Sy sukar melepaskan ingatan terhadap bekas teman wanita. Kami sudah menjalin hubungan selama empat tahun sebelum berpisah baru-baru ini.
Punca perpisahan disebabkan saya kerana semasa bercinta, kami banyak melakukan perkara yang melampaui batas agama. Kini dia mempunyai teman lelaki baru.
Saya sanggup berubah agar dapat menjalinkan hubungan semula hingga berkahwin, tapi bekas teman wanita
enggan. Alasannya dia masih belajar dan sudah ada teman lelaki lain.
Saya memang tidak boleh melupakan dia dan jiwa sangat tersiksa selain kerap kali menangis mengenangkan nasib saya. Saya ibarat lelaki pondan yang tidak tahan dugaan dan menangis kerana putus cinta. Saya tidak sanggup kehilangannya dan amat mencintainya.
Saya tidak dapat melupakan dia. Pelbagai usaha sudah saya cuba namun tidak berjaya.
Saya berusaha untuk berubah namun masih teringatkan bekas teman wanita. Saya sedih dan sakit hati melihat dia dan teman lelakinya.
-------------
Adik ibarat tidak mati kerana cinta tapi cinta cukup meracuni hidup. Apabila cinta tidak berbalas, ia ibarat layang-layang putus talinya. Dan paling menyedihkan ialah apabila adik sudah bertemu cinta yang paling bererti, tapi akhirnya terpaksa membiarkan bekas kekasih pergi atas tingkah laku sendiri.
Dr dapat memahami kepahitan adik dalam usaha melupakan bekas kekasih, tapi gagal hatta pelbagai usaha sudah dilakukan. Apa yang adik alami bersama-sama bekas kekasih adalah sebahagian daripada kehidupan adik.
Usaha untuk melupakan memori bersama dia adalah satu usaha untuk melupakan diri adik juga. Ia seperti memusnahkan apa yang adik miliki. Tentunya ini sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan.
Ubat cinta adalah waktu. Apabila waktu itu belum sampai untuk adik melupakan cinta itu, rasailah cinta yang ada. Hiduplah bersama memori indah cinta itu. Apabila semakin lama rasa cinta semakin hilang seperti mana masa berlalu, ingatan dan rasa terhadap cinta yang ada akan turut berlalu.
Pepatah cinta menyebut, cinta akan hidup bersama dengan waktu. Apabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu. Memaksa sesuatu (melupakan cinta) hanya akan menambahkan kelukaan dan kekecewaan. Cinta juga ibarat hujan. Sebagaimana lebat pun hujan, ia akan berhenti.
Menangis adalah satu tingkah laku normal manusia, tanpa mengira lelaki atau
perempuan. Seorang lelaki tidak dianggap bersifat pondan hanya kerana menangis. Menangis adalah satu proses penyembuhan jiwa. Ia terapeutik kerana dapat mengeluarkan luahan kekecewaan.
Dr akui, proses melupakan sesuatu yang indah memang sangat sukar. Begitu juga melepaskan sesuatu yang dirasakan sangat berharga. Realiti kehidupan ialah ada perkara yang sangat kita inginkan tapi kita tidak akan memperolehnya. Cinta juga tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh akan selalu bersama cinta. Apa yang adik alami ialah satu proses ke arah kematangan hidup. Laluinya dengan kekuatan diri yang ada.
Jika adik benar-benar mencintai bekas kekasih, apabila dia mencintai orang lain, adik masih mampu tersenyum dan turut bahagia untuknya. Ini kerana cinta yang suci dapat dilihat daripada pengorbanan seseorang, bukan daripada pemberian semata-mata.
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Semoga adik dapat sinar bahagia.
Masalah cinta: Tak dapat lupakan teman wanita

5 Komen:
Gtghj
good.....!
saya ada seorang gf yang dulu dia ni sosial nak mampos.. tapi sekarang dia dah taubat dah pon.. baru2 ni ex dia ugut dia suruh kembali dekat dia.. ex dia cakap dia ada gambar bogel awek saya ni.. so pada pendapat anda apakah yang harus saya buat sebagai lelaki..
A'salam.....saudara,first s'kli anda perlu b'syukur kpd ilahi karna psgn anda t'lah b'taubat.Ini b'kn stu p'kara yg mudh utk seorg umt b'taubat ke jln yg bnar.Apa yg d'lakukan prlu ada keikhlasan dn jujur pda dri sendiri utk b'taubat.So s'bagai laki2 n ketua k'luarga,anda s'harusnya m'mimpin n m'beri dorongan utk dya trus b'taubat utk slamanya.Saya akui seseorang yg tlah b'taubat pasti akn didatangi p'bagai cobaan.Seperti apa yg d'hadapi olh psgn anda.Itu satu ujian utk psgn anda prlu hdapi..Memang perit utk kita hadapi apatah lgi prkara baik yg cba kita lkukan, cba digugat olh org lain.Anda perlu sentiasa brda d sisinya apa jua keadaan skli pun.Pristwa yg lma biarlah dya brlalau,bukalah lmbaran kbahgiaan yg bru.Jgn biar prstiwa lma m'roskn kbahgiaan anda. karna "kasih yg disemai dgn iman,akn kekal sprti dodol".Jgn mudah t'pdaya ckp org.Mybe itu satu muslihat utk dya p'sahkn anda dgn psgn anda.Lagipun anda tahu yg psgn anda tlah b'taubat,n mna mgkin dya akn mengulangi kslahn yg prnah dya lakukan s'lama ni.So aty2 stiap tindakn n buat kptsn.Buat kptsn ikut aty bkn ikut ego kita k.Dan stu hal yg perlu anda thu.ALLAH tidk akn uji umtnya melampui btasan.Mungkin ALLAH sdg m'guji sejauh mna ktbahan anda n psgn anda.So apa yg perlu sya nasihatkan, anda jgn mdah mngalah n b'pts asa mmprthankan kbahgian anda yg mula tumbuh karna "untuk hidup berdua,haruslah setia..hingga ke hujung nyawa.".Belajar trma kekurangan psgn kita.Karna tak ada seorang pun di dunia ini yg smpurna."Cinta bukan hanya memerlukan pengorbanan,tapi m'merlukan pengertian dan cinta ini ibarat biji benih,yang harus disemai dengan kasih saying"..MAAF jika ada pendapat sya yg menyakitkan prsaan anda.Yang baik itu dtg dari ALLAH,yg lemh itu dtg dri diri sya sendiri..A'salam.......
klau bekas kekasih tak bhagia dgn kekasih mcm mna..