Bagaimana Anda Boleh Yakin dan Menang Dalam Pertandingan Bahas


Share on Tumblr
Bagaimana Anda Boleh Yakin dan Menang Dalam Pertandingan Bahas

Cara untuk menanamkan keyakinan dalam diri agar menang dalam pertandingan bahas.

Terdapat  beberapa tip lagi cara untuk meningkatkan keyakinan dan seterusnya menang dalam pertandingan bahas.

Pertandingan bahas memerlukan pihak lawan dapat menerima pandangan anda terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan. Kesilapan yang biasa berlaku ialah pembahas bertengkar mengenai perkara yang difikirkan betul.

Matlamat utama ialah anda menyampaikan pandangan dengan jelas. Anda juga perlu meyakinkan peserta lawan, penonton dan hakim bahawa pandangan anda itu bernas.

Berikut diberikan beberapa tip untuk anda lebih yakin dan menang dalam pertandingan bahas.

1. Membentuk Kumpulan Pembahas

Anda perlu wujudkan kumpulan pembahas (lima atau enam orang) yang terdiri daripada mereka yang ada kemahiran berkomunikasi dan mampu mengumpul maklumat, mencari fakta dan bukti yang diperlukan.

Kumpulan ini perlu bekerjasama untuk mencari idea, memberikan pandangan, saranan, hujahan dan sentiasa bersedia untuk berlatih. Kumpulan ini juga sanggup pergi ke perpustakaan dan rajin membuat rujukan tentang tajuk yang diperbahaskan. Mereka yang ingin berbahas perlu aktif mencari isi, bukannya pasif.

2. Membincangkan Tajuk dan Mengadakan Latihan

Ada perlu mahir tentang tajuk dan isi kandungan bahasa secara keseluruhan. Sama ada anda berada dalam barisan pihak pencadang ataupun pembangkang, keseluruhan isi perlu difahami dengan mendalam.

Lihat perkara yang ingin diperbahaskan dalam semua aspek dan sudut pemikiran. Imaginasikan perkara yang mungkin akan ditanya atau dibangkang oleh pihak lawan.

Jangan lupa untuk mencari setiap kemungkinan jawapan dan soalan yang mungkin timbul semasa perbahasan itu nanti. Buat latihan sekerap yang mungkin. Buat catatan terhadap apa juga kesukaran yang mungkin dihadapi dan cari jalan penyelesaiannya.

3. Bercakap Dengan Penuh Yakin

Apabila anda mengemukakan hujah, luahkan dengan penuh yakin kepada peserta lawan, hakim dan hadirin yang hadir. Ucapan perlu disertakan dengan ekspresi wajah dan pergerakan anggota badan yang sesuai.

Suara anda juga perlu jelas dan lancar. Buat banyak latihan di hadapan khalayak kelas, kawan-kawan, keluarga ataupun di hadapan cermin. Dengan cara ini, anda akan berasa lebih yakin dan bersemangat apabila berada di atas pentas pertandingan yang sebenar nanti.

4. Bercakap Untuk Hadirin dan Hakim

Sebenarnya, pertandingan bahas sangat bergantung kepada sekuat mana anda dapat meyakinkan hadirin dan para hakim, berbanding peserta lawan.

Pada asasnya, pihak lawan akan menidakkan apa sahaja hujah yang anda kemukakan sama ada hujah mereka itu rasional atau tidak. Jika anda dapat memberi fokus kepada isi hujahan dan membidas hujahan lawan secara logik dan rasional, peluang anda untuk menang adalah tinggi.

Sebaliknya jika anda berhujah dan membidas dengan cara bertengkar dan mengikut emosi, kemungkinan anda untuk kalah sangat tinggi.

5. Berikan Contoh Yang Realistik dan Dekat Dengan Kehidupan Seharian

Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami. Gunakan bahasa yang biasa digunakan oleh khalayak atau penonton. Berikan contoh-contoh yang dekat dengan anda dan cari contoh-contoh yang mungkin dapat menarik penonton dan juga hakim.

Jika anda mengemukakan hujah berserta contoh, contoh itu perlu berkaitan dengan diri anda atau pelajar lain. Contohnya apabila membicarakan tentang pencemaran, ambillah contoh pencemaran yang berada di sekitar anda, bukan yang ada dalam gambar atau berlaku di luar negara.

6. Hujahan Tidak Perlu Beremosi Tetapi Diterima Akal

Jika anda berbahas dengan menggunakan minda, maka isi kandungan yang disampaikan itu akan dapat diterima oleh khalayak dan juga hakim.

Jika anda berbahas dengan menggunakan emosi, maka isi kandungan perkara yang dibahaskan akan menjadi panas dan mungkin akan timbul perbalahan, bukannya perbahasan.

Anda jangan terkeliru dengan wajah garang atau bengis yang ditunjukkan oleh pihak lawan. Jangan dimanipulasikan oleh emosi yang meluap-luap dalam diri lawan anda. Jika anda bersikap tenang dan cool, lebih mudah untuk anda memberi hujah atau mematahkan hujah lawan. Jika ini boleh dilakukan, percayalah bahawa anda telah pun menghampiri kemenangan.

7. Memberi Penjelasan Yang Sebaiknya

Berbahas bukan setakat menyatakan fakta yang tersurat dan tersirat tetapi anda juga harus dapat memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas kepada khalayak dan juga hakim. Ramai pembahas hanya sekadar menyatakan isi-isi penting tetapi kurang mampu menggambarkan perkara sebenar yang dimaksudkan.

Kebolehan anda memberi gambaran yang boleh difahami dan diyakini oleh khalayak dan hakim boleh menjadi kelebihan dalam pertandingan bahas. Anda perlu membuatkan khalayak dapat melihat apa yang cuba anda hurai dan gambarkan.

~ Minda
Bagaimana Anda Boleh Yakin dan Menang Dalam Pertandingan Bahas

2 Komen:

Unknown berkata...

Terima kasih. saya yakin bahawa saya akan menang,

Zahid Hamidi berkata...

SALAM SEJAHTERA.!!! bagi saudara-saudaraku dimanahpun berada, semogah anda masih diberikan kesehatan, walau tidak memiliki uang. PEPATAH Mengatakan,jika tidak memiliki uang asal bisa makan, tidak bisa makan asal bisa bergerak, NAH.!!! jika anda masih bisa bergerak dan mau berusaha pasti ada jalan keluarnya.
Kami mengimpormasikan buat Semuanya bagi yg mengalami kesulitan apapun itu jika menurut Anda itu sulit diselesaikan
Anda bisa Konsultasi atau minta bantuan kepada orang yg saya temui kemarin yg sangat bisa di percaya yaitu Atas nama Mbah Wirang,
Beliaulah kemarin yg telah membantu Saya dan keluarga terlepas dari Masalah yg menurut kami begitu Sulit untuk di selesaikan bersama yaitu masalah Hutang sama tetangga dan Rentenir sebesar 300 Juta mungkin bagi orang yg mampu hutang segitu tidak lah sulit namun bagi kami itu malah sebaliknya…
Beliau kemarin membantu kami dgn 2 cara yaitu Main Togel dan penglaris Usaha,,,
Sayapun mengadukan Nasib saya di permainan Togel singapur kemarin alhamdulillah Ternyata hasilnya tdk mengecewakan, kami menang banyak di 3 putaran dgn Total 857 JUTA Kami bersyukur dgn hasil tersebut dan akhirnyapun kami lepas dari hutang piutang yg ada,,,
Serta kami punya modal besar untuk usaha warung kami,,,saya hanya mengucapkan banyak terimah kasi Atas jasa Mbah Wirang kepada kami sekeluarga karna Tanpa bantuannya mungkin kami belum bisa
Seperti sekarang,,,,,
Dan Info bagi Kalian yg punyah masalah silahkan minta bantuan kepada Mbah Wirang untuk caranya Anda bisa tlfn beliau di NO 082346667564 Silahkan Mengadukan nasip Anda siapa tau bisa seperti Nasib kami
STOP!!! jika saudara-saudari punya masalah seperti saya, insya allah mbah siap membantu anda, tapi mbah bukan munafik, mbah tidak menerima imbalan/sogokan dalam bentuk apapun, kecuali MAHAR yang sudah dijelaskan, karna Mahar tersebut mbah gunakan buat keperluan RITUAL tidak dan harus disiapkan, dibayar sebelum RITUAL, Wassalam...



1. PAKET (2D) MAHAR 100.000,-


2. PAKET (3D) MAHAR 200.000,-


3. PAKET (4D) MAHAR 500.000,-


4. PAKET (5D) MAHAR 750.000,-


5. PAKET (6D) MAHAR 1,250.000,-



Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.