Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.
“Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal” atau “Mengapa ini yang terjadi”, adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran anda ketika itu.
Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana mengesan keperibadian yang tersurat pada diri seorang lelaki menerusi sikap dan tingkah lakunya.
Cuba alih renungan wajahnya
Sewaktu berbual, si dia cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.
Elak berjumpa di tempat awam
Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran. Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan oleh orang lain yang mengenali dirinya.
Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.
Bola mata tidak ketentuan
Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia di sekeliling.
Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakannya atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.
Sukar untuk dihubungi
Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.
Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya
Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan daripada kamu.
Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah. Intonasi ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.
Elak berjumpa orang tuanya
Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.
Pengalamannya begitu luar biasa
Pengetahuan tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.
‘Kegatalan’ yang melampau
Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki yang seperti ini.
Masa yang terhad
Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon.
Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya, dia sibuk, sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain.
Menjauhi perbualan telefon
Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar ajak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.
Sumber: Kosmo Kekasihmu Milik Orang
3 Komen:
laki nie tak gety argai wanitaa..
tak pena bersyukur pe yg da miliki..
yg pling penting dowg nie lebih pandang paras rupe dri budimpekerti…
biasa r lelaki skang.....seolah2 kesetiaan dah xde dlm diri diorang
pempuan pn ade yg mcm tu jgak,huhu..