Motivasi Pelajar : Membina Peribadi dan Watak yang baik


Share on Tumblr
Semua orang ingin menjadi baik. Orang yang cemerlang biasanya dilihat berdasarkan perwatakannya. Watak yang baik bermakna anda mempunyai ciri sifat terpuji seperti; benar, amanah, bertanggungjawab dan bijaksana.



Ttip bagaimana watak yang baik boleh dibentuk.

1. Memahami definisi watak

Ada orang beranggapan watak hanya wujud dalam drama. Ada watak jahat dan sebaliknya. Sebenarnya watak ialah diri anda sendiri. Anda yang menentukan sama ada mempunyai watak atau tidak.

Pelajar berwatak biasanya menunjukkan ciri-ciri sifat baik dan terpuji. Pelajar yang tidak berwatak ialah pelajar yang tidak dapat mempamerkan sifat terpuji. Sifat yang dapat dipamerkan ialah sifat keji seperti suka berbohong, meniru di dalam kelas, suka bertengkar, melawan guru dan seumpamanya.

2. Perwatakan yang baik

Perwatakan baik adalah watak yang ditunjukkan pemimpin agung manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. Empat sifat ditunjukkan beliau ialah; benar, amanah, mahir berkomunikasi dan bijaksana.

Pelajar berwatak ialah mereka yang apabila bercakap tidak pernah berbohong, jika berjanji tidak mungkir, melaksanakan amanah yang diberikan dan cinta kepada ilmu. Watak baik juga termasuk mematuhi disiplin dan etika ditetapkan.

3. Kepentingan pelajar yang berwatak

Bukan sahaja anda digemari kawan, anda juga disenangi guru dan semua yang berdampingan dengan anda. Pelajar amanah biasanya mempunyai ramai rakan, pandai berkomunikasi dan berani biasanya akan dipilih sebagai ketua, pelajar bijaksana dijadikan tempat merujuk.

Bayangkan jika anda mempunyai semua watak berkenaan, anda menjadi pelajar contoh yang cemerlang. Rasa harga diri dan penghormatan meningkat dan ini juga meningkatkan aspek kerohanian yang tinggi dalam diri. Hasilnya bukan sahaja anda yakin pada kebolehan dan kemampuan diri malah sentiasa tenang dalam setiap perlakuan yang anda laksanakan.

4. Mengekalkan watak yang baik

Anda perlu menjaga diri untuk mengekalkan perwatakan yang baik. Setiap perlakuan akan dilihat dan dinilai oleh warga sekolah dan masyarakat keseluruhannya. Anda kena jaga empat perkara tadi; benar, amanah, bertanggungjawab dan berani.
Motivasi Pelajar : Membina Peribadi dan Watak yang baik

10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Nice one:)

Tanpa Nama berkata...

nice

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Semangat bagi 2013.

Tanpa Nama berkata...

ujryjrd

Tanpa Nama berkata...

bagus!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

knp smpai 4 jer....

Tanpa Nama berkata...

hei!!! nape smpai 4 jer

Tanpa Nama berkata...

ini jeke???
maaf terkasar bahasa....
:)

Tanpa Nama berkata...

aya!!! nie je ke wat laaa smpai 10 ker

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.