Petua berhadapan pasangan/kekasih ego


Share on Tumblr
Tip berhadapan pasangan/kekasih ego

Sikap ego yang keterlaluan ada kalanya mengundang pelbagai musibah sama ada dalam perhubungan mahupun pekerjaan. Usah jadikan tahap ego anda sebagai suatu sikap yang kekal dalam diri kerana ia nyata dapat dipulihkan melalui pendekatan yang sesuai.

Apa kata kita lihat dengan teliti empat petua terbaik untuk berdepan dengan permasalahan ini.

Lelaki Ego

Jangan Menghakimi - Jauhi sifat yang suka menghakimi dan menyalahkan pasangan. Individu yang berego tinggi tidak suka dipersalahkan kerana menganggap dirinya tidak penting. Oleh itu cuba untuk berfikir dengan lebih mendalam dan mengalah kepada pasangan bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.

Cara Berkomunikasi - Untuk berhadapan dengan pasangan ego, anda seharusnya mendekati mereka dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut agar tidak menyinggung perasaan pasangan sewaktu berinteraksi. Dengan ini, mereka akan mudah untuk berlembut hati atas kelembutan bahasa yang digunakan oleh anda.

Jadi Pendengar Yang Baik
- Setiap manusia dilahirkan dengan naluri kepimpinan. Mereka mahukan seseorang yang menurut perintah namun hakikatnya, mereka juga manusia biasa yang berbuat kesilapan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara lembut. Sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya pasangan yang bersifat ego itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

Fahami Pasangan
- Pasangan yang mempunyai sifat ego ini sebenarnya hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Mereka juga sangat bercita-cita tinggi dan melihat hanya diri mereka saja yang betul dalam apa juga situasi. Oleh itu, cuba fahami pasangan dengan melakukan sedikit kajian melalui sesi `slow talk' atau fahami karakter daripada saudara terdekat mereka.

Petua berhadapan pasangan/kekasih ego

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak get back dengan ex kita (perempuan).. hati dia dah keras

Tanpa Nama berkata...

punya kekasih yg ego mmg mbuatkan kita rasa bosan dan kesunyian..tpaksa memujuk diri sendiri dan tpaksa bsabar dgn karenah die..tp persoalannya smpai bila kita boleh btahan..pedih

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.