Tip Bertemu Ibu Bapa Kekasih Pertama Kali


Share on Tumblr
Tip Bertemu Ibu Bapa Kekasih Pertama Kali

Inginkan tanggapan pertama terbaik. Hati risau kehadiran kamu tidak disenangi keluarga terutama ibu si kekasih. Manalah tahu pertemuan kali pertama ini tidak berjalan lancar seperti direncanakan. Lebih-lebih lagi jika perhubungan melibatkan adat dan budaya berbeza. Tip di bawah mampu memberi ketenangan jiwa buat kamu yang mengalaminya.

1. Sebelum membuat keputusan bertemu ibu bapa si dia, pastikan kamu berdua sudah bersedia berdepan kemungkinan untuk hidup berumahtangga. Kerana langkah diambil ini biasanya jaminan komitmen serius dalam hubungan. Kalau ianya sekadar pertemuan biasa yang diatur, aka kekasih kamu memang biasa bawa pulang teman-teman ke rumah, lalu tak perlulah kamu panik sangat. Dalam keadaan ini kamu perlu berterus-terang dan pastikan tujuan pertemuan dengan ibu bapanya.

Tip Petua Cinta

2. Buat kajian terperinci memgenai ibu bapanya. Bertanya dengan sang kekasih seberapa banyak soalan mengenai mereka---Bagaimana mereka bertemu, asal usul, apa kerjaya mereka dan hobi masa lapang? Mana tahu ada kesamaan yang memudahkan kamu mencipta perbualan. Seandainya sangat berlainan dengan latar belakang kamu, cari lagi adakah sedikit kesamaan. Contohnya si ibu seorang guru sejarah, mungkin kamu boleh bangkitkan zaman sekolah dahulu kamu pintar dalam subjek itu. Selain itu ambil tahu pantang larang ibunya agar kamu tidak tersalah laku contohnya mengotorkan karpet paling disayanginya.

3. Jauhi daripada berkepit dengan anak mereka di depan mata. Mungkin kamu tersangat segan lalu dilihat mengekori kekasihmu ke sana ke mari atau tanpa sedar bermesra dengan kekasih. Itu perlakuan tidak hormat jikalau itu adalah kunjungan pertama di kediaman keluarganya. Anak mereka memang telah dewasa tetapi mungkin di mata ibu bapa dia masih anak kecil mereka. Jadi simpan kemesraan melampau dari ditunjuk-tunjuk depan mereka.

4. Cari buah tangan yang sederhana dan tidak melampau seolah-olah kamu mahu menunjuk-nunjuk untuk dibawa ketika bertandang. Mungkin sekadar buah-buahan atau coklat (seandai ibu bapanya tiada penyakit kencing manis). Jangan hadiah mewah yang kelihatan jelas kamu mahu membeli jiwa mereka. Selepas pertemuan sering-seringlah bertanya khabar atau ekadar menitipkan salam kepada mereka. Jika segalanya berjalan lancar tidak mustahil ibunya sendiri menjemput kamu dilain hari.

5. Impresi pertama bukan hanya untuk dipertontonkan kala pertemuan pertama dengan pasangan. Impresi pertama ibu bapanya juga sangat penting. Pilih pakaian yang tidak menjolok mata menampakkan dada atau singkat. Tidak pula terlalu formal seperti mahu temuduga. Biar ringkas tetapi kena dengan acara majlis.kalau hari perayaan mudah pilih sahaja baju kebangsaan. Aksesori jangan terlalu besar manakala solekan juga jangan terlampau tebal.

6. Jangan memilih perbualan mengenai isu-isu sensitif  mengenai agama dan politik kerana ia mendorong pada perdebatan. Terutama jikalau kepercayaan kamu berbeza dengan pendirian mereka. Kalau mereka mulakan dulu, pastikan kamu telah bersedia dengan jawapan paling selamat agar tidak mengguris perasaan sesiapa. Tetapi perlu bijak dalam membahaskannya. Jika kamu yang terguris rasa jangan ditunjuk. Perlu ingat mereka orang tu-tua yang perlu dihormat. Jikalau ia melibatkan adik-beradiknya, itu lain cerita kita sambung attikel minggu depan.

7. Budi bahasa itu penting walaupun dengan melahirkan sepatah perkataan seperti terima kasih atau tolong. Salam ciuman tangan juga perlu jelas ikhlas. Pautan tangan mesti kejap. Panggil gelaran makcik, pakcik pada setiap perbualan. Kawalan suara petir kamu juga penting. Datanglah tepat pada waktu melainkan kamu dijemput sendiri sang kekasih. Di meja makan perlu ikut tatatertib dan jangan gelojoh.

8. Cubalah ringan tulang membantu ibunya di dapur atau sebagainya. Jangan terperuk sahaja di sofa. Seandainya melihat sajian masih disediakan, tawarkan diri kalau-kalau perlu bantuan. Tak pandai masak sekalipun tolonglah potong buah, bawa hidangan ke meja atau isi minuman dalam gelas. Bukannya suruh kamu ambil alih memasak. Jangan tunjuk pandai kalau tak tahu. Jujurlah dengan mereka sambil-sambil cipta perbualan santai. Tanyakan masakan kegemaran anaknya dan minta resipi.

9. Jaga reputasi dengan mengawal diri. Seandainya kamu perokok tegar, cuba elakkan buat hari itu. Orang tua mana sanggup melihat kekasih anak mereka begitu. Atau mungkin mereka sporting dan mempelawa namun mungkin pada pertemuan akan datang. Buat kali pertama pertemuan ini, jangan teruja lebih. Bahasa juga perlu dijaga. Mungkin kamu ada tabiat melatah atau mengeluarkan kata-kata kesat. Cuba elakkan ya!

10. Rajin-rajinlah memuji tetapi biar bertempat. Jika benar hiasan dalamannya cantik, pujilah. Mungkin ia pembuka bicara paling baik. Jangan lupa puji kelazatan masakan ibunya. Atau restoran kamu kunjungi adalah pilihan bapanya, puji cita rasa memilihnya itu. Berbalik pada tujuan asal, jagan berlebih-lebih sehingga nampak pujian kamu itu sangat hipokrit.

Kredit:  Gua
Tip Bertemu Ibu Bapa Kekasih Pertama Kali

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.