6 Kesilapan Ketika Di Alam Percintaan


Share on Tumblr Mungkin keadaan ini pernah menimpa diri anda. Keluar temu janji dengan seorang lelaki dan kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana merasakan diri telah bertemu jejaka idaman yang sempurna untuk dijadikan kekasih hati.

Malangnya, selepas malam itu, tiada langsung panggilan daripada si dia. Lelaki yang dikatakan sempurna dan sesuai buat anda itu seolah-olah cuba menyepikan diri. Kenapa?

Sebabnya, anda mungkin berpandangan temu janji itu sempurna tetapi hakikatnya ia tidak seperti yang diharapkan. Ada kalanya, wanita kurang menyedari bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan besar sehingga merosakkan temu janji tersebut.

1. Terlalu kerap bertemu janji tidak produktif.

Anda perlu tahu memilih temu janji. Jika bertemu dengan lelaki-lelaki yang tidak berguna, elakkan diri untuk terus bersama dengan mereka. Carilah alasan supaya mereka tidak lagi mengajak anda keluar.

Masalahnya, wanita selalunya tidak sabar. Mereka mahu apa yang diingini diperoleh pada saat itu juga. Inginkan ganjaran serta-merta. Tetapi, perlu juga diingat kadang-kala berbaloi untuk kita menunggu hadirnya seorang lelaki yang baik dalam hidup.

Mungkin, anda hanya berpeluang keluar temu janji sekali dalam setahun. Tetapi, ia berkemungkinan adalah yang terbaik berbanding terlalu kerap bertemu janji tetapi semuanya mengecewakan.

2. Keluar bersama teman-teman dengan harapan bertemu lelaki pujaan.

Apabila bersama teman-teman khususnya wanita, anda sebenarnya tidak akan didekati oleh lelaki. Sebabnya, lelaki bujang sebenarnya amat penakut. Ada teori menyatakan bahawa wanita yang keluar secara berkumpulan tidak akan menarik perhatian kaum lelaki.

Lelaki yang mempunyai kualiti tidak akan menghampiri kumpulan wanita tersebut dan kemudian mengajak anda keluar dengannya di hadapan teman-teman anda. Lelaki seperti itu tidak akan berani melakukannya. Jadi idea paling baik, keluarlah bersendirian.

Pilihlah meja terbaik untuk menikmati makanan atau minuman sambil membaca buku kegemaran anda. Berpura-pura anda sedang sibuk. Keadaan itu sebenarnya membuatkan anda lebih mudah didekati apatah lagi anda sedang bersendirian.

3. Wanita selalu beranggapan seorang lelaki akan menyukai mereka setelah si dia mula mengenali diri mereka.

Sebenarnya, pada saat bertemu, seseorang lelaki itu sudah tahu sama ada dirinya berminat dengan anda ataupun tidak. Dalam hidup seorang lelaki, tiada istilah 'memanaskan badan'.

Lelaki umpama mikrowave dan wanita pula seperti belanga. Wanita lambat merasai 'kehangatan', mereka selalunya akan mengumpul semua maklumat mengenai si dia kemudian mentafsirkan ia sebelum mengambil kata putus. Sedangkan lelaki mengetahui jawapannya dalam satu saat, ya atau tidak.

4. Terlalu bercerita dan berkongsi mengenai temu janji.

Wanita bujang terlalu menaruh kepercayaan kepada pasangan temu janjinya sehingga membuatkan dia menceritakan terlalu banyak kisah tentang dirinya.

Mereka sebenarnya sedang memberi dan melonggokkan maklumat kepada lelaki terbabit - terlalu banyak. Apa yang selalunya diluah wanita: "Saya kini berasa tenang sebab dia adalah rakan baik saya. Saya boleh bercerita dengannya tentang apa sahaja."

Hakikatnya, wanita sedang berada dalam keadaan gelisah dan bimbang sehinggakan mereka menceritakan segala kisah hidup mereka. Cuma, kadang kala kisah hidup mereka itu bukanlah satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama.

5. Tidak membenarkan lelaki bercakap.

Cara anda bercakap atau berbual kala keluar berpacaran sepatutnya seperti perlawanan tenis iaitu ada komunikasi dua hala. Tetapi, sepatutnya lelaki diberikan kuasa untuk bercakap lebih banyak daripada wanita. Tiga kali lebih banyak daripada wanita seperti nisbah 3:1.

Lelaki bercakap, bercakap dan bercakap kemudian barulah tiba giliran anda pula untuk meluahkan kata-kata. Namun, anda boleh menjawab pertanyaannya setiap kali si dia selesai berkata-kata.

Dan, kemudian anda juga boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tetapi pastikan ia tidak lari daripada topik yang sedang diperbualkan.

Jangan pula terus bertanya: "Adakah awak ingin berkahwin? Apa perkara yang disukai oleh bekas teman wanita awak?" Ingat, jangan sesekali lakukan perkara itu. Sebaiknya, mulakan perbualan daripada topik atau cerita yang sedang dibualkan.

6. Lupa menjaga tingkah laku dan adab sopan.

Kunci utama pada satu temu janji yang berjaya adalah senyuman. Tawan hatinya dengan pandangan mata. Biarkan dia 'memimpin' pentas pertemuan itu dan anda hanya menyuntik perkara-perkara kecil yang dapat membantu menghangatkan suasana.

Contohnya, andai si dia memesan pencuci kulit dan anda berkongsi menikmatinya, katanya: "Inilah kek coklat paling enak dan saya gembira awak memilihnya."

Tingkah laku dan adab sopan, itulah kuncinya. Kebanyakan orang tidak menitikberatkan tentang perkara itu atau sengaja buat-buat lupa setiap kali keluar temu janji dengan si dia. 6 Kesilapan Ketika Di Alam Percintaan

10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

tips yang baik,semoga dalam perhatian yang sedang mencari. tambahan--- buat solat istiharah dan hajat, mohon petunjuk. he....he...

encik berkata...

huhu.lupe kol pas date.tertidur.agak2 die anggap aku x produktif agaknye kalu baca post ni.haha

Tanpa Nama berkata...

tip ini sesuai utk sorg minah yg cuba nak kaco suami aku..

Yusna berkata...

Salam,
Ada tak tips untuk melarikan diri dari bekas suami yang gila talak lebih dari 3 tahun dan suka mengongkong kehidupan? Dia feeling saya ni masih isteri dia? Tolong lah! Ugut saya nak bunuh diri dia. Saya yang punya pacar pun sukar nak menikmati hidup baru.

shira berkata...

salam..
trustworthy is a key to the happiness... tu yg selalu huby aku kata.. kalau saya x caya dia, dia kata saya x syg dia...

Tanpa Nama berkata...

masih adakah lelaki yang baik di dalam dunia ini..

Tanpa Nama berkata...

ada...

Tanpa Nama berkata...

time kwn lg besz dr bcnte..klu la bley patah blik msa kn snok..huhuhu

encik berkata...

huhu.lupe kol pas date.tertidur.agak2 die anggap aku x produktif agaknye kalu baca post ni.haha

Tanpa Nama berkata...

setkat nie 0ke laa jugak date aku ngan bf aku tue,tai sejak kebelakangan nie,die sentiasa busy,kalau aku tanyadia selalu tukar topik,kaau tak pun,dia lambat reply. kalau die busy,die tak pernah pun bagitau yang die busy. kekadang tue kalau aku mesej die c0nt0hnye petang tue aku mesej die,tengah malam baru die reply. . aku tak tau laa ape yang di busykan sangat die tue. .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.