Renungan Untuk Anak


Share on Tumblr
Renungan Untuk Anak

Hanya beberapa baris kata namun ianya mampu membuatkan seseorang itu menangis....

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.



Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Jadi, sebagai anak, fikir-fikirkanlah pengorbanan ibu bapa...

Source
Renungan Untuk Anak

1 Komen:

Nurul Razmira berkata...

Kita mestilah bersyukur kerana ibu bapa kita masih bernyAwaa. Jadi manfaatlanlah masa kita bersama ibubaoa. Kepada sesiapa ug kehilangan ibu atau bapa solatlah dan doalah dan sedekahlan kpdaereka

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.