Lahirkan kasih sayang
Impian untuk berpasangan adalah fitrah manusia untuk mencari kehidupan yang `sempurna'. Bayangkan jika terpaksa meneruskan kehidupan bersendirian, bukankah ia keadaan yang agak janggal?
Malah, perasaan ingin disayangi dan menyayangi satu sama lain memang ada pada setiap makhluk sama ada manusia ataupun haiwan, mungkin apa yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dinyatakan atau diluahkan saja.
Keadaan ini disebabkan kasih sayang lahir tanpa disedari namun, tidak dinafikan untuk memulakan satu-satu perhubungan ia adalah proses yang amat susah bagi sesetengah orang.
Kebanyakannya `terkandas' disebabkan rasa malu bagi memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan disebabkan bimbang ia tidak mendapat sambutan.
Jika benar-benar berkenan, buangkan perasaan bimbang dan malu, mulakan langkah pertama anda sekarang. Langkah pertama ini adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.
Ada lima perkara utama yang perlu ada bagi setiap pasangan dalam menjayakan sesuatu perhubungan iaitu;
* Saling Mempercayai
Setiap pasangan haruslah menekankan sikap ini. anda perlu mempercayai pasangan daripada setiap aspek sama ada percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan.
Namun jangan memberikan sepenuh kepercayaan kerana sedikit rasa curiga boleh mengimbangi rasa kepercayaan yang dicurahkan.
Bagi yang pernah dikecewakan memang sukar untuk `menyerahkan' rasa kepercayaan itu tetapi tiada salahnya untuk cuba melakukannya demi kebaikan bersama.
* Saling Memahami
Fahami sikap serta tingkah laku pasangan. sekiranya mengajak si dia keluar untuk makan bersama atau menonton wayang tetapi jawapan diberikan `tak nak', `tak mahu', biarkan dan jangan pula menjadikan perkara itu sebagai isu untuk memulakan pertelingkahan.
Ini kerana maksud `biarkan' itu adalah, jangan memaksa dan fahami kenapa si dia menjawab demikian. adakah disebabkan sibuk dengan urusan lain atau menghadapi masalah lain? Cuba fahami dirinya.
* Bertolak Ansur
Apabila menjalinkan perhubungan pasti akan ada sedikit salah faham atau pertelingkahan berlaku disebabkan karakter dan personaliti pasangan tidak akan sama dengan anda. Oleh itu di sini, anda perlu mengamalkan tolak ansur dan menurunkan sedikit ego untuk mengelakkan masalah berbangkit berlarutan.
Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser kerana makin dibiarkan menjadi semakin parah.
* Kejujuran
Ketika menjalinkan hubungan anda hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika bersama pasangan, tetapi juga pada masyarakat sama ada ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Ia jelas perlu menunjukkan anda tidak berbohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan, sekiranya tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat yang dirasai sebelum ini hanyalah mainan perasaan saja?
* Kesetiaan
Apabila berpasangan, kesetiaan adalah antara faktor yang perlu diberikan penekanan utama. Jangan sesekali mencari pengganti si dia ketika masih berhubungan. Ini kerana, si dia sudah memberikan sepenuh kepercayaan dan sekiranya berlaku anda akan memusnahkan harapan dan impian seseorang yang pernah `menerima' ungkapan cinta daripada anda.
Bayangkan diri sendiri berada dalam situasi `ditinggalkan' apakah perasaan anda? Sedih? Kecewa? hampa? Semestinya anda akan katakan `ya' untuk setiap persoalan yang diajukan. Oleh itu, fahami perasaan si dia dan setia kepada pasangan tanpa perasaan berbelah bagi.
* Ikhlas
Dalam setiap perhubungan yang terbina sudah tentunya mempunyai hala tuju tertentu, sama ada baik atau buruk ia bergantung kepada niat masing- masing. Jika kedua-dua pihak ikhlas dalam mencipta perhubungan berkenaan ia akan bertahan lebih lama berbanding keikhlasan diberikan daripada sebelah pihak saja.
Dalam membina satu perhubungan itu setiap pasangan perlu memahami apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan diri sendiri dalam memastikan hubungan terbina berkekalan. Jangan bergantung kepada sebelah pihak saja kerana ia boleh menimbulkan permasalahan kemudian hari nanti. Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk menyayangi seseorang itu?
* Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan saja, ia akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Oleh itu, sayangi pasangan dengan hati dan tetapkan tekad diri bukan hanya bersifat jangka pendek tetapi untuk jangka panjang.
* Sayangi dirinya seadanya.
Biarkan si dia menjadi insan teristimewa pada diri dan biarkan ia kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia kerana sekali anda mengubahnya, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.
Fikirkan, sebelum ini anda terpikat pada dirinya kerana dia adalah dia oleh itu, tiada alasan untuk mengubahnya menjadi seseorang lain.
* Sayangi dirinya sepenuh hati.
Pertimbangkan sedalamnya kerana sepanjang perhubungan yang dibina si dia sudah banyak berkorban malah, dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang menjalin hubungan dengan seseorang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia memilih diri anda. Oleh itu, jangan cuba untuk mempermain keluhuran cintanya.
* Hormati pendirian dan keputusannya.
Jangan merayu dan mencipta alasan supaya si dia menerima cinta anda kerana akhirnya apa yang anda akan peroleh daripadanya hanyalah rasa sayang berdasarkan simpati bukannya setulus hati.
Biarkan ia datang dengan sendiri dan juga diperoleh melalui kesungguhan bukan melalui `tipu muslihat' yang akhirnya menyebabkan kedua-dua pihak berada dalam dilema.
* Percaya pada dirinya.
Sentiasa tanamkan dalam diri dan bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu daripadanya. Pastikan anda sentiasa meletakkan diri di tempatnya sebelum melakukan sesuatu kerana jika diri tidak dapat menerimanya, apatah lagi si dia.
* Jangan meninggalkan si dia tanpa sebarang alasan.
Keadaan ini bukan saja akan menyebabkan si dia menangis kecewa buat seketika dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, kerana jiwanya turut akan mati secara perlahan-lahan tanpa disedari.
Paling penting ialah berbincang terlebih dulu jika menghadapi sesuatu masalah dan bukannya bertindak dan mengambil keputusan sendiri yang akhirnya merugikan diri sendiri.
Selain itu, dalam mengekalkan perhubungan terbina adalah penting bagi pasangan untuk memahami etika dan cara melayan pasangan. Antara panduan yang boleh dijadikan rujukan ialah:
* Jangan memarahinya di hadapan orang ramai atau di depan rakan, kerana ini akan memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.
* Jangan diulangi mengata si dia di belakangnya kerana ia boleh menyebabkan si dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.
* Jangan menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau tingkah laku si dia, kerana ini akan menyebabkan dia merasa rendah diri akibat tidak mampu menjadi individu yang menjadi idaman hati anda.
* Jangan berbohong untuk orang lain di hadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.
* Terima kehadirannya dan layani si dia seadanya kerana pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan.
Tidak dinafikan dalam setiap perhubungan pasti akan ada perselisihan pendapat hingga menyebabkan pergaduhan. namun, itu adalah rencam dalam mengeratkan lagi perhubungan dibina sekiranya ia ditangani sebaik mungkin. Antara tip yang boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan perbalahan ialah;
* Kawal emosi kawal emosi dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan dan selalunya wanita dikaitkan dengan emosi berlebihan.
Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah atau tidak puas hati di depannya supaya tidak menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak di dalam dada.
* Jangan cari pasal
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada sikap tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah tindakan bijak. namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan antara pasangan.
* Jujur dan saling mempercayai
Sikap jujur dan saling mempercayai adalah penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia kunci utama dalam mengukuhkan perhubungan dan jika ia tiada hubungan terjalin hanya retak menanti belah saja.
* Berterus-terang
Jangan berbohong dan jadikan sikap berterus terang sebagai jalan penyelesaian terbaik kerana tidak berlindung mengenai sesuatu perkara adalah lebih baik daripada merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Oleh itu, bercakap benar walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.
* Bersikap terbuka
Jangan terlalu mengambil serius mengenai sesuatu perkara yang tidak begitu penting sebaliknya lihat keadaan terbabit secara positif agar boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah memudaratkan.
* Jangan ungkit perkara lalu
Sebagai pasangan adalah tidak sepatutnya mengungkit mengenai perkara lalu. Biarkan ia berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam kerana dikhuatiri boleh merosakkan hubungan sedia terjalin.
* Jangan bandingkan si dia dengan individu lain
Jangan sesekali kamu bandingkan si dia tersayang dengan orang lain kerana kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Jika perkara ini tidak dikawal sebaiknya ia akan hanya merugikan diri anda sendiri.
* Jangan bersikap mengongkong
Dalam perhubungan, kamu tidak berhak untuk memonopoli si dia dan biarkan dia berbuat apa saja apabila tidak bersama kerana si dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama rakannya. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu tetapi dalam pada itu keselamatannya terjaga.
* Setia
Jangan berlaku curang terhadap pasangan kerana kesetiaan perlu ada untuk mengukuhkan hubungan. Usah tukar ganti pasangan seperti menukar baju. Untuk jangka masa pendek kekerapan bertukar pasangan mungkin menyeronokkan tetapi yang nyata perhubungan sebegitu tidak akan berpanjangan kerana masing-masing mempunyai niat dan keinginan tertentu yang ingin dipenuhi.
Tip Cinta : Petua Cinta

19 Komen:
ini sangat romantik....nice...
mmang dpat kkal kan hbungan kalo cam ni....
mukin xada lagi selisih faham.
erm...mmg best!
so sweet
???????????
x sero bodo.....cinta sajo x nikoh.....
mememe.....bodo...
betul3..
xpe.bior kte brusaha llu gagL.drPd kte gagL untk mncuba
syE stUjU sNgt..brUsAhA lAh utk mNcAri psNgn hidUp aNda...tErUskAn usAhA aNda
bila ada usaha kalau gagal jugak mungkin memang bukan jodoh kita la tu.
iya
btol3!!!,,,
mudah2an lha ia akn bkekalan....
btol3 .. Stiap percintaAn kita haruslah stia trhadapnya dan KITA haruslah mengambil hati dia ..
Setuju...yang ompuan jgn beri tkanan sgt kat lelaki..yang lelaki pula mesti setia pd y dstu
erm...mudah mudahan gf yg skrng kekal...insyallah...
artikelnya gak nya jelek smua, bagus di judul aja, isinya gak jelas, buat orang capek baca panjang lebar. saran saya, buatlah orang puas dengan tulisan anda, kalau memang anda berbakat. jgn mengharapkan uang masuk rekening aja.
Laki tau mainkan hati ja..gunakan org lain untk amik pehatiaan org lain xke teruk semua sama ja.