Masa paling hebat untuk luahkan, “I love you,”


Share on Tumblr
Sering tiga perkataan penuh mendalam ini diluahkan kala bibit cinta memenuhi suasana namun kadang kala kata-kata cinta itu sudah jemu didengari akibat terlalu kerap diluahkan! Jadi, bila masa yang sesuai untuk membisikkan kata ‘I Love You’ agar ia bukan sekadar perkataan biasa?

1.Melihat keadaanmu yang tidak bermaya, si dia kerap bertanyakan khabarmu dan memasakkan hidangan yang mampu memberikan kelegaan. Atau si dia sanggup berjaga di sisi untuk memastikan anda ‘okay’, ini adalah saat terbaik untuk meluahkan, “Sayang, terima kasih. I love you,”.


2.Membuat keputusan seperti memilih kereta untuk dimiliki, mengenalpasti lokasi untuk membeli rumah atau perihal kerjaya untuk diterajui adalah antara keputusan paling penting dalam hidup. Jika si dia bertanyakan hal ini kepada anda, ini menandakan anda sangat dicintai.

3.Kehadiranmu dalam hidupnya membuatkan si dia berasa bangga dan tidak malu untuk menceritakan tentang kebaikan dan kejayaanmu kepada anggota keluarga dan rakan-rakannya tanpa rasa ragu-ragu. Keadaan ini membuktikan si dia amat menghargai hubungan bersamamu.

4.Pergaduhan baru sahaja melanda dan anda mula merajuk. Selang beberapa ketika, si dia muncul di hadapan pintu dengan membawa makanan kegemaranmu. Atau si kekasih membelikanmu sekuntum bunga kala ‘date’ mahupun sempena ulangtahun hubungan anda bersamanya, ini masanya untuk anda luahkan perkataan magis itu.

5.Kegembiraan yang sering terpancar pada wajahnya termasuk ekspresinya yang tersenyum, tertawa dan ‘mood’ yang baik jelas menunjukkan si dia selesa dan menghargai kehadiranmu dalam hidupnya. Petanda lebih baik, jika si dia lebih gemar berdamping denganmu berbanding rakan-rakannya.

Tidakkah ini masa paling hebat untuk anda luahkan, “I love you,”?

Sumber: EH
Masa paling hebat untuk luahkan, “I love you,”

9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

owh

Unknown berkata...

WOW . LIKE3 .. :))

Tanpa Nama berkata...

hahaha best jugak nee boleh.lah saya mengucap I LOVE U dekat seseorang

Tanpa Nama berkata...

hmm betul jugak ......saya pun saya nl ckp mcm nee
pen merah pen biru sayang marah I LOVE YOU....

Tanpa Nama berkata...

hehehhehe sebenarnya saya ckp kat seseorang tu ialh awk lah heheheh jgn marah nanti cepat tua

Tanpa Nama berkata...

betul lah..tips yg berguna utk kita...

puput trias ulandari berkata...

saat tepat katakan I Love You ...
saat awak jatuh sakit, si dia datang smberikan smngat hidup untuk awak, terima kasih syankku ... I Love You ...

ILY @ slamet efendi

Tanpa Nama berkata...

:-)

Tanpa Nama berkata...

yyyy

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.