'1Malaysia Menjana Transformasi'


Share on Tumblr 1Malaysia Menjana Tranformasi' menjadi tema sambutan bulan kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 tahun ini.



Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama di Kangar, Perlis, pada 1 Ogos dan berakhir dengan acara sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 Sept.

Bagi sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos, sekitar 20,000 orang dijangka hadir bagi memeriahkannya.

Ikrar Rukun Negara semasa sambutan Hari Merdeka akan dijelmakan mengikut konsep 1Malaysia manakala sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu akan lebih mencerminkan kebudayaan di Sabah dan Sarawak.

Semasa kemuncak sambutan di Kota Kinabalu, empat tokoh negarawan, masing-masing seorang dari Sabah dan Sarawak serta dua dari Semenanjung Malaysia, akan diberi pengiktirafan kerana sumbangan dan jasa mereka kepada negara.

Pertandingan mengibar Jalur Gemilang turut diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan yang melibatkan sekolah, pemilik kedai dan pemilik bangunan. '1Malaysia Menjana Transformasi'

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.