Tip Peperiksaan: Berdoa,berusaha capai kejayaan


Share on Tumblr
Sepanjang Oktober dan November ini ramai pelajar sibuk dengan peperiksaan.

Bagi murid yang mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka agak lega kerana peperiksaan sudah berakhir.

Bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan, inilah masanya untuk bersedia pada saat akhir. Berikut adalah beberapa panduan menjelangnya peperiksaan:

Tip Peperiksaan: Berdoa,berusaha capai kejayaan

* Banyakkan pembelajaran 'output'.

Peperiksaan adalah proses mengeluarkan maklumat. Apa yang diajar, dibaca, dihafal, dibincang dan dilatih mesti dikeluarkan dengan cepat serta tepat. Oleh itu, penting bagi pelajar memperbanyakkan pembelajaran 'output', iaitu mengeluarkan maklumat, seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi peperiksaan. Buat nota ringkas serta kad kuiz untuk dibawa ke mana-mana.

* Jaga kesihatan diri.

Pelajar perlu menjaga kesihatan bermula daripada mengulangkaji pelajaran hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk boleh mengganggu persediaan diri. Gangguan kesihatan boleh mencetus tekanan emosi. Pastikan tidur cukup selain bersenam dan mengambil makanan berzat.

Allah s.w.t berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Pastikan makanan halal kerana makanan yang haram menghitamkan dan menggelapkan hati untuk memahami, menghafal dan mengingat ketika belajar.

* Urus masa dengan bijak.

Masa yang kian suntuk perlu diuruskan dengan berkesan. Buat jadual dan perancangan bagi setiap subjek untuk ulang kaji. Rancang aktiviti yang mahu dilakukan sepanjang sesi ulangkaji itu sama ada mahu membaca, membuat nota, menjawab soalan tahun lalu atau menghafal. Kegagalan menjadualkan perkara yang mahu dilakukan membuatkan pelajar mengulang kaji tanpa perancangan. Justeru, rancang masa dengan baik dan susun kerja dengan teliti. Manfaat masa menunggu bas, selepas rehat di sekolah dan menunggu guru masuk ke kelas membaca nota ringkas.

* Banyakkan solat hajat dan berdoa.

Kita manusia hanya boleh berusaha tetapi Allah yang menentukan. Banyakkan ibadah dan berdoa supaya Allah permudahkan urusan, kuatkan ingatan, terangkan hati dan memberi kecemerlangan dalam peperiksaan kelak. Memohon maaf dengan semua orang termasuk ibu bapa, guru dan rakan. Minta ibu bapa dan guru merestui kita serta menghalalkan makan minum dan ilmu.

Paling penting minta mereka doakan kejayaan kita. Doakan rakan lain supaya mereka juga lulus cemerlang.

 Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Tip Peperiksaan: Berdoa,berusaha capai kejayaan

2 Komen:

S.NorFatihah berkata...

terima kasih , tips yg sgt bagus :)

Cinta berkata...

Oh, motivasi dari Tg. Asmadi mmg best! :)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.