Penawar dukaku hanya wajahmu kekasih
Sesungguhnya aku masih mampu menempuh malam-malam yang sepi sendirian tetapi amat payah untuk aku mengharungi malam yang penuh kerinduan tanpa dirimu di sisi.
Begitulah diibaratkan perihal diriku setelah diri ini kau tinggalkan. Sesungguhnya akulah insan malang yang gagal melupakan dirimu dan akhirnya terpaksa menanggung segala kekecewaan dan penderitaan sendirian.
Sungguh tidak kuduga akan begini akhirnya cinta kita. Hingga kini aku masih tercari-cari punca sebenar perpisahan kita.
Sudahkah kau lupa diri ini yang pernah menghuni kamar hatimu suatu waktu dahulu? Lupakah dikau pada kenangan pahit manis yang kita lalui bersama?
Bukankah dikau sudah berjanji dan bersumpah yang engkau tidak akan mempermain dan mensia-siakan diriku?
Dulu kita pernah berjanji walau apa pun yang terjadi kita akan tetap bersama!
Masihkah kau ingat kenangan itu apabila aku bersetuju menerima kehadiranmu dalam hidupku. Kaulah lelaki yang berjaya membuka kembali pintu hatiku setelah sekian lama merasai lebih senang bersendirian tanpa insan bergelar kekasih.
Sikapmu yang penyayang, romantik dan bertanggungjawab cukup menyakin dan membahagiakan aku.
Kini hanya air mata peneman setia yang mengiringi setiap perjalanan hidupku. Hanya potretmu sebagai penawar hati di saat aku terlantar derita.
Percayalah sayang, walaupun hati ini cukup terluka dan terseksa namun aku masih lagi seperti dahulu. Tetap menunggu, merindu dan menyayangimu.
Hanya engkaulah yang dapat merawat segala kelukaanku ini. Izinkan selamanya namamu di hati dan izinkanlah aku menyintaimu di sepanjang hayatku.
Biarlah aku terus bersendirian berpegang teguh kalimah cinta kita dahulu. Sesungguhnya penawar dukaku hanya wajahmu kekasih.
Harapanku agar suatu hari nanti kau akan 'menyedari' segala-segalanya dan kembali ke pangkuanku. Aku akan setia menunggumu. Semoga cinta kita akan kembali bersatu dan bahagia selamanya. Akhir kata dariku "kembalilah sayang kerana aku terlalu merinduimu.'
Nukilan
Insan Kecewa,
Teluk Intan,Perak.

0 Komen: