Adakah wajar budak sekolah bercinta? Jika ditanya ibu bapa atau orang dewasa, pasti ramai menjawab “tidak wajar.” Antara alasan ialah, mereka sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dan bukan perkara yang boleh melalaikan tumpuan.
Malah, ada ibu bapa berkata: “Wang belanja sekolah pun ibu bapa yang beri, mahu menanggung anak orang pula” atau “Masih berhingus, PMR (Penilaian Menengah Rendah) pun belum ambil sudah sibuk hendak bercinta.”
Percintaan di kalangan pelajar sekolah atau remaja sering dikaitkan dengan ‘cinta monyet’ iaitu cinta yang tidak bertahan lama atau tanpa matlamat perkahwinan.
Cuba tanya pula soalan itu pada remaja, adakah wajar mereka bercinta? Apakah pula jawapan mereka. Mungkin ada yang menjawab: “Cuma nak merasai pengalaman baru. Seronok ke tidak kalau ada pakwe macam kawan lain.”
Menjawab persoalan itu, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata wajar remaja bercinta kerana ketika itu mereka sedang akil baligh dan melalui proses perkembangan daripada kanak-kanak kepada alam remaja.
Remaja lelaki yang sudah baligh manakala gadis yang kedatangan haid mempunyai perasaan semula jadi atau tarikan untuk berkawan pada rakan berlainan jantina.
Apapun, ibu bapa perlu memantau dengan siapa anak mereka berkawan, beritahu adab dan batas pergaulan, manakala pihak sekolah pula memberi pemantauan selama satu atau dua jam menerusi pendidikan agama atau moral.
Menurutnya, ibu atau bapa perlu memberi garis panduan dan menasihatkan anak mereka bahawa berkawan tidak menjadi kesalahan, tetapi perlu memastikan sejauh mana kejujuran kawan berkenaan.
“Katakan pada anak, jika kawan lelaki itu mengajar kamu menipu, melepak atau melakukan perbuatan tidak baik, adakah orang seperti itu layak dijadikan kawan atau layakkah lelaki seperti itu dibanggakan untuk menjadi suami?”
“Ada hadis menyebut ‘didiklah anak mengikut zaman’ dan apabila dikaji balik, memang ada kesesuaiannya dengan situasi hari ini. Apabila remaja perempuan mula datang haid, dia mula hendak berkawan dengan lelaki. Itu perasaan semula jadi dan ibu perlu menerangkan kepada anak mengenai batas pergaulan.
“Pada hari ini, apabila kita semakin terbuka dengan anak, mudah untuk kita menasihatkannya mengenai perkara baik atau buruk. Beritahu anak, seorang lelaki yang baik tidak akan mengheret perempuan disayangi kepada perkara tidak baik atau mencemarkan maruah,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa juga wajar bertanya anak sama ada dia mempunyai teman lelaki atau teman wanita.
“Kita bukan lelaki pra sejarah, tidak salah bertanya anak mengenai perkara itu. Bukan bertujuan menggalakkan anak bercinta, tetapi menunjukkan kita adalah ibu bapa yang berfikiran terbuka dan mengambil berat serta memahami proses perkembangan diri anak,” katanya.
Beliau berkata, untuk menyekat kebebasan anak adalah tidak wajar. Oleh itu, jika mengizinkan anak keluar, beritahu anak mengenai batas waktu iaitu bila dia selewat-lewatnya harus pulang.
“Sebagai orang tua, kita tidak boleh menunjukkan perasaan curiga terhadap anak, tetapi harus mengatasinya dengan bijaksana. Contohnya, ibu bapa boleh keluar bersama anak ke sesuatu tempat seperti kompleks beli-belah.
“Apabila sampai di tempat dituju, beri kebebasan kepada anak ke mana dia mahu pergi, misalnya tempat yang menjadi tumpuan remaja, manakala ibu bapa pergi ke tempat yang orang dewasa suka. Sebelum melepaskannya pergi, berjanji dengan anak jumpa di sesuatu tempat pada jam tertentu untuk pulang bersama,” katanya. Wajarkah Remaja Sekolah Bercinta?
6 Komen:
balaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
benar.in now,bouth am yah.thish is ae aearayaah kan.
betol jugakk tuhh... :)
can i copy this? sekadar nak simpan untuk isi forum sy nt.
betul tu..sepatutnya remaja sekarang ini sedar bahawa mereka berada di alam persekolahan.bukan alam percintaan..JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN NAFSU WAHAI REMAJA!!INGAT MASA DEPANMU!!!
hmmmm... im still confuse :(