Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.
PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.
Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.
Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.
Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.
Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.
Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.
Elak bercakap panjang
Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
Tiada dendam dalam percintaan
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.
Jangan mencari kelemahan pasangan
Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.
Jangan melibatkan hal lain
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.
Jangan bertindak secara fizikal
“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.
Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.
Usah menjauhkan diri
Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua. Bertengkar yang selamat
2 Komen:
yes, itulah yg saya lakukan di dlm perhubungan ni… alhamdullillah, kami mmg x kan bergaduh panjang, paling lama pun 3 atau 4 jam je… x sampai berhari…
yg paling penting tolak ansur…
jgn dua-dua keras kepala, mmg xkan selesai masalah…
nak tambah lagi ni...
Jangan buat apa-apa keputusan ketika dlm keaadaan marah. sebab keputusan yg anda buat ketika marah biasanya tidak tepat sebab di pengaruhi emosi. Kalau masing2 sedang marah. sebaiknya bincangkan hal itu kemudian setelah kemarahan kalian berdua agak reda. Sebab hal itu jika di bincangkan dalam keadaan emosi masing-masing masih tegang boleh menyebabkan perang ' bertegang urat' akan terjadi serta sukar bagi anda untuk menjaga bahasa anda supaya tidak kasar..maklumlah hati tengah mendidih & rasa diri sendiri yg betul.
Apabila dlm pertengkaran ada bahasa2 yg kasar, maka masing2 akan terluka. perkataan2 yg menyakitkan itu akan tetap menyakitkan tidak kira siapa yg bersalah.. dan ia akan menjadi satu kenangan buruk antara kalian berdua..
Tidak perlu membesarkan kesalahan pasangan anda atau mengungkit-ungkit. Sebab budak kecil sekali pun tidak suka kesalahan mereka di perbesarkan & di ungkit2.
Ingatkan diri anda yg anda & pasangan anda adalah org biasa yg serba kekurangan. Jadi sebagai insan biasa tidak terlepas dr berbuat kesilapan.. pertengkaran adalah lumrah yg tak dpt di elakkan. bersabar & tolak ansur...