Cinta Jangan Terlalu Murah


Share on Tumblr
Saban hari, banyak kisah remaja ‘terlanjur’ beberapa kali dan ditinggalkan, ‘mengandung tanpa niat’, tekanan perasaan dan pelbagai lagi masalah sosial yang seakan-akan berlaku tanpa disengajakan. Seperti biasa mangsa utama adalah kaum wanita yang ditinggalkan oleh kaum lelaki setelah madu dihisap.


Di sini disarankan kepada semua kaum wanita marilah kita lahirkan rasa Cinta mengikut keutamaan iaitu;

1. Cinta pada Allah - kerana Dialah pemberi nikmat Iman dan Islam dan yang mengeluarkan kita dari kebinasaan didunia dan di akhirat (nauzubillah)

2. Cinta kepada Rasullulah (kerana Allah) - kerana baginda utusan Allah membawa manusia keluar dari fahaman Jahiliyah (zina dan melacur amalan jahiliyah yang mengundang kebinasaan).

3. Cinta kepada ibubapa (kerana Allah) - kerana syurga kepada para ulamak (kerana Allah)

5. Cinta kepada diri sendiri, keluarga dan anak-anak (kerana Allah)

6. Cinta dan sayang kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat dan alam ciptaan Allah (kerana Allah).

Sesungguhnya Cinta itu suci. Cinta pada Allah dan Rasulnya adalah cinta teratas yang paling suci dan agung. Cinta pada makhluk semata adalah cinta yang basi pasti kecundang dan bakal mengundang kecelakaan.

Akhirnya, bagi mendapatkan lelaki muslimin, wanita wajib menjadi muslimat. Cara ‘menderma’ dara demi cinta hanya mengundang celaka dan dosa, Murahnya dara ‘diderma’ maka murah juga lah bakal teruna yang akan diterima dan risau bakal menghasilkan produk murahan juga. Produk berkualiti adalah hasil dari acuan yang berkualiti. Ingatlah harta paling berharga di dunia dan akhirat adalah anak yang soleh yang pastinya datang dari acuan yang soleh juga.

~ Utusan
Cinta Jangan Terlalu Murah

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.