Adab dalam bertunang


Share on Tumblr
Adab dalam bertunang
Bertunang merupakan salah satu langkah penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan.

Sebelum pergi lebih jauh mengenai isu-isu berkaitan dengan hubungan di antara tunang, mari kita lihat dahulu apakah definasi pertunangan yang sebenarnya.Pertunangan adalah merupakan persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga.

Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain.

Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain

(Riwayat Muslim:2530)

Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu.

Dari sudut hukum, walau apa pun istilah yang diguna pakai untuk mendefinasikan hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, hukumnya hampir sama. Seterusnya marilah kita lihat apakah panduan Islam dalam isu ini.

"Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang."

(HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.)

Hadis di atas jelas menunjukan Islam membenarkan tunang tadi melihat di antara satu sama lain supaya perkahwinan nanti tidak menjadikan mereka menyesal seumur hidup kerana tersalah memilih pasangan yang tidak sesuai.

Bagaimana pula dengan syarat-syarat pertemuan tersebut? Pertemuan dgn tunang diharuskan samada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yg tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yg syara'iy.

Ada orang yang akan bertanya; "Jadi tidak apalah kalau pasangan tunang tadi ingin makan bersama di cafe, di kedai makan, pergi membeli belah bersama kerana ia merupakan tempat terbuka? Perlu diingat kaedah bertemu di tempat terbuka hanya dibenarkan bila tidak mendatangkan fitnah. Pada ana fitnah akan terjadi bila pertemuan di tempat-tempat tadi terlalu kerap sehingga menyebabkan pasangan tadi semakin hilang rasa malu dan lupa bahawa mereka belum lagi pasangan yang sudah berkahwin. Malahan kelakuan mereka kadang-kadang melebihi aksi-aksi mereka yang telah berkahwin!

Adakah sedar melihat sahaja? Mana puas? Bila dah bertemu, mestilah ada soalan-soalannya dan ingin bertanya khabar dan sebagainya. Dan bolehkah berbual melalui telefon?

Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon atau bercakap dengan wanita berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.



"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."

(Al-Ahzab:32)

Imam Al-Qurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat). Masyarakat kita juga jelas dalam hal ini (Sila rujuk perbahasan saya mengenai isu "Nasyid wanita").

Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh berbual dgn wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Fatawa Mu'asirat).

W'salam.

Sumber: http://iazmin.tblog.com
Adab dalam bertunang

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.