Cerpen: Warkah Buat Mahar


Share on Tumblr
Warkah Buat Mahar
Buat insan yang ku cintai selalu…
- Muhd Izmirul Afizz bin Izmirul Hazifi

Sayang.. maaf andai coretan ini mengganggu situasi mu saat ini.. Aku terlalu merindui dirimu. Apakah khabar keadaanmu disana? Sepi rasa hati ni sejak kehilanganmu.. Hilangnya dirimu merupakan kehilangan yang amat besar dalam hidupku. Sayang, aku sentiasa memikirkan dirimu.

Sayang, apakah terlalu sukar untuk kau memaafkan segala salah silapku. Apakah yang menghalang aku dari memilikimu. Aku sedar hati dan perasaan tak dapat dipaksa namun adalah tidak adil bagiku kiranya hati dan perasaan ini tak dapat menerima insan lain selain dirimu. Aku terpenjara di dalam penjara janjimu. Aku diburu bayangan silam kita. Aku terlalu mencintaimu sayang.



Sayang, aku sedar mungkin Ayu Zatisya lebih layak bergadingan denganmu jika hendak dibandingkan denganku.. Apalah yang ada padaku yang hendak dibanggakan, Cuma sekeping hati yang tulus namun hati itu telah lama ku berikan padamu sepenuhnya sehinggakan tiada insan lain dapat menggantikan tempatmu. Tiada yang sehebat dirimu di pandangan mata hatiku.

Sayang.. andai aku pergi dulu sebelum sempat menjelaskan segala2nya padamu.. Aku mengharapkan kau membaca segala coretan tentangmu kerana di situ pasti kau akan memahami segalanya tentang kasih sayangku padamu. Aku ikhlas menyintaimu dari dulu hingga sekarang. Mungkin harapan dan impian ku tak mungkin menjadi kenyataan namun aku tetap akan menunggumu selagi nyawa dikandung badan.

Sayang, usah risau tentang hati dan perasaan ini, andai kau tak bahagia bersama nya , kembalilah kepadaku kerana pintu hatiku sentiasa terbuka untukmu selamanya… Dan datanglah seribu yang bernyawa sekalipun belum tentu mampu menggugat hati dan perasaan ini padamu.

Sayang, seumur hidup aku, aku berjanji yang aku takkan pernah melupakan dirimu, bagiku kau adalah kenangan terindah yang pernah tercipta di dalam hidupku. Aku terlalu ingin bertakhta di hatimu sayang. Aku akui aku terlalu cemburu dengan tunanganmu, Ayu Zatisya, dia bertuah kerana menjadi pilihan mu.

Sayang, ramai yang berkata bahawa, aku bodoh kerana menjadikan diriku hamba cinta, cinta kepadamu. Namun bagiku, aku bukan menjadi hamba, aku Cuma berpegang kepada janji yang pernah termeterai antara kita. Walaupun kata janji itu kini tinggal kenangan , kau telah memungkiri segala kata janji mu dulu. Sayangku, aku sudah lama memaafkan segala2nya. Dan kini giliranmu untuk memaafkan ku seadanya.

Sayang, hati ini terluka bila melihat gambar Majlis Pertunangan mu bersama Ayu Zatisya, sedih bila melihat ibu mu menyarungkan cincin ke jari manis tunanganmu.. Hancur hati ini , aku sedar yang dirimu semakin jauh dariku.

Sayangku… aku sedar siapalah aku ingin dibandingkan dengan tunanganmu, Ayu Zatisya. Aku pasti Ayu Zatisya akan bahagia disampingmu. Dan aku rela mengundur diri demi kebahagiaanmu. Semoga Allah swt melenyapkan namamu di hati ini… sememangnya aku tak ingin mengingatimu lagi andai kau bukan tercipta buatku. Ya Allah, kau lenyapkanlah dia dari hidupku andai dia bukan ditakdirkan untuk aku. Izinkan aku bahagia bersama insan lain yang lebih menghargai cinta dihati ini…

Izmirul Afizz, tahniah diatas pertunanganmu dengan Ayu Zatisya, semoga hubungan yang terbina berkekalan hendaknya. Terima Kasih kerana pernah membahagiakan aku dan terima kasih kerana budi dan kasih sayangmu dulu untukku. Terima kasih kerana sudi memberi aku “Kenangan Terindah” dalam hidupku. Dirimu adalah kenangan terindah dalam hidupku dan tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku. Satu pintaku, Jagalah hati Ayu Zatisya sebaik mungkin , kerana dia adalah jodoh yang terbaik tercipta untukmu. Memang aku akui , diri ini terluka dan menderita dengan apa yang terjadi namun terpaksa ku tempuhi. Mencintai tidak semestinya memiliki.. aku lepaskanmu demi kebahagiaan orang yang aku benar-benar cinta. Semoga pengorbanan ini menjadi kenangan yang bernilai dalam hidup kita.

Ayu Zatisya, tahniah aku ucapkan untuk dirimu kerana terpilih untuk menghuni sekeping hati seorang insan yang tulus dan setia dalam perhubungan , aku yakin dia mampu membahagiakan dirimu selamanya.. Ayu Zatisya, aku harap kau dapat membahagiakan Izmirul Afizz selamanya. Tak lama lagi , korang bakal diijabkabulkan, aku harap hubungan korang kekal selamanya. Aku doakan korang bahagia n kekal sampai akhir hayat serta dikurniakan anak2 yang comel sebagai penyeri rumah tangga korang. Ayu Zatisya, aku yakin bahawa dirimu adalah jodoh terbaik yang ditetapkan oleh Allah swt buat Izmirul. Bahagiakan dia sepanjang hayatnya.. Aku nak dia bahagia dengan dirimu, dan aku tidak ingin melihat dia terluka sepertimana aku pernah melukakan nya.

Ya Allah, hanya kau yang memahami hatiku di saat ini. Ya Allah, andai dia bukan dicipta untukku, lenyapkanlah dia dari hidupku. Izinkan aku bahagia bersama insan yang ikhlas menyayangiku dan menghargai aku. Sesungguhnya aku terluka dan menderita dengan apa yang terjadi. Aku tak dapat melupakan dia kerana dia tetap dihatiku. Aku pasrah dan aku ingin lepaskan dia, semoga dia bahagia dengan pilihan hatinya.

Kau temukanlah aku dengan kedamaian yang abadi , aku sedar aku bukan hambamu yang baik namun kau tabahkanlah hati ini menghadapi dugaanmu. Kau temukanlah insan yang ikhlas menyintaiku seadanya dan lenyapkan ingatan ku kepada Izmirul selamanya. . Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana menemukan aku dengannya , dia adalah insan yang terbaik pernah ku kenali, tulus kasihnya buat aku terpenjara dalam penjara kasihnya. Aku diburu bayangan silam bersamanya. Moga aku cukup kuat untuk melontar bayangan nya jauh dari hidup ini… tabahkan hatiku Ya aLLah……

Insan yang amat menyintaimu ;
R.F.F.N.F.A

Nukilan:
Chinta Mahar

Image credit to : Naj
Cerpen: Warkah Buat Mahar

7 Komen:

viOLeT berkata...

rsa mcm org dlm cerpen ni ujud jew?????????

Tanpa Nama berkata...

cerpen ini juga ada mengisahkan pada kisah cinta sy sehingga kini. Sem0ga diberikan ketabahan hati dan ketenangan jiwa.

Tanpa Nama berkata...

This is A reaL stOry ..... kisah antara aku & dia.... moga2 diberi ketabahan... i will love him forever,,,,, Reeyn Farra Fieyzrieyn-Chinta Mahar

sazalizalina berkata...

cm terasa pula saya

Tanpa Nama berkata...

itu dah mmg jodoh awk...lpaskan dia dr igtan.pasti ALLAH dah ttapkan insan lain jodoh awk

Tanpa Nama berkata...

kish ini sama dgn ksh cinta sya...mmg myksakn...

Tanpa Nama berkata...

sdhnya cte ni..terasa cgt kt dlm ati mcm pnlsnya rbdu cgt kt org yg dcintainya...smga tbh dlm mnph rnjau khdpn...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.