Tip Memikat Wanita


Share on Tumblr Biasanya, kebanyakan lelaki sanggup berbuat apa saja untuk menambat hati wanita pujaannya.

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju. Kata mereka, tidak perlu menunjuk-nunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' untuk menyatakan anda begitu bernilai untuknya.

Sebenarnya, wanita tidak mengharapkan anda melakarkan nama mereka di langit biru atau menempah iklan untuk menyatakan anda sukakan dirinya.

Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang menggembirakan hati wanita. Untuk menawan hati mereka, lelaki tidak perlu mengada-ngada, sebaliknya, bertindaklah seadanya.

Mungkin petua berikut mampu membantu anda menjadi lelaki sempurna di sisi si dia yang sentiasa menyanjungi anda.

# Menepati janji

Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar bersama anda rasa bosan disebabkan masalah kecil. Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana anda tidak mematuhi janji.

Jika anda biarkan dia tertunggu-tunggu, ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama.

# Jadilah lelaki yang penuh santun

Sebaik saja anda sampai di rumahnya, tunjukkan tingkah laku sopan. Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanda anda sudah sampai.

Sebaliknya, jemputlah dia di pintu rumah. Jika dia tinggal bersama keluarga, masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta.

Tunjukkan anda menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu'. Jangan lupa, ucapkan kata pujian mengenai penampilannya.

Ketika bersama wanita, perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya terhadap anda. Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan, tetapi yang pasti, wanita amat mengambil berat mengenainya.

# Tayangkan minda anda dan elakkan kesilapan bodoh.

Perkara paling penting ketika bertemu janji dan bercinta adalah mengenal atau membaca pemikiran seseorang (iaitu anda dan si dia). Pastikan anda bebas menayangkan diri anda, khususnya pemikiran anda.

Biasanya wanita mendefinisikan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran.

Antara caranya adalah mengajaknya berbual mengenai topik yang memberangsangkan. Tunjukkan anda mempunyai sifat kelakar dan boleh bercakap apa saja tajuk serta memiliki pendapat yang menarik dan boleh dipakai.

Paling penting, dia akan menganggap anda seorang berkarisma dan tidak pentingkan diri.

Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara, cuba buka topik lain supaya tidak berlaku kesilapan bodoh. Wanita tidak suka masa 'janji temu' tidak dimanfaatkan sebaiknya. Awas jika anda membuat jenaka, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri.

# Bertemu keluarga

Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarganya. Jika anda sudah berjaya memikat hati seorang wanita, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan anda.

Untuk mendapat markah lulus, perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian anda serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan.

Ini bermakna anda perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya, seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan anda ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya.

# Tunjukkan kemampuan

Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang. Malangnya, wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompet mereka (Jika ada wanita sedemikian, anda patut elak mendampingi mereka).

Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikan puteri, harus tanya diri sendiri, mampukah anda? Untuk yang tidak mampu, tidak perlu berbelanja di luar kemampuan.

# Perkara pokok

Perkara pokok dalam perhubungan - jujur, ringkas dan ikhlas. Jika anda memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura, dia pasti akan jatuh cinta. Perlu diingat, jika anda mahu menawan hati perempuan, pastikan anda tidak mengada-ngada.


Panduan Memikat Wanita. Nak tau, sila klik sini.

Tip Memikat Wanita

17 Komen:

ahmad salman berkata...

bgs bgt tips nya .. ntar saya coba deh

Tanpa Nama berkata...

cam tede2 ja koe punya tips nie......kena brek ada lah...

Tanpa Nama berkata...

cam tai2 ja ni tips ni.......x guna ni mau bikin ngurat sumandak......blaback2222....

Tanpa Nama berkata...

nnti gua nk try la kt awek gua 2...






-RoY-

Tanpa Nama berkata...

STEADYY,
nanti GW mu try,,

Tanpa Nama berkata...

saya hamba allah,yg menjadikn tips ini sbagai ikhtiar atau usaha..terima kasih kepada yg mmbuat tips dan blog...sye sentiasa mendoakn kamu semua....salam wrtb.

johnny berkata...

ok la 2..

Tanpa Nama berkata...

Ini kali pertama saya jatuh hati kat seseorang..

Jika diizinkan,
Saya nak jadi seorang lelaki yang dapat membimbingnya di dunia dan di akhirat sana..
InsyaAllah..

P/s: Doakan saya ye sahabat2..

Anonymous berkata...

Ini kali pertama saya jatuh hati kat seseorang..

Jika diizinkan,
Saya nak jadi seorang lelaki yang dapat membimbingnya di dunia dan di akhirat sana..
InsyaAllah..

P/s: Doakan saya ye sahabat2..

Tanpa Nama berkata...

bagus gak sekadar mencuba...nak mencari pompuan memang senang tp seperti mutiara di kilauan kaca amatlah susah.....i've 1 :-)
hope dia gembira dengan saya....insyaallah....

Tanpa Nama berkata...

aq pelik r org skunk nie..
untuk awek sngup wat semua 2..
solat 5 wt2 r,bhnti rokok r tp ssh untuk wat sume 2 untuk mak bapak korng..
aq rase lps nie blog kene wat topic nie r(TIPs MNGAMBIL HATI ORNG TUA)klaw sume psl cinta spe x muak

Tanpa Nama berkata...

dop jadi pong ...
aarrrggghhh ...
rezak2 ...

Tanpa Nama berkata...

1 prsa2 cube,. lau x jdi tip lain try tip nie plk,. alrite,.
tq,...

Tanpa Nama berkata...

wanita zaman skarang niey ssah nk cri yg btul2 setia pda lelaki kan? zman skarang wanita niey wanita pndang pda hrta ja.

Tanpa Nama berkata...

mungkin cinta thu, gag pandang bulu baik tua muda maupun kaya ataupun miskin.


stelah bca tips ini q jd bsa tau kan pentingnya bercinta,,,

abdullah arie berkata...

salam... sye ade sowg kekasih... nme izwani. ntah la . kami bergadoh . sume berpunce dri sye. sye syak die curang. tp sbnarnye x... skrg sye buntu harus berbuat ape... sye khilaf. die mintak putus .. tlong sye.. mrs lover

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.