Hembusan ombak benar-benar mendamaikannya.Tidak salah keputusannya membawa diri ke sini untuk melarikan diri daripada kesibukan kota sekaligus cuba melenyapkan mimpi ngeri yang menghantui hidupnya.Hatinya sungguh damai.Kanak-kanak membanjiri persisiran pantai.Almaklumlah.Cuti sekolah sudah bermula.Ibu bapa pasti menjadikan kawasan sebegitu sebagai destinasi percutian.Mujurlah Iera sempat membuat tempahan bilik.Kalau tidak,pasti dia hanya berputih mata seperti beberapa pengunjung lain.
Iera hanya memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya.
Ada yang berkejar-kejaran.Ibu bapa hanya memerhatikan anak-anak mereka bermain.Walaupun matahari sudah tegak di atas kepala,itu tidak menjadi penghalang untuk beberapa kanak-kanak menyiapkan istana pasir.Gelagat sepasang kekasih yang berjalan berpimpin tangan benar-benar mengusik hati kecilnya.Betapa dia rindukan saat begitu bersama Hakim.Wajah Hakim terus menerjah ruangan mindanya melihatkan pasangan kekasih itu bergurau senda. Senyuman tidak pernah pudar daripada bibir halus gadis tersebut .Hakim. Lelaki yang amat dicintainya.Begitu banyak halangan yang menghalang cinta mereka.Cemburu. Dengki . Semua perasaan itu menghalang cintanya daripada bersatu.Namun...
“Iera..” satu suara garau menyapanya sekaligus melenyapkan semua bayangannya. Ditoleh untuk mencari empunya suara itu.Sebaik terpandangkan wajah itu,hatinya sakit. Lelaki ini.Lelaki inilah yang menyebabkan cintanya dilanda badai.Lelaki inilah juga yang berusaha terus-menerus untuk memisahkan dia dan Hakim.Diorak langkah untuk segera pulang ke bilik.Melihat wajahnya sahaja sudah cukup merosakkan semangatnya untuk bercuti.
“Tunggu Iera.”namun Iera hanya memekakkan telinga.Tidak sanggup mendengar patah bicara lelaki itu.Dalam mindanya ligat berfikir.Bagaimana lelaki itu tahu dia sedang bercuti di sini.Memang ‘stalker’ betul dia ni.Iera mengorak langkah lebih laju sekaligus menjauhkan diri daripada lelaki itu.Namun lelaki itu masih tidak mengalah.Terus diekori Iera dan cuba menyamakan langkahnya seiring dengan gadis itu.
“Jangan ikut aku boleh tak? Aku tak nak cakap apa-apa dengan kau.And I have nothing to say to you.So,just let me go.Kalau kau faham bahasa,tolong berhenti.”hatinya yang membengkak cuba ditahan.Kalau diikutkan hatinya yang marah,pasti lelaki itu akan menerima penangannya.Sudahlah dia menjadi tontonan ramai apabila diekori oleh seorang lelaki,ditambah pula dengan jeritannya yang mampu memecahkan hening.
“No I am not.Sebab tu aku asyik ikut kau.”jawapan lelaki itu menyebabkan Iera berpaling.
Muka selamba yang ditayang lelaki itu menambah sakit hatinya.Terasa ingin ditelan lelaki di hadapannya itu bulat-bulat.Namun dia tidak bukanlah golongan kanibal.Iera ligat berfikir untuk melarikan diri daripada lelaki itu.Untuk melarikan diri ke bilik penginapannnya adalah mustahil kerana masih jauh.Lagipun,pasti lelaki itu akan tahu bilik penginapannya dan sudah tentu lelaki itu akan semakin kerap mengganggunya.Matanya menjelajah setiap pelusuk kawasan pantai untuk mencari tempat perlindungan daripada ‘pemusnah hidupnya’.Kalau boleh,dia ingin menganggap ini hanyalah mimpi ngeri apabila terpaksa bertemu dengan ‘pemusnah hidupnya’ di saat dia memerlukan ketenangan.
Setelah yakin lelaki itu leka memerhatikan persekitaran pantai,dia lantas membuka langkah seribu dan terus meninggalkan lelaki itu jauh ke belakang.Iera terus berlari dan segera menuju ke tempat persembunyian yang diyakini tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Dadanya turun naik menahan penat kerana sudah lama dia tidak berlari selaju dan sejauh itu. Seingatnya, kali terakhir dia berlari sebegitu apabila dia dikejar anjing selepas pulang dari kuliah.Ini semua gara-gara lelaki itu yang muncul secara mengejut.Matanya melingas mencari lelaki itu.Namun matanya tidak dapat menangkap sesiapa yang dikenalinya. Senyuman singgah di bibirnya.Mesti lelaki itu sudah mengalah.Iera keluar dari tempat persembunyiannya untuk kembali ke bilik.Ada seseorang sedang menunggunya di sana.Seseorang yang membuatnya hidupnya terasa lengkap.
“Laju lagi kau lari.Aku ingatkan dah pencen dari bidang lari ni.”
“Ahhhh!!!!!!!!!!”jeritan Iera mengundang mata-mata untuk menoleh ke arahnya. Beberapa pengunjung menghampirinya tetapi Iera menaikkan ibu jarinya tanda tidak ada apa-apa yang terjadi.Lelaki yang membuat Iera terperanjat hanya tersenyum seperti kerang busuk.
“Aku ingatkan kau dah berambus dari sini.Tolong la faham.Kenapa kau ikut aku? Kau nak apa lagi daripada aku?”
Iera akhirnya mengalah dan membuka ruang untuk lelaki itu menyatakan hasratnya. Lelaki itu menghulurkan sesuatu yang dipegang sedari tadi.Sekeping kad.Kad apa pula ni? Iera cuba mengagak namun dia buntu.Lelaki itu mengekorinya sampai ke sini semata-mata ingin memberi kad ni.Penting sangat ke kad ni? Jemari halusnya rakus mengoyak sampul surat tersebut.Sekeping kad berona hijau muda menerjah retina matanya.
“Undangan Majlis Perkahwinan”
“Suraya.”
Nama pengantin perempuan disebut perlahan namun masih dapat ditangkap oleh lelaki tersebut.Lelaki itu mengangguk kecil tanda mengiyakan.Hatinya menghela nafas lega. Berkahwin dengan Suraya adalah pengakhiran kepada seksaan yang terpaksa ditanggungnya. Selama ini,lelaki itu memburu cintanya dan meninggalkan cinta gadis bernama Suraya walaupun gadis itu benar-benar tulus mencintainya.Meskipun lelaki itu tahu cinta mereka sudah lama berkubur,namun perasaan iri menyebabkan lelaki itu bertindak menyeksa emosi Iera.Cinta tulus Iera dan Hakim dijadikan taruhan.
“Aku cuma nak bagi kau ni.Tapi belum sempat aku cakap apa-apa,kau dah cabut.Aku kejar la.”
Iera termalu sendiri.Sudahlah penat menjadi pelari pecut sebentar tadi.Dimalukan pula.Pakej percutian yang memang ‘menyeronokkan’.Namun,Iera tidak menyesal mendapat ‘pakej’ tersebut.Dia ada alasan tersendiri dengan kelakuannya.Selain dapat melakukan senaman,dia tidak mahu ada insan yang terpaksa makan hati melihat dia bersama lelaki lain.Dia sedaya upaya menjaga hati lelaki yang bertakhta di hatinya sekarang.Dia tidak mahu luka lama berdarah kembali.
“Aku minta diri dulu.Assalamualaikum.”Iera hanya menjawab di dalam hati dan menyorot perjalanan lelaki itu.Baru beberapa langkah menapak,lelaki itu kembali berpaling.
“Satu lagi.Kau tu tak cukup kecik untuk menyorok belakang pokok kelapa.”tawa terhambur daripada dua insan itu.
Iera mengakui kesilapannya kerana perasan kurus dan bersembunyi di sebalik pokok kelapa yang memang terkenal dengan ‘bentuk badan’ yang ramping.Setelah lelaki itu hilang dari pandangan mata,Iera menuju ke biliknya untuk merehatkan diri yang penat. Tanpa disangka,pertemuannya dengan lelaki itu mengundang api cemburu insan lain.
BAB 1
Iera menongkat dagu di birai katil.Memikirkan kebenaran kata-kata Hakim,lelaki yang baru sahaja dikenalinya.Kejadian di kolej tiga hari lalu bermain-main di layar fikirannya.Iera masih ragu-ragu.Masih mencuba menerima alasan lelaki itu sebagai sesuatu yang logik dan masuk akal.
“Iera.Saya tukar jurusan sebab awak.Saya nak selalu dekat dengan awak.”
Sesungguhnya ayat itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada Iera.Kerana ayat itu juga dia direhatkan daripada kuliah setelah terlibat dalam kemalangan kecil semalam. Patutkah dia mempercayai lelaki itu? Tetapi,bagaimana jika kata-kata itu bukan satu pembohongan? Sudah tentu dia akan dilabel sebagai gadis yang tidak tahu menghargai pengorbanan orang lain.Ah.Dia ada hak untuk mengabaikan lelaki itu.Persetankan sahaja dia.Hanya menyesakkan memori mindanya.
Seharian di rumah,Iera hanya melayari internet.Mencari bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan.Sambil-sambil itu,Iera mencuri sedikit masanya untuk melihat samada Charles,rakannya di dalam dunia siber ada mengirimkan sebarang berita.Iera tersenyum apabila melihat emel dari Charles memenuhi skrin komputer peribadinya.
“Hye Dyana.This is Charles.I want to see you tonight.You have to come.See you at Mallistic Cafe.9 p.m.I am waiting for you.”
“Wah!!! Ini bukan permintaan dah ni.Dah jadi arahan ni.Dia ingat aku budak sekolah ke nak arah-arah sesuka hati.”Iera mengomel sendiri.Mulut comel dibentuk-bentuk tanda protes.
Iera terasa sedikit terganggu dengan permintaan rakan sibernya itu.Baru dua bulan berkenalan,sudah ingin bertemu.Namun,sampai bila dia harus berkawan dalam dunia siber semata? Manalah tahu Charles sekacak aktor Fahrin Ahmad.Dengan senyuman yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita,berserta parut di kening yang menjadi penambah seri.Boleh juga dijadikan calon suami.Jari runcingnya menari rancak di atas papan kekunci namun tiada huruf yang keluar di skrin computer.Hanya menari di atas angin.Masih mencari jawapan yang sesuai untuk membalas emel tersebut.Dia tidak mahu menghampakan perasaan lelaki itu,namun sedikit sebanyak dia terbayangkan risiko yang akan dihadapinya.Dengan kes-kes rogol yang dilaporkan semakin meningkat,hatinya semakin ragu.
Jawapan yang harus diberi masih kabur.Sudahnya,dicapai sekeping kertas memo yang terletak rapi di hadapannya.Dilukis satu garisan lurus yang membahagikan kertas tersebut kepada dua bahagian.Perkataan ‘PERGI’ dan ‘TIDAK PERGI’ ditulis di kedua-dua bahagian.Iera cuba untuk menyenaraikan kesan positif dan kesan negatif sekiranya dia memilih untuk pergi dan sebaliknya.Dia ingin menimbang baik buruk keputusannya.
Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya dan yakin dengan keputusan yang dipilih,barulah jarinya menari di atas papan kekunci untuk membalas emel lelaki itu.Butang ‘SEND’ ditekan tanda mesej itu akan dihantar.Selesai satu peringkat.Kini,dia harus berdepan dengan satu lagi peringkat yang lebih mencabar.Sesi memilih pakaian.Iera bukanlah jenis yang suka membeli baju baru setiap bulan walaupun dia mampu untuk berbuat demikian.Almarinya hanya dipenuhi baju-baju lama yang menjadi kegemarannya. Biarlah orang mengatakan dia kedekut untuk berbelanja.Yang penting,duitnya dapat disimpan untuk kegunaan lain yang lebih penting.
“Ish.Nak pakai baju apa ni.Nak pinjam baju Anith,tak padan pulak.Nanti orang ingat aku pakai baju ayah aku pula.Tu lah.Suka sangat makan coklat.”Iera mengomel.Dalam keadaan genting seperti itu,Iera masih sempat mengutuk tabiat buruk rakan serumahnya yang menjadikan coklat sebagai makanan ruji.
Diselak satu persatu baju yang memenuhkan almarinya.Baju yang ada,digayakan pada tubuhnya di hadapan cermin.Gelengan demi gelengan yang diberi.Tidak ada yang memenuhi citarasanya untuk menghadiri janjitemu.Baju yang sudah digayakan dicampak di atas lantai.Iera buntu.Benar-benar buntu.Setelah penat mencari dan tidak ada keputusan yang diambil,Iera duduk tersandar di samping baju-baju yang berselerak.Dikerling jam di dinding.Pukul 3 petang.Dia ada masa 5 jam sahaja untuk membuat keputusan.
“Sempat lagi kalau nak pergi beli baju ni.”Iera mengeluarkan idea yang betul-betul gila.Idea yang pasti tidak akan diterima jika diusulkan.
Tiba-tiba,matanya menangkap satu kotak yang terletak elok di bawah katilnya. Lantas,mindanya teringatkan sesuatu.Kotak itu pasti mampu membantu.Ditarik perlahan kotak itu dari bawah katil.Penutup dibuka dan terlihatlah isi perut kotak itu.Sehelai blaus berona biru laut.Ini adalah pemberian Hakim.Iera tersenyum.Iera memang tertarik dengan baju tersebut.Namun ditahan hati daripada memakainya kerana malu jika dilihat Hakim.Mana tidaknya.Dia beria-ia menolak lelaki itu dari hidupnya.Namun apabila disogok dengan kebendaan,tetap berlapang dada menerimanya.Tapi kali ini,dia mempunyai peluang.Pasti Hakim tidak akan berada di Mallistic Cafe malam ini. Iera terus menutup pintu biliknya dan menyegarkan diri untuk keluar pada malam ini.
* * * * * *
Kereta diparkir di tempat yang disediakan.Pintu pagar ditutup rapat agar tidak ada penceroboh yang ikut sama.Pengalaman jirannya dirompak bulan lepas menyedarkannya tentang kepentingan mengunci pintu pagar.Diorak langkah ke dalam rumah.Kasut tumit tinggi yang dipakainya disusun di tempat yang disediakan.Tidak mahu bersepah-sepah.Itu nasihat teman serumahnya.Hidup dengan teman serumahnya memang banyak tabiat yang perlu diubah.Namun dia sedar itu semua untuk kebaikannya sendiri.
“Bismillahirrohmanirrahim..”Anith memulakan langkahnya ke dalam rumah dengan kalimah Allah.Memohon perlindungan agar dijauhi daripada segala malapetaka.Sebaik melangkah ke ruang tamu,hati Anith gusar.Gelap.Tiada lampu yang dibuka.Tidak seperti kebiasaannya Iera menonton televisyen pada waktu ini.Mungkinkah Iera sedang menahan kesakitan seorang diri di atas? Ataupun Iera pengsan?
Memikirkan kemungkinan tersebut,Anith membuka langkah seribu menuju ke bilik Iera.Badannya yang agak gempal melambatkan lariannya.Hanya 20 anak tangga namun Anith merasakan cukup tinggi ditambah lagi dengan kekalutan hati.Nafasnya sudah tidak teratur.Namun dia tidak menghiraukan semua itu.Apa yang penting,dia harus cepat sampai.
“Iera.Iera..Kau okey?”
Sebaik melangkah masuk,terpegun Anith melihat Iera yang sedang bersolek di hadapan cermin.Jarang sekali Iera berpakaian demikian.Dengan solekan yang sesuai dengan wajah ayunya,Iera kelihatan mempesonakan.Anith memanjatkan syukur kerana tidak ada apa-apa yang buruk menimpa sahabatnya itu.Namun,Anith sedikit geram. Disebabkan Iera,dia terpaksa melakukan senaman malam-malam begini.Iera yang masih tidak parasan kehadirian Anith,masih sibuk membetulkan rambutnya sambil mulut kecilnya tidak berhenti berbunyi.Itulah Iera.Jika ada sesuatu yang memanjangkan masa dia bersiap,pasti mulutnya akan turut ‘bergerak’.
..Bantal dicapai dan....Zuupp..!!!!
Sebiji bantal melayang tinggi dan tepat mengenai belakang Iera.
“Rambut aku!!!!!!!!”Iera menjerit.Sudahlah rambutnya itu tidak memberi kerjasama malam ini,dirosakkan pula oleh sebiji bantal yang terbang.
Anith ketawa besar apabila melihat Iera menayang muka bengang setelah rambutnya tidak menjadi seperti biasa.Iera yang baru menyedari bahawa bantal itu dibaling oleh Anith,menarik muka masam.Lagi setengah jam masa yang ada untuknya bersiap dan memandu ke Mallistic Cafe.Namun,masa yang singkat itu disingkatkan lagi dengan gangguan oleh Anith.Menyedari kemarahan Iera,Anith menghampiri Iera dan memeluknya.
“Kau ni teruk la.Tak kesian aku ke?”
“Salah kau juga.Kenapa tak tunggu aku kat bawah macam biasa? Aku ingatkan ada apa-apa jadi.Risau la.”Anith menyatakan kerisauannya.Jelas riak bimbang terpamer pada wajahnya yang dihinggapi oleh beberapa jerawat nakal.
“Kan aku tengah bersiap ni.Macam mana nak buat dua kerja dalam satu masa? Aku nak pergi Malllistic Cafe.Aku nak jumpa kawan aku.Maaf lah.Aku tak dapat teman kau makan malam ni.”
Giliran Anith pula menarik muka masam apabila terpaksa makan bersendirian. Hatinya sedikit terusik dengan sikap teman serumahnya itu.Membuat janjitemu tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.Sekurang-kurangnya,dia boleh menjamu selera di luar terlebih dahulu.
Anith juga tidak bersetuju dengan janjitemu yang dibuat itu.Iera baru sahaja pulih daripada kemalangan yang menyebabkan siku kirinya luka akibat bergesel di jalan. Mujurlah Iera seorang gadis yang tidak suka memakai baju berlengan pendek.Baju yang dipakainya menghalang daripada sikunya mengalami kecederaan yang lebih teruk.Kalau tidak,ada yang hilang siku.
“Anith.Aku tahu kau marah aku.Aku janji aku tak buat lagi.Tapi aku ada order pizza untuk kau.Ada atas meja.Kau suka pizza kan.”
“Tapi,kau baru je lepas accident. MC kau pun tak habis lagi.Kau ni,suka buat aku risau.Nasib baik la kau ni sahabat aku.Kalau adik aku,aku hempap je kau.Biar badan kau yang kurus kering ni,jadi macam lidi.”Anith menggayakan ahli gusti yang menghempap lawannya sehingga lawannya itu tidak dapat bergerak.Dengan kelakuan itu,Iera yakin hati kecil Anith yang terusik sebentar tadi sudah berjaya diubati.
“Ada take note assignment aku?”Anith mengangguk. “Nanti aku ambil.Nota pun sama. Nanti aku salin.Banyak tak assignment hari ni?”
“Tak banyak tapi semua nak cepat.Nak minggu depan.By the way,pukul berapa nak pergi sana?”
“Alamak.Aku janji pukul 9.Agak-agak,tak apa ke buat dia menunggu?”
Anith menaikkan ibu jarinya.Sesekali menunggu,tak ada salahnya.Iera yang dapat memahami maksud isyarat Anith,kelam kabut menyumbat barang-barang penting seperti dompet,telefon bimbit dan kunci rumah ke dalam beg tangannya.Akhir sekali,dicapai kunci kereta yang tergantung elok di paku.Anith yang memerhatikan kelakuan Iera,hanya mampu menggeleng.Iera memang seorang yang kelam kabut.Setelah yakin semuanya sudah selesai, Iera berlari-lari anak ke bawah.Namun langkah Iera terhenti apabila Anith menjerit namanya dari tingkat atas.
“Iera.Kau memang cantik.Kalaulah Hakim nampak..”
Anith mengenyitkan matanya.Iera pula menjelirkan lidahnya.Hakim.Asyik-asyik lelaki itu yang dipadankan dengannya.Tak ada orang lain ke? Anith yang sememangnya tahu kesanggupan Hakim menukar jurusan yang diambil,sering menjadikan itu subjek untuk mengusik Iera.
Nukilan:
ieramohammad
dandelion9114.blogspot.com Cerpen : Cinta Si Matahari
8 Komen:
akan bersmbung ke cerpen ni???
ala...ingatkan habis... hukhuk..
mna sambungan crita ni??
cepat la update ..
x sbr nak tau cerita selajnutnya..
i like it
na taw pew yg akn blaku pas neyh.. x sabar neyh..
cinta sang matahari yg sangat dalam ...
polik cter ni...lastnyer?
Dah tamat .. ?