Cara untuk mengatasi tekanan belajar (stres)


Share on Tumblr
Cara untuk mengatasi tekanan belajar (stres)

Stres atau tekanan belajar boleh terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya gagal menguruskan masa dengan baik, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, pemakanan yang tidak seimbang dan masalah kurang keyakinan diri.

Pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata , semua faktor berkenaan boleh menyumbang kepada tekanan belajar sekali gus menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajar serta mengganggu proses kecemerlangan mereka.

"Jika pelajar tidak pandai mengurus masa dan sering belajar pada saat akhir, mereka akan cepat berasa tertekan kerana banyak lagi sukatan yang belum diulang kaji sedangkan masa sudah semakin hampir untuk menduduki peperiksaan.

"Seharusnya, pelajar membuat persediaan dan ulang kaji pada peringkat awal supaya dapat mengulang kaji semua sukatan pelajaran dan belajar dalam keadaan tenang," katanya.

Harapan terlalu tinggi

Beliau berkata, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi terhadap anak mereka juga menyumbang kepada tekanan seseorang pelajar kerana tidak semua pelajar mempunyai kemampuan atau kebolehan seperti yang diharapkan mereka.

"Setiap anak, pencapaian mereka berbezabeza, jadi ibu bapa tidak bolehlah terlalu meletakkan harapan kepada anak mereka untuk mendapat markah seratus peratus bagi semua subjek yang diambil.

"Tidak salah untuk mengharapkan anak kita mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajar dengan mendapat semua A tetapi janganlah meletakkan syarat markah untuk A itu haruslah 100 peratus. Dapat 80 atau 90 markah juga sudah boleh mendapat A sekali gus boleh bantu mengurangkan tekanan pada anak yang bakal menduduki peperiksaan," katanya.

Tengku Asmadi yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin) berkata, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelajar bagi menangani tekanan antaranya ialah belajar mempunyai kehidupan yang seimbang dari semua aspek termasuklah akademik, agama, sosial dan keluarga.

Katanya, pelajar juga perlu bijak mengukur kebolehan masingmasing supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri ketika mengulang kaji pelajaran sehingga me ngabaikan aspek lain sebaliknya hanya tertumpu kepada akademik sematamata.

"Bagaimanapun, pelajar juga janganlah meletakkan sasaran terlalu rendah dalam pelajaran sehingga menyebabkan mereka tidak teruja atau berusaha mencapai sasaran berkenaan.

"Pelajar juga perlu bijak menyusun jadual belajar supaya perjalanan harian mereka berjalan lancar serta boleh menghabiskan ulang kaji mengikut sukatan pelajaran yang sudah ditetapkan sekali gus mengelakkan mereka tertinggal topik penting," katanya.

Pemakanan seimbang

Beliau berkata, pemakanan seimbang dan bersukan juga boleh membantu mengurangkan stres belajar kerana keduadua perkara berkenaan boleh membantu meningkatkan perkembangan otak.

"Jika kita mengamalkan pemakanan seimbang contohnya sentiasa mengambil sarapan sebelum ke sekolah akan membantu membekalkan tenaga kepada otak sekali gus menyumbang kepada perkembangan minda yang lebih cerdas.

"Begitu juga dengan aktiviti kesukanan yang disertai di sekolah mahupun bersamasama rakan dan ahli keluarga di rumah yang membantu badan menjadi lebih sihat. Jika badan sihat, sudah tentunya kita akan lebih bersemangat untuk belajar," katanya.

Selain itu, Tengku Asmadi turut menyarankan supaya pelajar tidak lupa solat, membaca alQuran, berdoa dan sentiasa berfikiran positif, baca buku motivasi dan kejayaan individu lagi bagi memberikan semangat untuk lebih berjaya.


Cara untuk mengatasi tekanan belajar (stres)

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.