Bingkisan Cinta Buat Yang Tersayang


Share on Tumblr
Berputiklah bunga cinta

Sesungguhnya aku amat serba salah untuk membuat keputusan bagaimana sebaiknya untuk meluahkan cetusan rasa di hati ini kepadamu.

Apakah aku harus menulis warkah ini melalui ruangan ini atau berdepan saja dengan dirimu sendiri. Tetapi apabila aku fikirkan dalam-dalam belum tentu aku memiliki kekuatan untuk berbicara empat mata denganmu walaupun setiap hari kita bertegur sapa.

Seandainya coretan ini menyinggung perasaanmu, sejuta kemaafan kupohonkan... perasaan cinta itu adalah paling halus untuk disakiti.

Hingga saat ini, aku masih tidak mengerti mengapa aku terlalu baik terhadapmu...ahh, sungguh pelik mengapa aku terlalu risau kiranya berbuat salah terhadapmu atau menyinggung perasaanmu. Mengapa terjadi demikian...entahlah aku sendiri bingung memikirkannya.

Kusingkap kembali detik bersama di mana mulanya kita menjadi teman rapat...
Aku masih tidak dapat melupakan saat indah itu, kita sering mengulang kaji pelajaran di tempat yang sama.

Semua ini berlaku secara kebetulan tanpa dirancang... disusuli pula dengan sikapku tiba-tiba mengambil berat akan dirimu yang dirundung gelisah lantaran masalah yang menerjah.

I.K.H.L.A.S... enam huruf ini menjadi peganganku dalam membantumu. Tidak pernah kuharap balasan namun ada pihak yang mempertikaikan keikhlasanku, kata mereka ada udang di sebalik batu. Aku berikan kebebasan kepada mereka untuk bersuara sepuas-puasnya. Aku sedar mereka tidak senang hati melihat kita berkawan rapat. Tetapi ingatlah yang kebenaran akan terlahir jua akhirnya.

Aku sendiri sering bertanyakan pada diri... mengapa aku terlalu baik terhadapmu... Aku sentiasa mengingatkan diriku buat baik berpada-pada. Aku akui aku sendiri takut dengan kebaikan yang telah aku lakukan terhadapmu.

Engkau juga pernah bertanyakan soalan yang sama yang sering aku tujukan kepada diriku sendiri... namun tiada jawapan tetapi percayalah keikhlasan mengatasi segalanya. Itulah kata pasti hatiku.

Tanpa kusedari, jauh di sudut hatiku bermula daripada perkataan take care menjadi sayang. Engkau kuanggap seperti keluargaku sendiri. Sayang atas nama sebuah persaudaraan...rakan seperjuangan, tidak lebih dari itu.


Setiap solatku, aku berdoa agar perasaan sayangku ini tidak melampaui cintaku pada-Nya... Tapi aku semakin takut dengan kehadiran perasaan ini adakah ini satu anugerah atau sekadar menguji imanku?

Aku gembira merentasi daerah persahabatan ini bersamamu. Aku tidak sanggup melihat kau diusung derita lagi..Cukuplah derita yang kutanggung kerana kau juga pernah merasakan peritnya.

Aku rela berkorban demi melihat kau gembira dalam meneruskan perjuangan suci yang masih jauh... Serikanlah bunga harapan bonda. Aku di sini sentiasa berdoa agar kita diberikan kejayaan cemerlang dalam bidang yang kita ceburi demi untuk keluarga, agama, negara, dunia dan akhirat.

Temanku... apa yang aku pinta hanya keikhlasan dan kejujuran dirimu untuk meneruskan persahabatan ini. Hadapilah permasalahan yang mendatang dengan dada yang lapang dan fikiran yang matang.

Catatan:
F'sofea,
Kuala Lumpur.
Bingkisan Cinta Buat Yang Tersayang

3 Komen:

zainal atenk berkata...

mantab ... Like this

RZ Selatan berkata...

Best gak brace hehehe

RZ Selatan berkata...

Best gak brace hehehe

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.