Tip ketika memandu - Memandu dengan selamat


Share on Tumblr
Tip ketika memandu

* Minum minuman bertenaga.

Ini boleh meningkatkan tahap waspada untuk satu jangka masa yang sesuai ketika memandu. Selain itu, hisap atau kunyah epal, oren atau lemon untuk mengekalkan deria rasa berjaga. Lebih masam makanan itu, lebih baik.

* Berhenti di tempat selamat untuk makan.

* Makan secara perlahan-lahan.

Jika anda mempunyai snek dalam bentuk ketulan kecil, makannya satu persatu. Jika anda lebih aktif, lebih senang untuk anda berjaga. Namun, harus ingat, makan semasa memandu juga boleh menyebabkan kemalangan.

* Minum kopi.

Kopi amat berkesan untuk anda berjaga disebabkan kandungan kafein di dalamnya.

* Berhenti dengan kerap untuk ke tandas.

Ini boleh membuatkan minda anda segar untuk ke kawasan rehat seterusnya.

* Mendengar muzik.

Dengar lagu yang anda tidak suka. Lebih menjengkelkan muzik itu, lebih baik dan pasang dengan kuat. Jangan dengar muzik yang anda suka, lebih-lebih lagi jika ia berirama dan menyenangkan. Anda akan berada dalam zon gembira anda dan ia boleh menyebabkan anda mengantuk.

* Nyanyi bersama-sama atau berbual dengan seseorang ketika memandu.

Menyanyi dan berbual boleh membuatkan anda aktif tanpa mengganggu pemanduan anda. Elakkan daripada bercakap dalam telefon bimbit kerana ia juga boleh menyebabkan anda lalai.

* Buka tingkap.

Angin yang kuat dan dingin ke muka boleh membuatkan anda lebih berjaga-jaga, tetapi pastikan ia tidak membuat mata anda kering (perkara ini biasa berlaku kepada pengguna kanta lekap).

* Goyangkan kepala anda dari semasa ke semasa dan ambil nafas panjang.

* Letakkan kerusi pada kedudukan yang anda tidak biasa.

Keadaan ini boleh menyebabkan anda berjaga-jaga tetapi pastikan anda mempunyai penglihatan yang baik pada jalan dan cermin kenderaan. Jika anda sudah berasa selesa dengan kedudukan itu, tukar ke kedudukan lain.

* Kunyah gula-gula getah.

Ia mampu menghalang anda dari menguap justeru mengelakkan anda berasa mengantuk. Pastikan anda terus mengunyah walaupun mulut anda berasa penat.

Panduan pemanduan selamat

* Pakai tali pinggang keledar

* Elakkan meletak kenderaan secara haram, kenderaan anda mungkin akan ditarik atau disaman. Pastikan anda ingat di mana anda letak kenderaan anda.

* Jangan langgar lampu merah. Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hati dan patuhi peraturan ketika memandu.

* Berjaga-jaga. Periksa cermin sisi dan cermin belakang anda; pastikan anda boleh melihat semua kenderaan dan pejalan kaki di belakang dan di hadapan anda.

* Jangan lakukan sesuatu dengan cepat atau tiba-tiba bagi mengelakkan pelanggaran. Sebagai contoh, memandu secara melulu dan pantas atau memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba.

* Jangan menyelit di antara kenderaan di lebuh raya kerana perbuatan ini sangat berbahaya.

* Berwaspada dengan kenderaan yang besar seperti lori dan bas. Kenderaan besar ini kebiasaannya mempunyai titik buta atau penglihatan dan pergerakan yang terbatas.

* Jika kereta anda mempunyai ABS (antilock braking system), tekan brek berkenaan sekuat yang boleh bagi mengaktifkannya untuk membuat hentian kecemasan.

* Pandu perlahan! Hapuskan rasa terburu-buru anda. Berikan diri anda lebih masa dan nikmati keselesaan memandu.
Tip ketika memandu - Memandu dengan selamat

1 Komen:

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah berkata...

Info yang menarik bagi mereka yang kerap mengantuk semasa memandu. Yang penting, kita harus mendapat rehat yang cukup sehari sebelum memulakan perjalanan dan kalau dapat, rancanglah masa perjalanan supaya tidak tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas yang membosankan.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.