Artikel Motivasi : Berilah Kemaafan


Share on Tumblr Memohon maaf mungkin perkara paling sukar dilakukan tetapi sekumpulan saintis mendakwa ia adalah antara amalan paling sihat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) menyatakan, wanita yang menerima permohonan maaf untuk perbuatan buruk kurang mengalami tekanan atau risiko kerosakan jantung berbanding mereka yang tidak menerima permohonan maaf.

Penyelidikan itu melibatkan beberapa saintis merekodkan tekanan darah diastolik terhadap 29 lelaki dan 59 wanita dalam satu eksperimen dan mereka mendapati denyutan jantung wanita kembali normal 20 peratus lebih cepat setelah menerima permohonan maaf.

Tekanan darah diastolik mengukur tekanan dalam salur darah setiap kali jantung berdenyut dengan bacaan yang tinggi meningkatkan risiko serangan strok dan sakit jantung.

Dalam eksperimen itu, responden diletakkan dalam situasi yang boleh menimbulkan kemarahan dan mereka memohon maaf kepada separuh lelaki dan wanita berkenaan.

Namun, kajian sama menyatakan, denyutan jantung lelaki mengambil masa lebih lama untuk pulih selepas sesuatu permohonan maaf sekali gus membayangkan bahawa lelaki sakit hati apabila mendengar pengakuan bersalah daripada seseorang. - Agensi Artikel Motivasi : Berilah Kemaafan

12 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya dah cuba cara nie...sgt berkesan untuk membersihkan hati....jauh dr prasangka buruk terhadap org...usahlah terus dgn keegooan diri kerana ia akan memakan diri sendiri oleh itu berilah kemaafan kpd sesiapa yg pernah menyakiti hati kita...GANJARANNYA INSYAALLAH DI AKHIRAT SANA....mudah2han

Tanpa Nama berkata...

saya cuba beri kmaafn kpd org yg prnh bbuat kjhtn kpd sy dn klrg tp bila sskali tkenang sy jd marah dn benci..wlw bgmnpun sy telah mmaafkn org itu dn bhrp dia dberi hidayah..mdhn Allah tenangkn jiwa sy

zie k.D berkata...

apbla kte mafk sesowg ati kte tng je

Tanpa Nama berkata...

sy sbnarny...ingin mminta maaf wat shabat sy yg brnama heena bhasir.....sy taw sy byk skitkn aty ny...sapa suru lrus bndul...sy pn tak maw lg skitkn aty nyer lg....ena...im sory

Tanpa Nama berkata...

saya sudah cuba....tAPI saya dah lupakan segalanya dan memaafkan Dia...

Tanpa Nama berkata...

sy tak dpt....terlalu bnyk yg dh dia saketkn aty sy....terlalu bnyk pluang yg dh sy bg.. tp dia tetap sm...

Tanpa Nama berkata...

saya da cuba untuk memaafkan dan melupakan... selama 2 tahun ni... tapi amat sukar untuk saya memaafkan dan melupakan apa yang telah dia lakukan terhadap saya.... dan sering kali hati ini akan sakit dan benci apabila teringatkan peristiwa itu....

Tanpa Nama berkata...

saya dah puas berikn kemaafan... bkn sekali dah berkali2 tp dia tetap sama..
adakah layak lelaki ya mdera kita seblm jd isteri d maaf kn???
1thn lbih saya jd tpt pderaan.. saya sbr tp sampai bila???
kn.. saya dah penat.. jd biar saya bt cra saya..

Tanpa Nama berkata...

memang bukan mudah utk memaafkan dan melupakan sesuatu kejahatan yg kita alami.jgn kita terus mengingati apa yg blaku.tetapi kita bina kembali kekuatan tuk berjaya satu masa nanti.buang yg keruh amik yg jernih.berdoa lah selalu kpd Allah semoga sentiasa kuat dlm menghadapi apa jua dugaan di dunia ini.sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua yg Allah ciptakan...

Tanpa Nama berkata...

cinta? cinta = cuman untuk sex

Tanpa Nama berkata...

saya sudah coba dalam hati memaaf kan seseorang yang sering membuat kejahatan kepada saya dengan cara nya yang licik......tapi selalu saja hati ini bertambah emosi apbl liat muka nya.. ya allah tolong lah hamba mu ini dari penyakit hati yang sangat parah ini.mudahan cepat di berikan hidayah!!!!!! amin ya rabbalallamin

Tanpa Nama berkata...

penyakit hati yg meraja lela di hati sungguh sanggat sulit di hilang kan!!!!!!!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.