Pada suatu hari, gagak melihat puyuh galah berjalan. Ia berasa gaya puyuh berjalan amat lembut lagi cantik. Oleh itu, ia pun pergi mengunjungi puyuh galah lalu memintanya menjadi gurunya. Ia hendak mempelajari cara puyuh galah berjalan.
Gagak pun mempelajari cara berjalan dari puyuh galah dalam tempoh masa yang agak lama. Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat mempelajari langkah puyuh galah berjalan. Akhirnya, ia pun berputus asa dan tidak mahu belajar lagi.
Apabila hendak pulang ke rumahnya, gagak telah pun terlupa bagaimana cara untuk berjalan.Oleh itu, terpaksalah ia beredar dari situ dengan berjalan sambil melompat-lompat.
Moral: Apabila mempelajari kebolehan orang lain, kita perlu berbuat demikian berdasarkan kebolehan diri. Gagak Belajar Berjalan
1 Komen:
be ur self la.
jgn nak ikot care orang