Motivasi anak muda: 5 perkara yang perlu diberi perhatian
Ramai individu terutamanya anak muda diusia 20-an yang berfikir mereka sudahpun matang dan bijak menilai, namun tindakan mereka tidak langsung menggambarkannya.
Tanpa mereka sedar mereka sebenarnya hanya berfikir dan bertindak di atas sifat ego dan perlakuan mereka jauh daripada kematangan sebenar.
Ada pula yang berfikir mereka masih muda dan tidak perlu menunjukkan perlakuan yang matang dan mahu lari daripada tanggungjawab sebagai seorang dewasa.
Orang muda berusia 20-an haruslah mula menunjukkan nilai murni sebagai seorang anak muda yang sudah dewasa pemikirannya dan tidak melakukan perkara yang menunjukkan ketidakmatangan diri.
Melalui pembacaan penulis, ada beberapa perkara yang tidak dilakukan oleh anak muda berfikiran matang yang ingin dikongsi dengan pembaca.
1. Tidak biarkan ketakutan kuasai diri
Ketakutan selalunya yang membuatkan seseorang tidak keluar daripada kebiasaan dan zon selesa, lantas dia masih berada di takuk lama. Tidak kiralah takut kepada kegagalan, takut pada pembaharuan atau takut kepada penolakan. Seorang yang matang tahu ketakutan itu adalah lumrah kehidupan, namun dia tahu untuk mengatasi dan mengawalnya.
2. Tidak mengharap kesempurnaan pada orang lain
Kebanyakan perhubungan berakhir apabila seseorang sedar imej sempurna diharapkannya tiada dalam individu dalam perhubungan itu.
Tidak kiralah dalam perhubungan cinta, persahabatan atau profesional. Seorang anak muda yang matang tidak mengharapkan orang lain menjadi sempurna mengikut caranya kerana setiap individu itu adalah berbeza. Apa yang penting adalah tolak ansur, memahami dan menerima seadanya supaya jalinan terus berkekalan dan konflik yang menunjukkan ketidakmatangan dapat dijauhi.
3. Tidak berdendam
Salah faham dan pertengkaran memang tidak dapat dielakkan dalam kalangan keluarga, teman, kekasih mahupun rakan sekerja. Ia akan berlaku terutamanya jika kita banyak meluangkan masa bersama. Bagaimanapun, satu tanda kematangan adalah untuk tidak bertindak secara emosi dan tenang dalam pertengkaran. Individu muda yang matang akan membuang perasaan negatif yang membuak dan bersangka baik.
Memaafkan dan tidak ego meminta maaf juga menunjukkan kematangan. Mereka yang bijak dan matang sedar bahawa menyimpan dendam hanya akan menyukarkan lagi keadaan dan membawa kepada perkara buruk.
4. Tidak biarkan diri dibuli
Seorang anak muda yang matang dapat memahami orang lain dan sedia bekerjasama mengikut kesesuaian sesuatu persekitaran.
Namun jika pihak lain bertindak berlebihan dan membuli, dia tahu akan hadnya dan akan bertindak menghadapinya dengan bijak.
Keganasan bukanlah cara mereka dan mereka akan menghadapinya dengan pendirian yang teguh dan penjelasan yang relevan. Dia juga antibuli dan tidak mahu melihat orang lain dibuli.
5. Tidak jauhkan diri daripada keluarga
Walaupun usia semakin meningkat dan hidup semakin berdikari, orang muda yang matang tidak akan melupakan keluarga mereka, malah menjaga perhubungan kekeluargaan dengan lebih baik.
Sememangnya sebagai orang muda, kita sibuk dengan pelbagai aktiviti bersama teman, kekasih juga kerja. Namun ia tidak akan dijadikan alasan untuk tidak berhubung dengan ahli keluarga lebih kerap.
Seorang yang matang sedar bahawa masa berkualiti bersama keluarag itu penting dan ikatan kekeluargaan yang baik adalah satu perkara yang penting dalam menggapai kebahagiaan dalam kehidupan.
Oleh Basyar Mustapha (Harian Metro)

0 Komen: