Perhatikan adakah kamu tergolong seperti perkara yg dinyatakan:
~ Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian sesuatu masalah. Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan perhatian dari kekasih kamu.
~ Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.
~ Merajuk tak tentu pasal.
~ Segala hal peribadi yg patut diselesaikan sendiri, contohnya membayar bil telefon, mengambil baju di kedai dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih.
~ Selalu bercakap dgn anda manja dan kebudak-budakkan.
~ Sering mereka2 cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kamu akan memberi perhatian yg lebih.
Risiko yang akan kamu hadapi:
Kekasih akan hilang hormat pada kamu
Selama mana kamu bersikap begitu, kamu terus dianggap anak kecil bukan kekasih yg matang. Memang sesetengah kekasih senang dgn keadaan begitu tetapi ianya memberi kesan buruk pada mereka. Dalam semua segi, kamu dianggap sebagai teman wanita yg tidak pandai menghargai diri sendiri mahupun kekasih sendiri. Sebarang keputusan atau apa yg kamu lakukan tidak mungkin mendapat kepercayaannya melainkan dengan bantuan org lain.
Kamu akan kehilangannya
Hakikat ini nyata. Bayangkan bagaimana sabarnya seorang kekasih melayan karenah kamu, lambat laun akan jelak dan bosan. Sampai bila kamu harus bergantung kepadanya dan sampai bila pula dia harus sentiasa ada di sisi kamu utk memberi bantuan? Apabila persoalan ini akan bermain di fikiran kekasih kamu, ini menandakan satu hari nanti kamu akan kehilangannya. Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu
0 Komen: