Sajak Cinta : Siapa Dia


Share on Tumblr

Siapa Dia

Siapakah dia..
yang sering mewarnai hariku..
seolah-olah matahari tersenyum manja padaku...
dengan hanya senyuman manisnya...

Siapakah dia..
yang selalu membuatkan..
jantungku berdegup kencang..
dengan sinar matanya yang menggoda...

Siapakah dia...
yang membuatkan lidahku kelu...
untuk menyapanya...
setiap kali bertemunya....

Siapakah dia..
yang seringkali membuatkan aku..
merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya...

Siapakah dia..
yang sering hadir di setiap mimpiku..
dan membuatkanku tersenyum pabila terjaga..

Siapakah dia..
yang selalu membuatkan aku..
merasa rindu yang amat mendalam..
apabila tidak mendengar khabarnya...

Siapakah dia..
yang membuatkan aku berharap..
agar aku mendapat..
walau sedikitpun ruang dihatinya...

Siapakah dia..
yang membuatkan aku patah hati..
apabila mengetahui bahawa...
dirinya sudah berkasih...

Siapa dia..
yang membuatkan hatiku pilu..
jantungku remuk,ragaku kosong..
hidupku seolah-olah tiada cahaya dan warna..
menangis sunyi di setiap malam..
saat mengetahui dirinya sudah...
menemui bidadarinya yang akan menemaninya di syurga kelak...
dan,itu bukanlah aku...

Nukilan:
soul-lonely Sajak Cinta : Siapa Dia

24 Komen:

Maisya berkata...

best..amat bermakna.sedih rasa mcm tertusuk bila baca sajak ni

Tanpa Nama berkata...

truely from heart ya??nice...

Tanpa Nama berkata...

siapakah dia yg bisa membuat dirimu dibuai mimpi indah.. beruntungnya dirinya jika dia tau bgtu dalam cinta mu padanya :)

from bluepink88

Tanpa Nama berkata...

ddddddiiiiiiiaaaaaa
siaapa pun dy selalooo cinta dyyy

Tanpa Nama berkata...

best bla mula2 bca.. tp smakin lma smakin sdew.. huh.. neway, nice! :)

Tanpa Nama berkata...

wow!! nice...best betoi kalau dicintai..hahha gile jiwang~
anyway best yop!!! =)

bintang14h berkata...

siapakah dia????
hurm...
doaku agar kamu bahagia..

soul-lonely berkata...

bahagia...??
Amin..
thanks for those yg comment my poem..
anda sangat dihargai...

Tanpa Nama berkata...

aku xtau mcm mne aku boleh jatuh hati kt dye..ape yg ade kt dye..??maafkan aku kerana menyakiti kau..bukan niat aku..aku harap kau di temukan dengan seseorang yg boleh memberi kebahagiaan kepada kau...aku sayang kan kau...

for: rohaizad bin ajis...
setiap kenangan bersama kau xkan aku lupe smpai ke akhir hayat..

soul-lonely berkata...

kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa kita boleh jatuh hati pada seseorang itu..malah kita tak pernah berfikir mengenainya sehinggalah seseorang bertanya kepada kita ataupun kita sendiri bertanya kepada diri sendiri,'why i can fall in love with him/her??'why i consent my tears drop just because of him/her??'sebenarnya,cinta itu adalah apabila kamu dapat membezakan antara CINTA dan KEINGINAN UNTUK MEMILIKI...

soul-lonely berkata...

kepada wanita-wanita di luar sana,jangan pernah berputus asa pabila lelaki yang kamu cintai tidak merasakan apa yang kamu rasa..tetapi jangan bernah melupakan dia selagi anda masih belum mampu melakukannya..teruskan berharap selagi anda merasakan anda mempunyai harapan dengannya..mungkin suatu hari nanti pintu hatinya akan terbuaka luas untuk kamu..namun begitu,pabila masanya sudah sampai anda harus melupakannya walaupun hati anda tidak sanggup melakukannya..
so,declare ur love b4 it is too late,okie???
fight for ur love!!!

Tanpa Nama berkata...

nukilan y sgt nice...keep it up!!! SH n FS

Rebena Rebby berkata...

best sgt..amat bermakna...sy nk share kt blog sy boley x???

Tanpa Nama berkata...

dalem banget.........semoga kita semua bisa menjadi "dia"

Tanpa Nama berkata...

dia adalah seperti matahari, pelangi dan awan biru yg ceria di siang hari...

Tanpa Nama berkata...

spt pungguk rindukan bulan...

hidayatun mardiah berkata...

takkan jawapan mampu diberi atas rasa yang mengumpal hati..kerna yang pasti, mata dan sanubari ada si dia yang menghuni...cinta yang sejati bukan bereerti memiliki...

Tanpa Nama berkata...

bercinta berpada-pada ingat la pd ungkapan ini...mkn budi tergadai body....
perempuan sanggup bg body krn cinta lelaki tetapi lelaki jual cinta krn body.
x payah la nk jiwa remuk krn dek lelaki...hanya jiwa remuk bila cinta di bawak lari sekali dgn harga diri yg dh tergadai...tlg la perempuan jgn la serah kan diri selagi x bergelar suami isteri dan jgn pula yg kawin lari...minta restu org tua...selamat dunia dan akhirat ..insyallah

Tanpa Nama berkata...

saya suka sajak ni.ia seperti cinta saya pada si dia namun saya tak pernah luahkan pun sehinggakan suatu hari saya dpt tahu dia sudah ada kekasih.paling hancur hati saya apabila dpt tau kekasih dia org yg dkt dgn saya.tp saya pasrah andai dia mmg milik saya dia akn jadi milik saya.andai kata suratan takdir dia bkn milik saya,saya pasrah.dihari-hari yg penuh kesedihan saya sentiasa mendoakan dirinya bahagia walaupun saya derita merindui dia...............

Tanpa Nama berkata...

kadang2 sye sendiri tak pernah sedar yg sye suka dia. tapi, perkara yg sye dpt agak tu mmg betul2 terjd.. sedih tu mmg sedih.. tapi kalau boleh, sye mmg x nak nangis sebbkan dia..

Tanpa Nama berkata...

T.T sedihhh .tapi apa boleh buat si dia yang pernah membhgia kan bukan milik saya . dan dia telah bhgia bersama pmpuann yang lebih layak berbanding saya . :'( . sayang ,,,,honey harap sayang bhgia bersama pmpuan tuuu :'(

Tanpa Nama berkata...

besnya
sooooooo best
terlalu bes

Tanpa Nama berkata...

siapa dia..dia yg bernama kekasih yg pernah hadir menemani hatiku yg sepi walau seketika cuma..dan tidak akan hilang dlm ingatan..walau kini dia bahagia bersama yg lain..

Tanpa Nama berkata...

hmmm....apakah yng sharusnya wnita lakukan jika dia mndapat tau yng kekasihnya mmpunyai kkasih lain, adkah hnya buat bodoh je n trima je pa yang trjadi cuma gara2x maruah diri sudah trgadai dan tak boleh nak brpatah balik lagi...??? rmai da kes2 cam ni, kalau llaki tu da curang, pmpuan tu snggup butakan mata dan tolehkan telinga krna smta mata nk mmprtahan maruah yang sudah tiada gunanya.. nasihat sya, wnita2 yng sdang mlalui stuasi ini adalah lbih baik anda baiki diri dan bertaubat pada yang Ilahi sblum mnjadi lbih truk lagi... da perbuatan diri sndiri xda guna tuk disesali...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.