Pertemuan Pertama


Share on Tumblr Pernahkah anda mengaturkan janji temu dengan seseorang? Tidak kiralah orang itu seseorang yang anda kenali, ataupun juga belum pernah anda temui. Tentu saja semua inginkan sesuatu pertemuan istimewa berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.Tetapi bagaimana pula jika pertemuan itu tidak seperti mana yang anda inginkan dan membuatkan anda bertukar menjadi tidak selesa dan berperasaan ingin segera lari dan pulang ke rumah? Pastinya segala yang diimpikan menjadi suatu ‘mimpi ngeri’ yang harus dirahsiakan kepada umum.

Bersemuka kenalan baru tidak semestinya menjadi pengalaman indah seperti diimpikan lelaki atau wanita...


Tentu bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman membuat janji temu mempunyai banyak kisah tersendiri sepanjang menjayakan sesi bertemu seseorang itu. Apatah lagi bila mengenangkan pelbagai taktik biasa yang kerap kali digunakan ketika pertemuan itu dirancang.

Macam biasalah bila janji temu dilakukan pasti ada beberapa syaratnya yang ditentukan seperti warna pakaian, jenis potongan rambut, ketinggian, berat dan lokasi pertemuan. Sejauh mana seseorang itu mampu mengikuti syarat yang ditetapkan bergantung kepada kejujuran pasangan itu sendiri.

Itu belum lagi tindakan yang lebih ekstrim yang dirancang seperti menyuruh kenalan menyamar sebagai tuan empunya diri, semata-mata takut untuk berhadapan dengan pasangan buat pertama kali.

10 Cara Menggagalkan Pertemuan Pertama

1) Jangan menghantar gambar terkini
2) Jangan membuat sesuatu yang mungkin menarik perhatiannya
3) Datang lewat
4) Sering merungut
5) Bersikap kurang sopan
6) Sengaja meninggalkan dompet
7) Kerap membuat panggilan telefon
8 ) Asyik bercakap besar
9) Berkelakuan tidak senonoh
10) Berkongsi cerita tidak elok

Langkah penting untuk pertemuan pertama
  • Sentiasa menghormati pasangan dan menjadi pendengar yang setia.

  • Jangan sesekali meninggi diri seperti memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, anda hebat, begitu sihat dan sebagainya yang boleh ‘mencacatkan’ kelebihan diri mu.

  • Sila matikan telefon bimbit bagi mengelak sebarang gangguan. Tindakan itu sedikit sebanyak membuktikan betapa anda begitu serius dan menghormati janji temu itu.

  • Gayakan penampilan mengikut kesesuaian umur anda. Janggal sesekali menggayakan penampilan yang anda sendiri malu untuk berada di khalayak.

  • Bersikap jujur.

  • Jangan sesekali menjadikan janji temu anda itu sebagai medan untuk membuka cerita isu semasa dan debat.


  • Harus tahu bila menghadiri temu janji


  • Tidak semua orang menyukai anda. Mengikut fakta, purata 95 peratus masyarakat tidak akan menyukai pasangan janji temu. Tentu kamu juga pernah berperasan begitu? Justeru, terimalah seadanya yang kemungkinan orang lain juga tidak boleh menerima anda di pertemuan pertama.


  • Jangan sesekali meletak harapan terlalu tinggi dalam pertemuan pertama.


  • Ingat fakta “no pain, no gain’? Dalam sesuatu pertemuan itu, ia lebih kepada ‘no risk, no gain’. Anggaplah jika tidak menghadapi sesuatu risiko, anda tidak akan berjaya.


  • Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak bermain dalam ‘permainan’ di pertemuan pertama itu.


  • Cetuskan strategi untuk memenangi hatinya.
  • Sebelum mengaturkan janji temu

    1) Membaca akhbar atau majalah popular untuk mengetahui perkembangan terkini.
    2) Pilih lebih awal lokasi pertemuan bagi mengelak membuang masa membuat pilihan destinasi pertemuan.
    3) Sediakan profil lengkap butiran peribadi anda berserta dengan gambar. Pastikan gambar di ambil di kawasan yang cantik dengan pancaran cahaya yang terang.
    4) Pastikan hanya anda saja berada di dalam foto itu.
    5) Cuba untuk kelihatan bersikap terbuka.
    6) Pastikan penampilan anda kemas dan tidak selekeh.
    7) Tidak sesekali sibuk pada hari pertemuan diaturkan bagi memastikan anda tidak lewat tiba.

    Oleh Fairuz Zaidan

    Pertemuan Pertama

    1 Komen:

    Tanpa Nama berkata...

    Antara tips yang harus di war2 kepada pasanagan baru bertemu pertama kalinya.

    Tapi baik bawak member sekali takut kena fitnah laq. Antara dua orang pasti ada yang ketiga…..

    Wassalam.

    Selepas Baca, Sila Komen

    Artikel Terkini

    Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.