Mereka sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan batas budaya dan agama malah paling membimbangkan, masalah hubungan seks luar nikah yang sudah menjadi amalan biasa remaja kini.
Rentetan itu, timbul pula masalah lain seperti bunuh diri, buang bayi dan pelacuran menyebabkan generasi akan datang hilang pedoman serta terus terumbang-ambing.
Mungkin antara faktor berlaku hubungan seks luar nikah adalah kesulitan untuk bernikah secara betul dan mengikut prosedur ditetapkan.
Disebabkan terikat dengan prosedur, sesetengah remaja mencari jalan mudah dengan melakukan hubungan seks luar nikah. Apakah langkah terbaik bagi remaja untuk me ngelakkan diri daripada terjebak dengan masalah ini?
Jawapan
SAYA memahami permasalahan saudara. Ada dua persoalan iaitu permasalahan sosial remaja dan urusan pernikahan yang saudara rasa begitu banyak prosedur.
Prosedur pernikahan yang menyulitkan mengikut saudara adalah antara faktor memungkinkan berlaku hubungan seks luar nikah.
Saya tidak akan menyentuh panjang mengenai urusan pernikahan yang mengikut saudara perlu dipermudahkan.
Di negara ini, peraturan pernikahan yang disyaratkan bertujuan supaya perkahwinan umat Islam dilaksanakan mengikut hukum. Ia bertujuan membina kesejahteraan pa sangan yang akan dan sudah berkahwin nanti manakala peraturan ini amat wajar dihormati.
Bagaimanapun, saya amat menghormati pandangan sau dara. Masalah sosial di kalangan remaja memang berlaku dan menjadi kerisauan umum kerana mereka pewaris bangsa. Amat penting remaja kita cemerlang.
Seperti kata seorang pujangga, Samuel Johnson, bahawa masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Ramai juga remaja yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
Memandangkan mereka pewaris negara, masalah sosial remaja sering menjadi fokus berbanding masalah sosial golongan lain.
Masalah sosial remaja bukan berlaku tanpa sebab. Faktor berlakunya masalah sosial remaja ada pelbagai dan amat wajar ditangani.
Apatah lagi, remaja berada dalam golongan umur yang memerlukan bimbingan. Jika tidak ditangani, akan timbul kesan negatif seperti saudara katakan iaitu membunuh diri, buang bayi dan pelacuran.
Masalah sosial remaja berpunca antara lain daripada ke pincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai contoh yang baik dan qudwah hasanah (teladan) semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran serta kesedaran.
Remaja perlu disediakan dengan pengukuhan sistem ke keluargaan yang menitikberatkan pengukuhan nilai murni pada peringkat awal lagi. Pembangunan nilai berasaskan agama, persediaan memasuki alam remaja dan ketahanan diri menghadapi pergolakan sosial perlu ditanam dalam institusi keluarga.
Sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan media massa juga berperanan dalam membina jati diri remaja.
Sama-samalah kita berusaha keras menjadi daun rimbun yang melindungi dan memayungi diri remaja serta membantu mereka mencari arah untuk meniti kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Ketahanan diri elak gejala sosial
0 Komen: