Aku hanya pengemis cinta (Luahan Hati)


Share on Tumblr
Aku hanya pengemis cintamu

Teman,

Hadirmu bersama cinta di hatiku. Kau yang pahatkan cinta ini.

Maafkan aku, izinkanlah aku mengimbas kembali kisah-kisah dulu sewaktu bersama. Aku masih ingat waktu itu kau terlalu akrab denganku.

Setiap kali kau pulang aku sering saja kau kunjungi. Kita sama-sama bercerita. Bercerita tentang semuanya. Tentang kita, keluarga kita dan masa depan kita. Malah sering saja kau luahkan permasalahan yang kau hadapi dan kita sama-sama penyelesaikannya. Masihkah kau ingat?

Sering saja orang kampung menganggap kita sedang bercinta. Hatiku membenarkan kata-kata itu tapi tidak kutahu bagaimana denganmu. Adakah kau menganggapnya hanya sekadar gosip?

Teman,

Kepulanganmu baru-baru ini amat menggembirakanku. Namun di hati ini terselit kesedihan di atas apa yang terjadi kepadamu. Khabarnya kau ditimpa kernalangan, namun begitu keadaanmu tidak begitu serius.

Teman,

Maaf, kepulanganmu tidak kukunjungi, kerana aku malu pada keluargamu juga jiran sekampung. Bimbang juga diri ini akan diibaratkan seperti perigi mencari timba.

Kepulangan kali ini kita jarang dipertemukan dan berbicara seperti dulu. Pernah sekali kau mengunjungiku, itupun atas pintaku. Kenapa kau kelihatan malu apabila berdepan denganku berbanding dengan hari-hari yang lalu.

Kenapa begitu? Adakah kau tidak sudi jadikan diriku sebagai teman ataupun pertemuan ini adalah suatu paksaan bagi dirimu?

Teman,

Mengapakah setiap pertemuan adanya perpisahan. Kita terpisah lagi untuk kesekian kali. Kau pergi meninggalkanku demi menyambung tugasmu di kota. Kepergianmu kuiringi dengan senyuman walaupun hati ini merintih duka yang sukar dimengertikan.

Semenjak kepergianmu hatiku menjadi tandus. Setandus dan segersang gadis kota, kerana bimbang dirimu terpaut pada mereka.

Teman,

Sesungguhnya aku amat mengharapkan cintamu, cinta yang bakal menghiasi hidupku. Yang bakal memberi sinar kebahagiaan untukku. Memori kita bersama akan kuabadikan. Biarlah ia menjadi simfoni indah dalam hidupku. Tapi tak pernah aku mengerti mengapakah hati ini terlalu berat untuk meluahkan rasa hati yang terpendam kepadamu.

Walaupun telah kukumpulkan keberanian itu tapi ia tidak dapat kuucapkan. Mungkin kerana aku adalah seorang wanita yang lemah.


Teman,

Kiranya kau terbaca coretan hatiku ini, mengertilah aku adalah seorang pengemis cinta. Mengemis cinta darimu. Moga-moga kau mengerti. Selamat bertugas di perantauan.

Hasil nukilan:
MAWAR DESA
Terengganu.
Aku hanya pengemis cinta (Luahan Hati)

5 Komen:

ayyasija berkata...

sedihnye...huwwwaaaaaa mc cite A VS I hukhukhuk :( smg die bik2 je kat sne..

Tanpa Nama berkata...

walau pn aku bukan lh org yg kau maksudkn,,
tp aku mengerti luahan mu itu...

Tanpa Nama berkata...

ingatlah jika kta ingt kat org 2,insyaallah dia juga akan mengingati kta......

ningsih berkata...

mnyatakan cnta mmang lh berat, apa lg orang yg qta cntai itu tidak mmpunyai perasa'an lebih terhadap qta,,,,,,,

nmun apapun hsil ya bla sudah terluahkan, stidak ya mngurangi sdikit bban d hati ini....
yg psti smpai kpn pon dya psti akan mngingat luahan hati mu itu,

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA DIBIARKAN PENDAM BEGITU...
MENYIKSA PERASAAN DIRI SENDIRI...
JIKA KAMU CINTAKAN DIA,..USAH TAKUT,. LUAHKAN...
MANA TAHU DIA JUGA MENCINTAI KAMU,..
MANA TAHU DIA TERUS JATUH CINTA SETELAH DENGAR PENGAKUAN CINTA KAMU,.. DAN SETIA UNTUK KAMU DI PERANTAUAN...
JIKA DIA TIDAK MENERIMA CINTA KAMU PUN, SEKURANGNYA KAMU TELAH PASTI HATINYA,.. KAMU TIDAKLAH TERUS MENGHARAPKAN CINTANYA..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.