“Aku nak jaga hang!” itu lah kata-kata keramat Che Din ketika melamar aku lapan tahun dahulu. Berpegang kata-kata itu aku menerimanya dengan redha sebagai suami ku. Tidak seperti pasangan lain, tatkala asyik masyuk dilamun cinta pasti dibelai dengan ucapan I love you atau I miss you atau apa-apa saja kata-kata manis untuk meluahkan cinta, tetapi tidak bagi Che Din! Sampai aku rasa… betulkah Che Din ni suka dan cinta padaku?
Dengan berserah pada takdir dan yakin dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah, akhirnya aku selamat diijabkabulkan dengan Che Din. Walaupun majlis perkahwinan ku berlangsung secara sederhana tetapi aku merasa sungguh bersyukur kerana semuanya berjalan lancar, terasa seperti redha Allah mengiringi sepanjang majlis kami.
Alhamdulilah dengan restu Illahi dan kedua-dua keluarga, kehidupan kami suami isteri sangat harmoni, meskipun ada suara-suara sumbang yang sangsi keupayaan kami membina keluarga lantaran Che Din hanya bergaji kecil. Namun aku pekakkan telinga kerana yakin rezeki Allah seluas alam maya dan aku tetap besyukur dengan apa yang aku miliki walaupun tidak mewah seperti orang lain.
Dua tahun melayari bahtera bersama, rumahtanggaku bagai ditempiasi haba yang panas. Bukan dek kerana kami suami isteri yang bergaduh tetapi kata-kata dan pandangan orang keliling yang mula merobek hati gara-gara kami masih belum dikurniakan zuriat. Sindiran sinis, provokasi itu dan ini, ejekan dan kata-kata nista bagai duri yang terpaksa ku telan. Aku mula berang dengan situasi yang menimpa diriku, malah merasa takut sekiranya Che Din meninggalkan aku dan mencari perempuan lain. Sedih! dan kesedihan itu ku bawa berlanjutan sehingga kini yang telah genap lapan tahun berumahtangga.
Namun Che Din tetap Che Din seperti yang mula-mula ku kenali…sangat tenang, baik budi dan berhemah tinggi. Che Din masih setia di sisi dan menerimaku seadanya. Malah Che Din juga sering menasihatiku supaya tidak mengambil pusing dengan kata-kata orang sekeliling terhadap ketidakupayaanku dan meminta terus bersama-sama berusaha dan berdoa sehingga dikurniakan zuriat.
Untuk Che Din dengarlah kata-kataku ini…
“Abang, terima kasih kerana menyayangi diri ini dengan sepenuh hatimu. Sedalam-dalam lautan dalam lagi kasihmu padaku, seluas langit terbentang luas lagi cintamu padaku. Abang, biarpun aku belum mampu menyempurnakan hidupmu namun tidak pernah kau menyalahkan diriku malah kau sentiasa redha dalam menempuh ujian Allah ini.
Bukan tidak pernah ku usik supaya kau berkahwin lain, kerana aku faham naluri lelaki yang pasti mahukan waris, namun kau hanya tersenyum dan ketawa. Ahh.. abang.. sungguh aku bahagia bertemu denganmu, tak dapat ku bayangkan adakah lelaki lain yang sanggup menjagaku yang sering keluar masuk hospital kerana penyakit endometriosis dan cyst yang aku alami? Memandu ke ceruk kampung mencari herba-herba yang dicadangkan Tok Bidan untuk mengubatiku dan menemaniku ke mana-mana sahaja tempat berubat yang aku pergi….sungguh abang…aku terharu dengan pengorbananmu.
Abang, semoga cinta kita terus mewangi hingga ke akhir usia. Tidak ku mahu segunung intan permata, yang ku perlu hanya dirimu penyejuk jiwaku…”
Nukilan:
adinaduana
http://www.swang-swing.blogspot.com/
Luahan Hati : Cinta Kita

10 Komen:
Allahuakhbar beruntung nya kmu mempunyai suami yang begitu tulus mencintai mu. Do'a ku smga kalian akan d kurniakan zuriat yang soleh n solehah daripada Allah amin.......
Bertuah kerana mendapat suami sebaik dia.Semoga kesetiaan kamu berdua berkekalan hingga ke akhir usia.di doakan juga agar kalian akan dikurniakan zuriat secepat mungkin dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah.............insyaALLAH....AMIN.....
Sy lg binging AP yg hrus ku lkukn skrn ad 2 laki''syang sm sy hrus milih yg mana
beruntung ada suami yang baik dan memahami . .bsyukur jika saya juga memiliki seseorang yg sedemikin baik...
sy trsnyum bace cerita ni,alangkah indahnyer hidup sy andai sy bhgia sprti in..
nk menangis rasanya..
begitu indahnye hidup ini,begitu b'tuahnyer hidup ini krna m'miliki seorang suami mcm tu...
romantik betul nak nangis lah????????????????????
Indah sekali hidupnya,bergetar hati ini memabca crita itu,
semoga cinta klian abadi slamanya n d karuniahi zuriat yg soleh n soleha,
kelak qu ingin seperti suami d dlm crita tu . . . insyak allh ....amiieenn ya allah
sedih, menangis..tersentuh baca cerita ni coz husband kta pn sma..lbih situasi dilalui..bersyukur pada tuhan dikurniakn suami yang baik..