menjadi Milik Kita Tapi Andai Kata Dia Bukan Ditakdirkan Untuk Kita , Mungkin Allah Swt Mengirimkan Insan Yang Lagi Tulus Cintanya Buat Kita… Insyaallah..” Pernah jua dia cuba mencari Izmirul di laman facebooknya sehinggalah 1 hari secara tidak sengaja dia menemui laman facebook Izmirul, hatinya terluka melihat gambar Izmirul bersama insan yang kini dicintainya dan Izmirul juga bakal menjadi tunangan orang tak lama lagi. Namun begitu dia sedar yang Izmirul jauh lebih terluka dan merana dengan apa yang pernah terjadi antara mereka . Menjadi rutin har! iannya untuk melihat wall facebook Izmirul untuk mengekori perkembangan insan yang dicintainya meskipun dia tidak diterima menjadi kawan. Tahu lah dia , Izmirul masih belum memaafkannya.
Iela hidup bertemankan kenangan bersama Izmirul, walaupun dia sunyi tanpa cinta ,gelaktawa,celoteh,senda gurau, bicara serta nakal Izmirul, dia tetap berdoa agar 1 hari nanti Izmirul mampu memaafkannya dan menerimanya kembali. Dia bahagia dan bersyukur kerana Allah Swt tetap mengurniakan dia mimpi-mimpi indah bersama Izmirul walaupun segalanya hanya fantasi. Dia juga bersumpah yang dia akan tetap menanti Izmirul dalam hidupnya walaupun seribu tahun lagi, datanglah dalam apa keadaan sekalipun, dia akan tetap menerima Izmirul selamanya. Pintu hatinya sentiasa terbuka buat insan bernama Mohd Izmirul Nazifi bin Imrul Hafiz selamanya. Itulah janjinya dan dia tidak mungkin akan memungkiri janjinya kerana cinta Izmirul bertaktha di hatinya untuk selamanya dan akan abadi untuk selama-lamanya.
Harapan penulis ;
“ Kiranya dirimu membaca nurkilan ku ini, mengertilah bahawa sesungguhnya aku teramat menyintaimu seumur hidupku dan aku pasti akan terus menyintaimu sepanjang hayatku kerana di hatiku hanya ada 1 nama “Mohd Izmirul Nazifi bin Imrul Hafiz” dan izinkan namamu selamanya di hatiku walaupun dirimu membenciku. Maafkan diri ini kerana telah mengguris luka di hatimu, sememangnya aku tidak berniat untuk melukakan hatimu sayang…
Aku terlalu mengasihimu melebihi segala2nya… Yakinlah bahawa aku terlalu menyintaimu. Izinkan aku menjadi teman hidupmu sepanjang hayatku, dan izinkan jua aku untuk menjaga hatimu serta mengotakan kata janji yang pernah termeterai antara kita dulu.” Semoga allah swt memakbulkan doaku…amin ya rabbal alamin….. Namun andai kata antara kita memang tiada jodoh, aku doakan dia yang kini bertaktha dihatimu adalah jodohmu yang terbaik tercipta buatmu. Semoga kau bahagia bersamanya dan melayari bahtera perkahwinan yang aman selamanya..
“ Jangan terkilan kiranya orang yang kita sayang membenci kita ketika ini tetapi bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita pernah disayanginya,dicintainya dan pernah bahagia kerana dia. Berdoalah pada yang esa agar 1 hari nanti ,dia mampu memaafkan kita seikhlas hatinya dan menerima kita seadanya untuk selama-lamanya..” Chinta Mahar
Nukilan: NUR FARIEHANA ADILAH Cerpen Cinta Online : Memoir Cinta Mahar
27 Komen:
sdih sngt story nie.... :(
hrp2 1 ari nti cintanye di bls kmbli...
huhuhuh....sedih3x...!!!!!!
hrp llaki tu dpt rrr maafkan dia....cinta yg begitu utuh lamanya..........syg andai berpisah stelah kasih yang disemai begitu lama..,,,,h
sedih...
Thankss untuk Komen U all..mudah2an menjadi kenyataan 1 hari nanti.... Chinta Mahar - Reeyn Farra Fieyzrieyn
sedih...tp menarik...
thanks u all... ryn menghargai sngt korang sudi baca cerita nieyh.... mudah2an kami dpt bersama 1 hari nanti...insyaallah
Chinta Mahar - Reeyn Farra Fieyzrieyn
nape tak cite je kat dia.. masukkan dalam wall dia dlm fb tuh..
ape nme fb dia? meh nk tlg citer
xde guna menegakkan benang yang basah... bgi sya...biarlah mereka bahgia ,, xlama lagi dorang dah nk kwen.. hurmm..semoga dorang kekal. sya inginkan yang terbaek untuk orang yang sya cintai. & andai ade jdoh antara kami, insyaallah kami akan disatukan 1hari nanti.. mudah-mudahan..kawan2..tolong doakan cinta kami bersatu k... lambat atau cepat.. biarlah tuhan yang tentukan. datanglah dye dlm ape jua keadaan, pintu hatini sentiasa terbuka untuk dye.... Chinta Mahar- Reeyn Farra Fieyzrieyn
awk mmg seorg pencinta yg ikhlaz...sy doakan awk akan dpt yg lbih bek seandainya dye bkn jodoh awk...ttpi seandainye dye mmg jodoh awk,dye amat beruntung krana mndpt org yg sgt mencintai dye...
jika benar dia untuk awk ..dia tetap akan menjadi milik awk ..berdoalah ..insyaAllah
Trima kasih sbb sudi mendoakan saya... Mudah2an kitorang diberi peluang untuk hdup bsama hga akhr hyt sya... mudah2an dye sedar semua nie...sedar akan kasih sayang saya kat dye... Chinta Mahar- Reyn Farra Fieyzrieyn
BOLEH X KALU SAYA NAK MINTA IZIN AWK NAK AMBK CERPEN AWK SBGAI PANDUAN MAJALAH SAYA. NAK WAT PANDUAN ORG BERCINTA...BLEH X??..
boleyh saja..saya xksh ..harapan sya agar 1 hari nnti.dye yg tersayang membacanya....hurmmm tQ sngt2 kat semua... Chinta Mahar - Reeyn Farra Fieyzrieyn
inilah cinta ....
bersabarlah menghadapi dugaan hidupmu ini...
ianya sememangnya sukar,
namun setiap ujian pasti ada hikmahnya....
buat dirimu....
wah...cair la...tp sdh la...ermmm...
tp itu la cinta....cinta itu tak prnh buta...tp kte sndiri yng buta dek trlalu mhayati erti cinya....
that right..rsa2 law dye yg mmbaca cerpen nih cair x??? hehhehehehee
sy nk fb awk..n fb llaki yg sgt istimewa ini...krn crite cnta kte hmpir sme...
cian nya gadis kat dlm story ni..hope lelaki yg d mksdkn e2 sudi mmaafkn dan mbls cintanya
suka sngt dngn cerpen ni :)
keciannnnnyeeeeerrrr.... kalo aq pompuan 2, aq akan brusaha lupakan llaki 2... aq tw mmg susa nak lupa knangan dgn org y kita tlalu syg, tp fikir laaa.. bukan sorg llaki je dlm dunia ni.. mc ada sorg llaki y akn tnggu kta apbla kta x dtkdirkan dgn dy... aty tluka jaa buat cm 2.. aq yakin, ada sorg y lbh bek, y mpu mbahagiakan kita dbndingkan dgn dy y sngp mlukakn aty kta..
hurmmmmm~
~sabarlahh..
Hanya kita shj yang tahu apa yang berlaku,,,kalau dia rasa kita mengganggu kebahagian....jauhkanlah dia dr kita...wlpn kita sukar melupakannya....
sedih sangat2...teringat lak kisah cinta saya....
jalan cerita yg sgt menarik...kalau wat novel nieyh memang laku...huahuahuahua...
Cerpen ni , sama macam kisah hidup saya lah . Haha