Kisah Cinta Sweet : Minah Brutal Mamat Jiwang


Share on Tumblr
Cerita Cinta Sweet : Minah Brutal Mamat Jiwang

Isnin (Perkenalan di stesen KTM)

Mamat: Assalamualaikum. Hai awak, saya nak berkenalan dgn awak boleh tak?
Minah: Waa'laikumussalam. Boleh, tapi kena jumpa mak bapa aku dulu. Minta izin. Kalau mak bapa aku bagi, aku on je.
Mamat: Waaa.. Boleh tahan erk awak ni? Ok saya jumpa mak bapa awak. Bagi alamat rumah awak.
Minah: Ni i/c aku, cepatlah salin alamat aku.
Mamat: Tangan menyalin sambil tersenyum² (Dlm hati: Ceh, malas betul punya minah! Takpa². Wah, nama NURUL IMAN! Lembut je nama tapi perangai brutal tul)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPA SI MINAH)


Mamat: Assalamulaikum pak cik, mak cik. Sihat?
Pakcik & Makcik: Waa'laikumussalam. Alhamdulillah kami sihat. Tapi, anak ni siapa?
Mamat: Saya MOHD AIMAN. Saya datang jumpa mak cik & pak cik ni sebab nak minta izin nak berkenalan dgn anak pak cik yg bernama NURUL IMAN.
Pak cik: Alhamdulillah. Ada lagi pemuda yg gentleman macam kamu ni lagi ya zaman sekarang. Sebenarnya, kamulah pemuda yg pertama datang minta izin sebelum nak berkenalan dgn anak pak cik, NURUL IMAN tu.
Mamat: (Dlm hati: Wah, bangga aku sebagai seorang lelaki sejati!)
Mak cik: Sebelum² ni takda siapa yg berani datang. Katanya si NURUL IMAN tu garang sangat orangnya. Sebenarnya tak. Si NURUL IMAN tu orangnya lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin & agamanya pun baik.
Mamat: Sambil angguk² & tersenyum² mendengar cerita mak bapa minah. (Dlm hati: Ceh. Lembut ke? Sopan ke? Budi bahasa ke? Takda gaya langsung. Takpa². Wait & see minah)
Pak cik: Pak cik izinkan anak berkenalan dgn anak pak cik NURUL IMAN.
Mamat: Terima kasih pak cik, mak cik.

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN)

Mamat: Awak, parents awak dah izinkan saya berkenalan dgn awak.
Minah: So what? Ada aku kisah.
Mamat: Tersenyum dlm kebengangan. (Dlm hati: Eh². Sabar hati. Sabar.)
Minah: Wei, aku nak jumpa mak bapa kau pula. Ni fon aku, kau salinkan alamat kau. Pastu save message.
Mamat: Awak nak buat apa jumpa ibu ayah saya? (Sambil tangan laju menaip alamat rumah & save message)
Minah: Yg kau sibuk kenapa? Macam mak nenek. Banyak tanya. Esok kau jangan ada dekat rumah dari jam 11am sampai jam 12pm, kau merayaplah ke mana²pun. Kalau ada gak kat rumah, aku bakar kau hidup² depan mak bapa kau. Paham?
Mamat: Ok². Awak, saya nak no. tepon awak? Manalah tau kalau rindu² nanti boleh calling².
Minah: Ooiiitt. Geli aku. Rindu², ingat aku ni bini kau ke? Nak termuntah aku dengar. Kau call je 999 minta no. tepon aku kat dorang. Kompem dapat. Dapat pelempang. Hahaha...
Mamat: Senyum jela (Dlm hati: Eieieieieiei... Geramnya aku. Takpa². Sabar hati. Sabar)

Khamis (APABILA MAMAT BALIK KE RUMAH SELEPAS JAM 12pm)

Ibu: MOHD AIMAN. Sampai hati senyap² ye. Tak nak kongsi langsung kat ibu & ayah.
Mamat: Apa ibu cakap ni? Aiman tak pahamlah. (Dlm kepala sambil memikir apa sebenarnya telah terjadi)
Ayah: MOHD AIMAN. Jangan nak main menyorok²lah. Kami dah tau. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang. Ayah berkenanlah kalau dia jadi menantu ayah.
Ibu: Ibu pun setuju. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai ambil hati orang tua. Seronok ibu kalau dapat menantu yg boleh jadi kawan ibu. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan macam mana MOHD AIMAN. Kamu setuju?
Mamat: Kalau ayah dgn ibu setuju & suka, teruskan sajalah niat nak masuk minang NURUL IMAN tu. (Dlm kebingungan: Sejak bila pula aku ada GF ni. GIRLFRIEND yg dicakapkan oleh ayah & ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN. Perhhh... Gilalah. Aku dahlah tak kenal sapa minah tu. Brutal pula tu. Tiba² je ibu ayah nak buat menantu. Takpa. Jalan je. Ada sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu & ayah pun suka. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat: Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak. Takpa ke awak?
Minah: Kau setuju ke mak bapa kau minang aku?
Mamat: Setuju!
Minah: Dah kau setuju, buat apa tanya aku lagi. Apalah. Cuma aku nak kalau kita bertunang, aku cuma nak barang hantaran telekung, sejadah & Al-Quran yg kau khatamkan je. Duit hantaran ikut suka kau nak bagi berapa. Aku tak kisah. 10 sen pun aku terima. Pastu 2 minggu je bertunang & pastu kawin. Dah, kita tutup kes ni.
Mamat: Amboi dashyat tul awak ni. Awak ni garanglah tapi sweet. (Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah: Oooiiittttttttt setan. Keluarlah kau dari badan mamat ni. Kau tau tak HARAM sentuh orang yg bukan mahram selagi kau tak lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA. Selagi tu kau HARAM nak sentuh aku. Kau ada wudu’ tak?
Mamat: Takda. Nak buat pe?
Minah: Kau gi ambil sekarang. Cepatlah.
Mamat: Merungut dlm hati sambil kaki melangkah mencari paip utk berwudu’ (Dlm hati: Eiiii minah ni cubelah cakap sopan sikit dgn aku. Garang macam singa. Singa pun tak macam dia)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat: Awak, saya dah amik wudu’. Awk nak saya buat apa?
Minah: Diamlah. Banyak bunyilah kau ni. Nah ambil ni AL-QURAN. Ni HALAL utk kau pegang 24 jam. Cium, peluk pun boleh. Pahala berganda 1000x kalau kau baca. Ha… Aku nak kau hafaz juzu’ 30. Minggu depan kita tunang, aku tau kau dah hafaz semua surah dlm juzu’ 30 tu.

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat: Awak apa kata kita tukar panggilan? Saya panggil awak SAYANG & awak panggil saya ABANG.
Minah: Ooiiiittt. Geli aku nak panggil kau abang. ABANG tu hanya SUAMI aku je. Kau tu bukan suami aku lagi. Baru tunang nak gempak². Bla la wei. Hah drpd kau duk mengarut yg bukan², kau dah hafaz juzu’ 30?
Mamat: Emmmmmmm. Dah². Napa?
Minah: Ha.. Ha cuba baca kat aku apa yg ku hafaz.
Mamat: (Dgn dimulai dgn surah Al-Fatihah & seterusnya membaca semua surah juzu’ 30 tu sampai habis)
Minah: Alhamdulillah. Pasni kau baca pula makna² surah dlm juzu’ amma tu. Minggu depan aku nak dengar kau bercerita depan aku.
Mamat: Dah macam peserta pertandingan hafazan & bercerita pula. (Cakap dlm nada slow)
Minah: Ooiitt, ko kutuk aku erk? Takpa².
Mamat: Mana ada. Awak memang cantik, comel.
Minah: Dah². Jangan nak cakap lagi. Aku tau dah aku memang cantik, comel. Sebab tu kau suruh ibu ayah kau minang aku kan?
Mamat: Tersenyum (Dlm hati: Ceh, masuk troli sorong sendirilah weii!!!)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat: Awak². Awak tak rasa ke apa yg saye rasa? Saya rasa macam ada sesuatu yg indah antara kita berdualah. Setiap kali ingat awak mesti terasa yg awak dekat sangat dlm hati saya.
Minah: Ooiitt yg kau nak berjiwang karat sangat ni napa? Bengkak telinga aku dengar. Kau ingat kau berjiwang² ni, aku cair & kau. Jangan haraplah weii. Dah². Sekarang kau ceritakan dekat aku kisah² dlm juzu’ amma tu.
Mamat: (Dlm hati: Dia ni memang takda perasaan langsung. Baru nak jiwang² dah tak boleh. Takpa. Sabar hati. Sabar)
Minah: Ooiitt berangan pula. Aku suruh cerita bukan berangan. Cepatlah cerita, aku nak dengar.
Mamat: Sabarlah. Tgh susun ayat ni. (Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu' amma tu)
Minah: Alhamdulillah. Minggu depan kita nikah. Aku nak sehari sebelum kita nikah kau buat qiamulllaill. Allah tu Maha Melihat. Kalau kau tak buat, kau tunggulah masa kau lafaz  ✿Aku Terima Nikahnya✿ mesti kau tersangkut².
Mamat: Tak naklah saya. Malulah tersangkut². Ok². InsyaAllah saya buat.
Minah: Tau pula malu. Ok. Lagi 1, hari nikah tu aku nak kau senyum je sepanjang majlis. Tak kisahlah waktu tu kau sedih ke, kecewa ke. Yg aku nak tengok, kau senyum je. Paham?
Mamat: Faham. Awak, saya teringin nak tengok awak senyum. Senyumlah awak. Mesti manis. Selalu tengok muka garang awak je. Senyumlah sikit awak.
Minah: Ada. Ada aku kisah. Tak boleh. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kita nikah nanti. Mesti kau tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yg menggoda sangat ni tau. Hahaha...
Mamat: Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat: Dgn sekali lafaz  AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DGN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNA
Tok kadi: Sah².
Minah: Alhamdulillah. (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG

Minah: Terima kasih ABANG krn sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah. (Sambil tangan terketar² utk salam & cium tangan suci suaminya)
Mamat: Subhanallah. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suamimu. (Sambil mengucup ubun² isteri tercinta)

DI KAMAR PENGANTIN

Mamat: Sayang, abang tak sangka pula rasanya belum sebulan kita kenal, tiba² je dah kawin. Ajaib betul.
Minah: Tu namanya jodoh. Kekuasaan Allah, bang. Kita hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan segalanya.
Mamat: Sayang boleh abang tanya sesuatu?
Minah: Tanyalah abang. (Dgn nada suara yg manja)
Mamat: Napa sayang dulu garang sangat dgn abang? Tapi bila dgn orang tua abang, sayang cakap sopan?
Minah: Maafkan sayang, abang. Ayang bukan sengaja nak berkasar dgn abang. Ayang buat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dgn karenah ayang. Ayang nak abang terima ayang dgn seadanya. Sebab sayang tak nak kita hilang kemanisan cinta selepas berkahwin gara² abang dah sentuh ayang sebelum kawin. Ni sekarang kita dah kahwin. Ayang milik abang. Abang boleh sentuh ayang tanpa kena sound dgn ayang lagi. Hihihi. Abang, napa abang kahwin dgn ayang?
Mamat: Subhanallah. Terima kasih sayangku krn menjaga batasan kita selama ini. Abang pilih sayang krn Allah. Lepas abang buat qiamullail yg sayang suruh buat sehari sebelum nikah barulah abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta. I LOVE U SAYANG. Waktu tu juga abang baru sedar apa hikmahnya kenapa sayang suruh abang menghafal juzu' amma & membaca terjemahannya. Semuanya indah sayang. Terima kasih sayang. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’² yg lain.
Minah: Alhamdulillah ya Allah. Kau kurniakan aku suami yg soleh (Sambil tangan menadah doa) Abang, kenapa abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dgn kerete ALPHARD sebuah? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima.
Mamat: Sayang. Anggaplah tu hadiah drpd abang. Berapa sangatlah nilainya jika nak dibandingkan dgn nilai seorang isteri solehah macam ayang. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.
Minah: I LOVE U TOO ABANG  UNTIL JANNAHTUL FIRDAUS. Aminnn...

Sumber
Kisah Cinta Sweet : Minah Brutal Mamat Jiwang

35 Komen:

smilenajah93 berkata...

serius best ! :D

zetti berkata...

waaaaa.... besttt ! huhu.. yg x bole tahan letak gambar nora danish ngan adi putra !! hehe.. nie baru till JANNAH <3

K berkata...

Subhanallah! Bestnye cinta macam tu....

Faziera berkata...

bagusnya

Tanpa Nama berkata...

kalau lha ada cinta macam ni dalam hidup remaja skunk ni...
alangkah indahnya cinta macam ni... kan?

reil_blues boy Ⅲ berkata...

nice lha.. bestnya law dpt mcm nie...ツ

Tanpa Nama berkata...

memang cun lah !!

Belajar Cinta berkata...

Salam cinta & kasih sayang.. yuk baca CIRI-CIRI CALON ISTERI IDAMAN

Tanpa Nama berkata...

best giler toq..lw da lg cte cm ni,bt lg ye toq.

Tanpa Nama berkata...

heee <3

Tanpa Nama berkata...

klau dh permpuan gini mmang nak aq ,
dh lh soleh , baik , sopan dgnorg tua ,dan penyabar .
harp2 dpt lh gini !!
AMEN !!
dgn lafaz Aku Terima NikahNya kau milik kuu . .

Tanpa Nama berkata...

awwesome...!

Tanpa Nama berkata...

best giler...

Tanpa Nama berkata...

sweet sgt2 .. :)

Tanpa Nama berkata...

gempak glee seee....menarik beb...terbaek>>>>???
lex itot ar cra ner,,,semoga diberkati allah....

Tanpa Nama berkata...

menarikk ! i like it !

Tanpa Nama berkata...

mcm Aliya n Amirul ! Hee.
# mamposs kalo ye bce komen nie ,

Tanpa Nama berkata...

awww ... so sweet ... <3

Tanpa Nama berkata...

subahanalah best nye,,ini a dikatakan jodoh yang alah tentukan.isyallah aku nk mencuba nye hehehe?best sgt2

Tanpa Nama berkata...

bestt sgad..

Tanpa Nama berkata...

subahanallah memang macam cinta aku..korang ambik daripada aku arh........tapi serius memang lucu lah cerita nie..inio barulah cinta selepas nikah dan ini lah isteri solehah macam aku cari..hayakalllah

Tanpa Nama berkata...

patut la mule2 garang semacam..mcam tomboi...rupenye ade cite t'sembunyi...

Tanpa Nama berkata...

bestttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Tanpa Nama berkata...

gempak r best giler..ahhaha...i love it..yeah!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sweet..da bce wase cdey lak..bila agk nye kte akn dpt? dunia skrg da byk pncmran..smge mndpt jdoh yg beriman..aminn..

lukman kasim berkata...

BESTNYE . YA ALLAH :)
MUDAH MUDAHAN DAPAT JODOH MACAM NI :)

nayo always berkata...

nak no telefon bole??
bole mntak dgn 999 comfirm dpt ..
dpt penampar .. :)
best giler !!!1

Tanpa Nama berkata...

hehehe best ga ow...

Tanpa Nama berkata...

bes sgt2...so sweet...

Tanpa Nama berkata...

sweet nyee .. . best ar citew nim . . ^.~

Tanpa Nama berkata...

cbalah si diaa bwt mcm nii kat aq ,, best ,,

Lelaki Letrik berkata...

camni rupanya nak pikat pompuan...owhhh... :)

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah .. Sweet nyaaaa

avangcute berkata...

best lah cerita ni sweet sangat... ada ke org mcm dalam cerita ni... best lah lau dapat jumpa.. :)

mrs berkata...

cehhhhwaahh bessttt a weyyyy

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.