Bahasa tubuh diibaratkan seperti sekeping gambar. Ia mampu menceritakan segala-galanya tentang penampilan diri anda. Apa yang orang lihat, itulah gambaran anda di matanya. Justeru itu, demi menjaga penampilan diri, anda harus menjaga setiap bahasa tubuh agar tidak janggal pada pandangan orang. Sedikit tip membantu anda menjadi lelaki berkarisma.
Bersiap Sedia
Bahasa tubuh paling utama ialah saat anda melangkah keluar ke khalayak ramai. Jika anda bimbang dilihat dengan pakaian dan rambut yang tidak kemas, sebaiknya urus diri anda sesegera mungkin. Pandangan pertama adalah paling mustahak dan tidak hairanlah, saat artis-artis Hollywood seperti George Clooney melangkah keluar, ramai gadis tergila-gilakan akan wajahnya yang kacak dan penampilannya yang sentiasa kemas.
Senyum
Senyum adalah penawar. Tidak hairanlah dengan sedikit senyuman, ramai hati wanita yang cair. Jika anda sudah yakin dengan penampilan diri, seharusnya anda keluar dengan senyuman.
Bukaan Dada
Jangan sesekali melangkah dengan gaya menunduk kerana itu bukan cara lelaki. Sebaiknya anda harus jalan dengan bukaan dada bagi menampakkan bidang dada anda yang tegap sekali gus menyerlahkan karisma anda di mata wanita.
Pandangan Mata
Lelaki yang berkarisma juga tidak akan sesekali mengerling matanya melihat wanita-wanita di hadapannya. Dalam erti kali lain jangan juling tatkala memandang wanita kerana sikap sebegini membuatkan anda dilabel sebagai mata keranjang. Sebaiknya kekal dengan pandangan mata dan berikan tumpuan terhadap perkara sedang berlaku di hadapan anda.
Warna Baju Mesti Sesuai Dengan Seluar
Ramai tidak mengambil endah akan penampilan diri. Ada kalanya pakaian yang terlalu longgar, jeans yang sangat lusuh. Rambut yang tidak disikat kemas. Gaya yang kebudak-budakan dan ramai juga lelaki muda masa kini yang tampak seperti orang sudah berumur. Sebaiknya, baju dikenakan mesti kena dengan seluar yang anda gayakan. Tapi jangan pula terlebih berfesyen, kelak anda juga dilihat janggal.
Berjalan Tegak
Ia nampak mudah namun tidak ramai mempraktikkannya. Ada yang memilih berjalan dengan gaya tersendiri namun untuk tampil dengan karisma, anda harus melangkah dengan tegak dan bukannya terlalu menunduk. Tahukah anda, saat anda melangkah tegak, pasti ada mata yang memandang kerana ia bukan saja melambangkan sikap anda tetapi sifat anda yang mampu melindungi wanita.
Keadaan Sekeliling
Ia mungkin nampak remeh namun ia juga lambang keterampilan diri. Tahukah anda, saat melangkah di hadapan tetamu, menyalami diri mereka, melemparkan senyuman memberi makna anda lelaki yang terpuji. Anda harus tahu, setiap salaman itu bermakna anda menghormati mereka dan mereka juga pasti akan menghormati anda.
Bahasa Tubuh Lelaki - Apa Rahsianya?

4 Komen:
Kenalah tau juga bahasa batin apa rahsianya bukan bahasa tubuh lelaki je ...sebab keegoan lelaki ada tahapnya..keegoan wanita tak apa dia bertahan. Selaku menteri kebatinan@pertahanan. Cuba clik batin tu
Salam ,saya dah click kat nama awak Batin. Byknya maklumat tapi saya jauh di Sandakan. Bagaimana nak bagi mantap kebatinan saya ya boleh kah dengan hanya makan Vimax Ori ?
saya pun dah baca,kagum juga dengan penampilannya.Tp kalau untuk wanita muda seperti saya?
Terbaik.!!!! nak juga tau BATIN punya macam mana?