5 alasan yang mungkin menyebabkan anda tidak akan berjaya untuk menjadi seorang yang kaya


Share on Tumblr
5 alasan yang mungkin menyebabkan anda tidak akan berjaya untuk menjadi seorang yang kaya

Berangan atau duduk bermimpi adalah motivasi dan penggerak naluri untuk pemangkin semangat. Itu adalah realiti yang pernah dikatakan orang bijak pandai barat. Tapi masalahnya, setiap angan-angan itu mesti disokong dengan perancangan, strategi dan kesungguhan.

Tamat pengajian seawal usia 24 tahun, sudah tentu lebih 90 peratus anak muda mencari kerja normal di syarikat yang bersesuaian kelulusan. Itu adalah langkah positif untuk kita memulakan perjalanan pertama bergelar anak muda berkerjaya.

Kemudian jika ada antara anda yang pernah bermimpi untuk menjadi kaya-raya atau hidup dalam kemewahan, bekerja di bawah sesebuah organisasi atau syarikat bukanlah alternatif terbaik kerana anda memerlukan kedudukan untuk mendapat pendapatan lumayan.

Sebagaimana pernah disebut dalam al-Quran sendiri, jika anda ingin menjadi senang, berniaga atau berdagang adalah caranya. Bina perniagaan sendiri dan berdepan dengan peluang, ancaman atau apa saja risiko untuk memastikan rezeki itu ada untuk anda.

Bagaimanapun untuk berniaga atau bekerja sendiri ia memerlukan satu keberanian dan kesungguhan. Bertuah kepada anak muda yang mempunyai latar belakang keluarga daripada lapangan perniagaan. Terus berkemampuan untuk menyambung empayar perniagaan.

Tidak kisah soal berniaga apa, bagaimana untuk memulakannya atau apa saja kemungkinan yang akan berlaku, namun kalau anda ingin berjaya dan menjadi lebih senang daripada apa yang ada pada hari ini, anda perlu berani memulakannya.

Gen Y ingin menyuntik motivasi dan membuka mata anak-anak muda yang bercita-cita tinggi untuk meninjau lima alasan yang mungkin menyebabkan anda tidak akan berjaya untuk menjadi seorang yang kaya.

Alasan #1 - Menunggu Terlalu Lama Untuk Bermula

Kebanyakan orang cuba menunggu masa yang `tepat' untuk memulakan langkah pertama. Umpamanya untuk seorang pelabur, mereka menantikan tibanya hartanah yang betul, suasana ekonomi yang stabil atau kadar faedah yang terendah. Itu bermaksud, mereka tidak akan bermula sama sekali.

Begitu juga dengan mereka yang masih bekerja di bawah sesebuah syarikat, semuanya masih sibuk menunggu masa yang sesuai untuk bergerak sedangkan masa itu langsung tidak pernah menunggu dan berlalu dengan pantas jika tidak digunakan sebaiknya.

Lebih lama anda menunggu, lebih lamalah tempoh penantian anda untuk menikmati wang, kejayaan atau kebebasan yang diimpikan. Percayalah hanya masa yang menjadi ukuran nilai kekayaan sebenar. Usah percaya dengan istilah masa yang tepat.

Anda sendiri perlu mempunyai keyakinan untuk memutuskan bila perlu memulakan langkah berasaskan pengetahuan semasa. Juga, lengkapi diri dengan ilmu kegagalan sebagai pelajaran hidup paling bernilai.

Jangan pula menyesal, sedih atau cepat putus asa.

Alasan #2 - Terlalu takut

Takut ibarat sebatang sungai dan keberanian ialah jambatan yang perlu dibina untuk menyeberanginya. Rasa takut boleh menahan diri anda daripada apa yang dimahukan, terutamanya wang. Berlaku jujur dengan diri sendiri, cuba kira berapa kali ketakutan itu menghalang anda daripada peluang-peluang kekayaan.

Persoalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri, kenapa mesti takut?

Kebiasaan anak muda takut jika keputusannya itu salah dan impiannya musnah. Mereka takut dan bimbang apa yang direncanakan tidak menjadi dan kemudian muncul rasa menyesal tanpa pernah ingat akan pepatah, ubat dalam batu pun boleh hidup, apa lagi kita yang punya peluang.

Dalam hal ini, ramai antara kita yang takut untuk bertindak. Sampaikan ada yang takut berhutang, takut gagal dan takut terlebih berjaya. Sebenarnya, banyak yang berjaya belajar mengatasi ketakutan daripada fokus kepada sikap negatif, malah menukarnya kepada sesuatu yang positif.

Contohnya, gunakan rasa takut pada ketidakstabilan ekonomi diri anda sebagai motivasi untuk menceburi dunia baru jauh daripada keselesaan yang ada hari ini. Siapa tahu, tuah anda lebih bersinar suatu hari nanti?

Alasan #3 - Menunggu Sehingga Cukup Pengetahuan

Takut kerana kurang pengetahuan juga boleh menghalang seseorang daripada bermula. Pun begitu, ironinya lebih banyak anda belajar, lebih banyaklah ilmu baru yang anda pelajari. Walaupun ia tetap dikategorikan sebagai negatif, namun lebih banyak anda menunggu untuk belajar dan mengorek pengetahuan, lebih banyak perkara anda sudah sedia tahu.

Bagaimanapun jangan terlalu lama untuk memastikan diri anda lengkap dengan segala pengetahuan kerana sebaik anda memulakan langkah, itu juga satu proses pembelajaran dan lebih banyak risiko yang akan menguatkan diri anda kemudian hari.

Cukuplah dengan anda berjumpa teman-teman yang sudah berjaya, mendapatkan pandangan dan cara mereka memulakan langkah sebelumnya. Kemudian pastikan pengalaman yang ada mencukupi untuk mencari jalan memulakannya sendiri.

Alasan #4 - Fokus Pada Pendapatan Linear Bukan Pasif

Penting untuk anda sedari bahawa tidak semua pendapatan dicipta sama. Ada yang linear dan ada juga yang pasif. Pendapatan linear ialah upah yang anda dapati daripada pekerjaan. Anda bekerja mengikut masa dan dibayar mengikut tempoh jam yang dijanjikan.

Jika anda tidak hadir bekerja, anda tidak akan dibayar. Pendapatan pasif pula ialah apabila anda cuma bekerja sekali, tapi ganjarannya tetap mengalir walaupun ia sudah tidak dikerjakan. Inilah yang dilakukan oleh orang-orang kaya yang berjaya.

Apa kata kali ini kita letak pula fokus pada aspek yang jarang sekali kita tahu ini. Ia boleh dijadikan sebagai pembakar semangat.

Alasan #5 - Tidak Sabar

Untuk menjadi seorang yang berwang, menuntut kesabaran dan usaha berterusan. Tidak cuma bermula, tapi mesti diteruskan tanpa rasa putus asa. Ingat, bersabar itu maksudnya jangan gelojoh dan terus membuat keputusan tanpa memikirkan soal asas pemasaran; kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam perniagaan.

Alasan #6 - Terlalu Selesa

Inilah realiti dan kebanyakan berlaku pada anak muda di luar sana. Kita terlalu selesa dengan apa yang ada hari ini. Segala faedah yang diterima dari syarikat tempat kita bekerja hari ini, layanan dari pihak atasan dan paling penting, tugasan harian yang sudah menjadi `makanan' kita.

Selesa dengan setiap itu menjadikan kita menjadi gusar untuk bermula. Ada impian tapi ia sekadar berada di mulut tanpa pernah bermula walau seinci.

Oleh Murshid Eunos
~ HM
5 alasan yang mungkin menyebabkan anda tidak akan berjaya untuk menjadi seorang yang kaya

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.