Membeli Cinta


Share on Tumblr Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat bebal - begitu dungu, hingga orang-orang menyebutnya si bodoh.

Suatu hari sang tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana."Hutang mereka sudah cukup tempoh," kata sang tuan. "Baik, Tuan," sahut si bodoh. "Tetapi nanti wangnya mahu dibeli apa?" "Belikan sesuatu yang belum aku punyai," jawab sang tuan.

Maka pergilah si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya; mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para penduduk kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin, dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.

Akhirnya si bodoh berjaya juga menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki."

"Apa, ya?" tanya si bodoh dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?" Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. Lalu dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuanku, memberikan wang ini kepada kalian," katanya.

Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, sang tuan geleng-geleng kepala. "Benar-benar bodoh," keluhnya.

Waktu berlalu. Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka; perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuat usaha sang tuan tidak semulus dulu. Belum lagi bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata sang tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para penduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat; mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat sang tuan.

"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati menolongku?" tanya sang tuan.

"Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini," jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membahagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka."

Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah tadi bahawa kekayaan dan pengaruh baru akan sangat berguna kalau dipergunakan untuk menebar cinta kasih.

"Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik dari pada perak dan emas." Membeli Cinta

10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

wow...x terpikir seorang yg bodoh wat cam2..
owang yg berharta sepatut nyer jgn cpat lupa diri...

mOOel berkata...

harta memang berharga tetapi tanpa cinta, kasih sayang semua itu tidak ada gunanya...!!!

kakak syafiqah berkata...

cinta pada penduduk kampung sang tuan,tidak bleh d banding dgan duit2..

farhan@kc berkata...

memang..
orang gitu lah biasenye kalo dah kaye..
mase miskin cakap lah kalo kaye nak tolong orang.
tapi dah kaye lupe diri..

Tanpa Nama berkata...

ermnn...nasib baek ade c bodoh kalu dye wat c pintar tadi agknya org kaye td tak dpt nk memiliki cinta d hati sume hehhehehe org kya patut amek ikhtibar dr cite new..jgn ar sombong sgt erk

Tanpa Nama berkata...

btul kte korang.. org yg kya jgn la cpat2 lpe diri ataupun angkuh...INGATLAH kekayaan yg ade pda org yg kaya itu hanyalah semntara SAHAJA..

Tanpa Nama berkata...

kesian dia...org panggil dia c bodoh..padahal Allah x suka pun kita wat gelaran mcm tu.. :-(

Tanpa Nama berkata...

dont juge a bokk by its cover.. mohon untuk menggunakan cerita ini =)

nur qaseh berkata...

cinta dan kasih sayang tu la harta yg pling bharga kt dunia nie..hmm...bgus nye hmba dye tu...

Unknown berkata...

kekayaan x prnah ckp bg kite jke kite x prnah puas dgn ape yg kitte ade.Kite ade segalanya tp hakikatnya,we have nothing if we didn't have something that's far more precious than gold or diamonds.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.