Cetusan Hati Buat Yang Tersayang: Aku cinta padamu


Share on Tumblr
Aku cinta padamu
Buat D yang amat ku sayang,

Lewat malam tika insan lain lena dibuai mimpi, aku sering teringat padamu , kaulah insan yang bertakhta di hati ini,

Walaupun kita tidak pernah berbicara tentang cinta, namun kau sering mengucapkan kata rindu padaku.

Aku tahu ombak cinta itu datang juga melanda kita kerana cinta tidak akan berputik tanpa adanya kerinduan.

Tapi sekarang kita semakin menjauh, aku begitu takut kehilanganmu.

Aku tidak mahu kekecewaan menjenguk lagi di ruang hidupku cukup sudah peristiwa lalu meragut kebahagiaan kau dan aku.

Kau tentu faham, bukankah kita sama-sama punya pengalaman pernah dikecewakan cinta, kaupun tahu betapa pedihnya bila putus cinta.

Ku harap sejarah pahit itu tidak akan berulang lagi dalam hidup kita.

Sama-samalah kita semai dan bajai bibit-bibit cinta ini agar subur dan kekal abadi.

Aku begitu kagum dengan sikapmu yang bertanggungjawab.mengambil berat dan cukup sabar dalam menghadapi cabaran.

Sewaktu aku menghadapi masalah engkau yang banyak menasihatiku dan membuatkan aku tabah dalam menghadapi kehidupan yang berliku ini.

Kau juga yang menjadi pendorong kepadaku agar terus belajar hingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Insya-Allah dengan usahaku dan berkat doaku akan ku cuba menggenggam kejayaan.

Mungkin kadangkala kau kurang senang dengan sikap kebudak-budakanku. Tapi kau cuba menghadapinya seboleh mungkin agar tidak nampak ketara kemarahanmu padaku demi mahu menjaga hatiku.

Sebenarnya aku menghargai setiap nasihatmu,

Padaku kau adalah segalanya.

Aku hargai sikapmu yang matang menghadapi kerenahku.

Mungkin perhubungan kita agak terbatas kerana sikap keluargaku, lagipun aku masih bergelar pelajar dan mereka tidak mahu melihat aku gagal di tengah jalan membuatkan kau merasa kecil hati.

Ku percaya kau memahaminya kerana kematangan fikiranmu.

Ku harap kau dapat bersabar menghadapi ujian yang berat ini dan meneruskan persahabatan seperti dahulu.

Cetusan Cinta

Percayalah aku masih menyayangimu, sampai bila-bila pun aku tidak kutemui insan ikhlas sepertimu.

Aku percaya seandainya cinta yang kita bina atas dasar keikhlasan pasti akan
bersatu jua. Bersama-samalah kita bermohon doa agar kita dapat bersatu dan menghadapi pahit getir bersama. Tak dapat aku gambarkan bagaimana sayangnya hati ini kepadamu. kau milikku dan ku milikmu.

Alangkah bahagianya hidup ini kalau kita sama-sama seperti dahulu.

Aku dapat rasakan, akulah insan paling bertuah di dunia ini jika kita dapat bersama semula.

Ku kirimkan salam rindu di angin lalu buatmu...sesungguhnya aku cinta padmu.

Nukilan,
Azura,
Seremban, Negeri Sembilan

Cetusan Hati Buat Yang Tersayang: Aku cinta padamu

10 Komen:

nohiman berkata...

be strong! :)
same with me here..

Tanpa Nama berkata...

tanks untuk yg buat kata2 ini,ak cba tuk bangun dr tdr ku,kmu memberika semangat buwat ku

Tanpa Nama berkata...

jalan cerita sama degan kehidupan ku..

Tanpa Nama berkata...

na copy bole ann..hukhuk

Tanpa Nama berkata...

so sweet.... you are the one who has made my life so beautiful.
I LOVE YOU!

Tanpa Nama berkata...

Aku cinta padamu
Buat Dia yang amat ku sayang,
Lewat malam tika insan lain lena dibuai mimpi,
aku sering teringat padamu , kaulah insan yang
bertakhta di hati ini,Aku begitu
takut kehilanganmu.
kaupun tahu betapa pedihnya bila cinta tk ksmpaian.
Ku harap ia tk akn brlaku
dalam khidupn kita,
Sama-samalah kita semai dan baja ia dgn bibit-bibit
cinta ini agar subur dan kekal abadi.
Mungkin kadangkala kau kurang senang dengan
sikap kebudak-budakanku. Tapi kau cuba
menghadapinya seboleh mungkin agar tidak
nampak ketara kemarahanmu padaku demi
mahu menjaga hatiku.
Sebenarnya aku menghargai setiap ketabahan mu,
Padaku kau adalah segalanya.
Aku hargai sikapmu yang matang menghadapi
kerenahku.
Ku percaya kau memahaminya kerana
kematangan fikiranmu.
Ku harap kau dapat bersabar menghadapi ujian
yang berat ini dan meneruskan perhubungan kita seperti biasa.
Percayalah aku tetap menyayangimu, sampai
bila-bila pun aku tidak kutemui insan ikhlas
sepertimu.
Aku percaya seandainya cinta yang kita bina atas
dasar keikhlasan pasti akan
bersatu jua. Bersama-samalah kita bermohon
doa agar kita dapat bersatu dan menghadapi pahit
getir bersama. Tak dapat aku gambarkan
bagaimana sayangnya hati ini kepadamu. kau
milikku dan ku milikmu.
Aku dapat rasakan, akulah insan paling bertuah di
dunia ini jika kita dapat bersama menjadi pasangan suami isteri yg SAH..Amin..
Ku kirimkan salam rindu di angin lalu
buatmu...sesungguhnya aku cinta padmu

grunge samal berkata...

wau . . . Mantap lhq . . . Ku peRcaYa suatu ari nanti kmu akan bersama semula . . Yank penting g0od luck semuah yank perna merasa kan nyj s'perit yank d mksd kn . . . Gog0g0o . . Masa tok bangkit semula . .

Unknown berkata...

cintamu terlalu indah untuk dipersiakan..

Unknown berkata...

Nice but I like it better when the guy (or maybe girl)said that study is important.Best gile klw ade bf or gf yg sentiasa ingtkan kite soal pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

sakit hati aku sgat2,dy selalu beri aku alasan....kdang2 aku ragu2 dgn ucapannya,bilalr agaknya dy nk brterus terang dng aku....aku sedar siapa aku?aku xsempurna,bnyk kekurangan dlm dri aku...aku harap dy tdk hampakn kejujuran aku selama nhe...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.