Kisah Tauladan: Siapa Lebih Bernilai?


Share on Tumblr
Siapa Lebih Bernilai?

Wang RM100 Dan RM1 sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak dan diedarkan oleh BNM. Ketika mereka keluar maka berpisah dari Bank dan beredar dalam masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan.

Yang RM100 bertanya kpd RM1.00, “Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?”

RM1.00 menjawab, “Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis”

Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, “Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?”

Seringgit
Dijawabnya, “Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, dan aku singgah ke restoran mahal, di mall dan juga di hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet”

Lalu RM1.00 bertanya lagi, “Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?”

Dijawablah, “Tidak pernah”

RM 1.00 pun berkata lagi, “Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat”

Akhirnya menangislah RM 100 kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan TUHAN.

Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Sumber: Whatsapp
Kisah Tauladan: Siapa Lebih Bernilai?

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.