Tanda-Tanda Anda Sudah Menghampiri Umur 30 Tahun


Share on Tumblr
Tanda-Tanda Anda Sudah Menghampiri Umur 30 Tahun

Beberapa ‘tanda’ dimana anda telah secara semulajadi, atau secara tak langsung perubahan sikap anda akan berlaku ketika usia hampir menjangkau 30.

1.Berbicara Tentang Subjek Yang Serius.

Bila group Whatsapp anda sudah rancak berbincang tentang personal loan untuk rumah, harga rumah, mana mahu beli stroller baby murah-murah dan pelan pembiayaan pelajaran anak-anak – tahniah, selamat datang ke alam dewasa.

2.Memilih Makanan Yang Berkhasiat.

Ingat dulu zaman kita mula-mula kerja? Gaya hidup yang sentiasa enjoy, dapat gaji enjoy sana sini, makan sedap-sedap, semua mahu cuba. Sekarang, anda mula tengok kandungan nutrisi pada plastik makanan (bukan status halal haram tetapi kandungan yang berkhasiat atau tidak). Anda mula fikir tentang serat, vitamin, mineral, lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan sebagainya. Sebab apa? Sebab anda mahu hidup lama.

3.Cair dengan kanak-kanak

Ada seorang kanak-kanak yang menangis dan melalak di tempat awam, dan ibu kanak-kanak tersebut hanya cakap “dah, dah, jangan nangis”

Tatkala orang lain menahan tangan dari melempang budak kecil tersebut, anda hanya memandang dengan penuh kasih sayang dan berkata “Comelnya budak ni”, – tahniah, anda lebih matang dari kami. Sudah tiba masanya anda menimang anak anda sendiri.

4.Mula kira duit raya yang perlu disediakan, walaupun bukan di bulan Ramadan

Belum masuk bulan Ramadhan lagi anda sudah garu kepala kira berapa ramai anak buah, anak sepupu, sepupu sendiri yang belum kerja, adik beradik, dan semua orang yang layak menerima sampul berduit dari anda. Bila anda sudah bekerja sekarang, kenalah bagi duit raya, jika tidak ada nanti jadi bahan pula.

5.Risau Dengan Generasi Muda Sekarang

Mengkritik dan menasihati generasi muda kerana menganggap mereka mengabaikan pelajaran. Malah anda juga beritahu mereka yang anda rindukan waktu persekolahan anda. Realitinya, anda dahulunya serba serbi ke laut. Malas. Lambat. Main lawan pemadam dan pen dalam kelas. Main ceper (tutup botol). Hisap rokok dalam tandas. Semua ada.

6.Kasihan dan Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa Orang Lain

Jika anda melihat anak-anak muda sekarang yang berperangai kurang senonoh dan tidak bermoral seperti lumba haram, bergaduh, bercium, tiba-tiba anda terkenangkan ibu bapa dan kasihan kerana mempunyai anak-anak yang perangai mengancurkan hati. Tahniah, secara psikologinya anda memang seorang yang sangat menyayangi serta menghargai kedua ibubapa anda. Teruskan.

Sumber
Tanda-Tanda Anda Sudah Menghampiri Umur 30 Tahun

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.