Tahukah anda, dalam percintaan, ada beberapa pantang larang yang perlu anda ketahui dan fahami agar ia tidak melukakan hati pasangan. Cuba semak, apa pantang larang yang perlu dipatuhi itu agar cinta anda terus mekar dan hubungan berlangsung dalam harmoni.
1. Ia bukan satu perlumbaan
Cinta memerlukan keikhlasan dan keikhlasan berkait rapat dengan hati dan perasaan. Sebagai mana anda mahu memilih yang terbaik, begitu jugalah harapan yang pasangan mahukan dari anda tambahan pula “soal memilih” bukan soal perjudian atau satu permainan meneka. Tahukah anda, cinta bukan satu perlumbaan yang mana anda boleh memilih seberapa ramai pasangan yang anda mahukan dan anda dianggap “hero” dan “heroin” di kalangan kawan-kawan jika berjaya mengumpul ramai pasangan.
Cinta sebenarnya adalah satu perasaan yang timbul bila kita menyukai seseorang. Pendapat lain mengatakan, cinta adalah sebuah perlakuan seseorang terhadap satu objek lain iaitu pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti setiap perkataan, mengikut, patuh dan sanggup melakukan apa saja demi permintaan objek itu. Jadi, bila anda menyukai seseorang bermakna anda perlu ikhlas dalam setiap perbuatan anda.
2. Jangan membangkitkan soal bangsa
Cinta tidak mengenal usia mahu pun bangsa. Malaysia sangat bertuah kerana masyarakatnya berbilang bangsa, agama dan kaum. Justeru itu, jika anda jatuh cinta kepada yang berbeza dengan anda jangan sesekali mengungkit kerana ia hanya akan menimbulkan rasa marah. Cinta hanya berkisar kepada hati dan perasaan dan ia tiada kaitan dengan warna kulit atau agama. Jika anda sudah menyayanginya, peganglah rasa cinta itu kerana rasa cinta tidak boleh dijual beli di pasaran atau diperoleh dengan mudah
seperti di pasar malam.
3. Jangan bangkitkan soal negara
Sesetengah orang bersemangat bila bercakap soal nasionalisme. Bagi mereka, ia tanah tumpah yang tidak perlu dipertikaikan. Jika anda sudah jatuh cinta, jangan sesekali mengutuk kenegaraan pasangan kerana ia hanya menimbulkan kemarahan sahaja. Sebaliknya, anda perlu berbangga apabila cinta anda merentas benua sekali gus anda dapat mempelajari adat resam dan budaya mereka. Bak kata orang, cinta itu indah dan nikmatilah ia bersama orang yang anda cintai.
4. Jangan terlalu memuja
Pernahkah anda membaca akhbar tentang cerita-cerita bagaimana ada pasangan yang sanggup menuruti kehendak pasangannya sekali pun dijadikan hamba seks. Begitu juga kes di mana seseorang itu kerugian puluhan ribu ringgit hanya kerana percaya kepada janji-janji manis pasangan. Ada juga yang kehilangan maruah dan harga diri hanya kerana cinta. Sekarang, nilailah diri anda.
Adakah anda termasuk dalam kategori ini? Jika anda menyayangi pasangan, anda juga patut menyayangi diri anda juga. Cinta pada asasnya adalah untuk saling menyelamatkan, melindungi dan saling membahagiakan diri sendiri. Jika kita mencintai diri sendiri atau pun orang lain dengan sepenuh hati ertinya kita meletakkan diri kepada makhluk yang belum tentu mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada kita. Sepatutnya cinta sepenuhnya harus diletakkan kepada Allah S.W.T kerana Dia jugalah yang mampu menciptakan segala-galanya.
5. Jangan berpura-pura mencintai
Ini adalah satu pengkhianatan yang paling besar dan semua orang pantang bila ditipu. Tahukah anda, ada orang cuba mencintai orang lain hanya kerana dia iri hati melihat orang lain punya kekasih.
Ada orang yang cuba membalas dendam kerana pernah ditipu sebelum ini dan kerana itulah dia cuba mencintai orang lain selain bermacam-macam kerenah lain. Namun dalam menjalin hubungan cinta, anda seharusnya bersikap jujur dan insya-Allah anda akan menemui orang yang anda benar-benar cinta dan dia mencintai anda sepenuh jiwa raganya.
~ MW
Dalam Cinta Ada Pantang Larang

3 Komen:
sy copy bleh??
menarik nie:)
ala..xbleh copy..:(
lagu ni membuatkan aku menangis..