Lelaki berjambang seksi


Share on Tumblr
Ciri-ciri tipikal lelaki - macho, sasa dan pelindung mungkin tidak lagi relevan dalam memikat hati wanita sekarang. Jika anda lelaki berwajah bersih dan mahu menukar gaya penampilan, sekarang mungkin waktu sesuai!

Suatu kajian yang dilakukan ke atas wanita di United Kingdom (UK) baru-baru ini memberikan keputusan yang wajar difikir lelaki dalam menata gaya. Mengikut kajian itu, lelaki sekarang tidak lagi perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang.

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.

Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

Bagi kebanyakan wanita, lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar ‘jambu’ atau ‘pretty boy’.

Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang dicari rata-rata wanita.

Minat wanita juga berbeza-beza. Ada yang sukakan lelaki yang cuma menyimpan misai saja, ada yang suka pada lelaki yang menyimpan jambang saja dan ada yang terpikat pada yang memiliki kedua-duanya; misai dan jambang. Paling penting, misai dan jambang ini dijaga rapi dan tidak dibiarkan kelihatan bersepah kerana ia boleh menimbulkan pandangan bahawa anda seorang yang tidak terurus.

Sesetengah lelaki kelihatan menarik bila mempunyai misai, jambang atau janggut tapi ada juga yang tidak sesuai dengan penampilan sebegitu. Jika ramai yang memberi komen negatif mengenai penampilan anda yang bermisai, berjambang atau berjanggut - mungkin ia tidak sesuai dengan wajah anda.

Jadi, jika anda ingin mengetahui sama ada diri lebih menarik dengan misai dan jambang ataupun tidak, lebih baik kiranya anda tanyakan kepada rakan wanita di sekeliling anda.

Apa yang pasti, bermisai, berjambang ataupun tidak, semua ini adalah tarikan fizikal semata-mata.

Hakikatnya, biarpun seseorang lelaki itu ‘lulus’ dari segi penampilan fizikalnya di mata wanita tapi ‘gagal’ dari segi sikap dan keperibadian, misai, janggut, kumis atau jambang yang paling menawanpun tidak akan memberi sebarang makna.

INFO:

- Designer stubble atau jambang pendek (baru tumbuh) mampu membuatkan anda tampak lasak dan menyerlah, bergantung kepada bagaimana anda merapikannya. Gaya seperti ini selalunya sesuai dengan ramai lelaki tidak kira sama ada yang bersifat romantik. sofistikated atau bersahaja. Selain itu, gaya ini dikatakan tidak akan ketinggalan zaman.

- Jika anda mempunyai wajah ‘baby face’, dengan pipi bulat dan comel, designer stubble dapat membuatkan bahagian rahang anda tampak lebih cengkung selain menyembunyikan dagu yang berlapis.

- Gaya ini sesuai untuk anda yang kurang gemarkan suasana formal dan penampilan ini juga boleh dibawa ke pejabat asalkan anda sentiasa memastikan ia rapi.

- Bagi mendapatkan gaya ini, anda boleh bercukur selang dua hari. Terpulang kepada anda sama ada sesuai atau tidak sesuai untuk anda membiarkan jambang yang tumbuh di sekitar bahagian leher.

- Kenal pasti secepat mana pertumbuhan misai dan jambang supaya anda boleh menetapkan rutin perapiannya.

Oleh Diyanah Anuar Lelaki berjambang seksi

9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kew....

mmg seksi arhhh klu ada jambang yg cam baru nak tumbuh tuuu. ttp mesti teurus jgn ada pendek dan ada tinggi cam rumput plak .

Anyway i mmg suke lerr yg ala2 nampak tak bercukur tuu

Tanpa Nama berkata...

aku x minat la....geli.nk kiss pn gatal2 mulut aku

Tanpa Nama berkata...

atas org klu muka ok,blh la jambg tp aku x ske r llki berjmbg yg x kemas.......

Tanpa Nama berkata...

geli.............

Tanpa Nama berkata...

i suke...sllu usap jmbg my bf..
ehehe...cam nak tdo jek rs...

Tanpa Nama berkata...

suker yg der jambang sb nmpk kiut....

Anonymous berkata...

atas org klu muka ok,blh la jambg tp aku x ske r llki berjmbg yg x kemas.......

Tanpa Nama berkata...

Jenis ta de bulu tu cane lak?

baung berkata...

aku ada jambang dan misai.. siapa mahu?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.