Nilai Sepuluh Ringgit


Share on Tumblr Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….

Moral:

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka… Nilai Sepuluh Ringgit

20 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kisah ni aku cari balik dekat 3 tahun..
sekarang baru jumpa..thanks

Tanpa Nama berkata...

sdihnye crite ni...mnitis air mate aku...

Tanpa Nama berkata...

cerita nie...aku cr sekian lama....
emmm...nak ambil cerita nie cmner???!!!huhuhuhu
tlg gtaw....sp yg tau....

kakak syafiqah berkata...

sedih,sian si ank2 tu....camana nak ambik cerita ni,hah?

Tanpa Nama berkata...

thnx sebab sedarkn aku..

Tanpa Nama berkata...

nk amik cite ni sng je...ko select karangan tu...
pastu tkan Ctrl + C...pastu g kt word...tkan Ctrl + P...

x da ayah berkata...

ak baru je khlangn ayah blan 1 lepas...
bile ak bc cite ni...air mataku terus menitik
sambil teringtkn ayah ak yg da x da tu...

ak sedih sangattt...

kakak syafiqah berkata...

sad (*_*)

Ryehanna berkata...

cerita ni macam dalam cerita "I NOT STUPID 2" arahan Jack Neo. mmg best scene yg ni. menangis2 dlm wayang.

dia ingt anak dia mencuri duit sbb nk beli kad Pokemon,rupa2nya sbb nk bg duit kat dia utk spend masa same2. sbb bapak dia pernah kata dia sibuk. masa adalah duit.

giler sedih...

ayen.. berkata...

citer ni bagus ntk sedarkan sape2 yg bergelar ayah ibu..

farhan@kc berkata...

Ya Allah..
insaf gile aku dibuatnye..
ni lah hakikatnye..
jgn lah terlalu kejarkan dunie sampai xde mase tok family sedangkan kalo kite mati bukan duit yang boleh selamatkan kite....

Anonymous berkata...

thnx sebab sedarkn aku..

Tanpa Nama berkata...

sdaynyerr..


='(

eL berkata...

terharu..
best crite..

man berkata...

teringat aku pda ayah aku mse die ssh dlu nak bsar kn aku... cdehhhh!!!

NUR QASEH berkata...

HMMMM...PENUH IMOSI DAN PENUH PENGAJARAN..KASIHAN C ANAK KECIL..

Tanpa Nama berkata...

sedihnya hati ku membaca...

Tanpa Nama berkata...

wooo.. sedih2. menyentuh perasaan

Tanpa Nama berkata...

nice story

Unknown berkata...

Brulah ank contoh! Bergadai duit blnja semata-mata nk blnja ayah mkn mlm jer.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.